29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025

Jangan biarkan keamanan negara dirosakkan – Anwar Ibrahim

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar keamanan negara tidak dikompromikan oleh mana-mana pihak, supaya rakyat Malaysia terus hidup dalam suasana yang aman dan damai.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya yang ringkas pada Majlis Sarong Music Run (MSMR) 2025 di pekarangan Menara Berkembar Petronas, hari ini.

Menurutnya, selain memberi fokus kepada kesihatan, acara terbabit juga bertujuan memupuk semangat persahabatan antara pelbagai kaum yang hidup harmoni di negara ini.

Beliau turut menyentuh mengenai sarung sebagai elemen kebudayaan yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu, sekali gus menegaskan pentingnya menjaga nilai-nilai kebudayaan dan warisan negara.

Di penghujung ucapannya, Perdana Menteri mengajak rakyat untuk terus berdoa demi keselamatan negara dan rakyat, selain berharap agar ekonomi dan pendapatan negara terus berkembang maju.

Sebanyak lebih 10,000 peserta dari pelbagai latar belakang etnik, budaya, dan agama mengambil bahagian dalam MSMR 2025.

Anwar turut menyertai acara berjalan kaki sejauh tiga kilometer selepas merasmikan majlis itu.

MSMR 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Malaysia Marathon dan LOCCO ini juga membabitkan dua acara utama iaitu larian lima kilometer dan acara berjalan kaki tiga kilometer.

Turut hadir pada majlis terbabit adalah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Adam Adli; dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular