editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Memetik laporan Berita Harian, mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang tadi dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi mengesahkan penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.
“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.