editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Pameran fotografi “TOKYO Before / After” anjuran The Japan Foundation kini sedang berlangsung dari 11 Januari hingga 23 Februari 2025 bertempat di Level 6, GMBB, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Pameran ini dianjurkan oleh The Japan Foundation Kuala Lumpur dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia dan GMBB.
Ia menampilkan kira-kira 80 karya fotografi yang mempersembahkan imej-imej Tokyo melalui lensa dua dekad berbeza—1930-40-an dan selepas tahun 2010.
Pada era 1930-40-an, sebelum Perang Dunia Kedua, Tokyo mula membentuk kerangka bandar yang ada sekarang.

Ketika itu, jurugambar memanfaatkan perkembangan pesat dalam teknik fotografi untuk menghasilkan imej-imej yang hidup menggambarkan pertembungan antara tradisi dan kemodenan dalam ruang bandar yang berkembang pesat.
Manakala, fotografi dari pasca-2010 menggambarkan Tokyo yang sedang menyesuaikan diri dengan cabaran dan perubahan zaman baru.
Selepas Gempa Bumi Besar Jepun Timur, kota ini melalui perubahan besar dengan menekankan daya tahan dan pembaharuan.
Jurugambar kontemporari menggunakan teknologi digital yang inovatif untuk menggambarkan Tokyo yang sedang beradaptasi dengan perubahan sosial yang pesat.

Dengan membandingkan gambar-gambar dari dua era berbeza ini, imej masa lalu, kini, dan masa depan Tokyo mula muncul dan mendedahkan transformasinya yang jelas.
Pameran ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat Tokyo sebagai sebuah kota yang penuh kompleksiti dan perubahan.
Karya-karya yang dipamerkan oleh jurugambar Jepun membentuk satu dialog visual yang menarik, mencerminkan daya tahan, kepelbagaian, dan semangat yang tidak pernah luntur di Tokyo.