editormaxinfo@gmail.com
SHAH ALAM – Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan bangga mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif “Raya Series” yang kini tersedia untuk penggemar di Central i-City, Shah Alam.
Bermula dari 9 hingga 12 Januari 2025, acara yang berlangsung selama empat hari itu turut dimeriahkan dengan pelantikan penyanyi dan pelakon, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha.
Lebih istimewa lagi, pada acara itu Amira turut memperkenalkan lagu terbarunya yang berjudul “Bila Nak Kahwin”.

Lagu pop yang dinanti-nantikan ini dikeluarkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif Emiera Othman Ventures, dan telah dilancarkan sejak 10 Januari 2025.
Video muzik untuk lagu ini pula sudahpun ditayangkan pada 11 Januari 2025, jam 3 petang.
Lagu ini diolah oleh komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K, bersama Amira sendiri yang memancarkan tema segar dan catchy, sesuai dengan jiwa peminatnya.

Pada pelancaran koleksi “Raya Series”, Varisha menampilkan fabrik terbaru “Ultra Comfort Cotton Voile” yang direka khas menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun.
Material ini menawarkan kelembutan luar biasa, ketahanan tinggi, serta reka bentuk yang elegan, menjadikannya pilihan sempurna untuk dipakai dalam pelbagai acara, sama ada untuk penggunaan harian mahupun majlis istimewa.
Keistimewaan fabrik ini termasuklah ia mudah dibentuk, ringan, anti-kedut dan tidak memerlukan seterika, memberikan keselesaan maksimum kepada setiap pemakainya tanpa mengorbankan gaya dan penampilan yang menawan.

Amira membuat persembahan eksklusif, termasuk menyanyikan lagu terbarunya “Bila Nak Kahwin”, bersama beberapa lagu hitsnya seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”.
Peluang untuk bertemu Amira Othman secara langsung juga ditawarkan kepada pengunjung melalui kempen “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman”.
Sebagai langkah memperkenalkan koleksi ini, Varisha telah melancarkan pelbagai kempen promosi, termasuk kempen media sosial, kolaborasi bersama influencer terkemuka, serta liputan luas melalui Key Opinion Leaders (KOLs).
Semua ini bertujuan untuk memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan, kebebasan, dan gaya hidup moden wanita masa kini.
Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY”, Varisha komited untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita moden, memberikan mereka keyakinan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan koleksi terbaharu Varisha yang tersedia dalam pelbagai puluhan warna dan corak.

