editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia, teruja untuk mengumumkan siaran serentak Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Hashira Training Arc seiring dengan pelancarannya di Jepun.
Tonton tidak sabar untuk berkongsi akses segera kepada kandungan anime terkini yang dinanti-nantikan oleh penonton di Malaysia.
“Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba” telah menawan hati peminat anime di serata dunia dengan garapan jalan cerita yang menarik, watak yang dinamik dan animasi yang menakjubkan.
Susulan daripada kejayaan musim-musim yang lalu, Hashira Training Arc akan menerokai dunia pemburuan makhluk-makhluk jahat dengan lebih dalam, memaparkan cabaran-cabaran baharu dan perkembangan watak yang pasti membuatkan penonton terus berdebar dan tidak senang duduk untuk menonton musim terbaharu ini.
Untuk musim terbaharu ini, penonton akan menyaksikan Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya memulakan latihan yang mencabar di bawah bimbingan makhluk jahat elit yang dikenali sebagai Hashira.
Ketika mengasah kemahiran mereka dan berhadapan dengan musuh, mereka perlu mengatasi masalah peribadi sendiri dan jalinkan ikatan yang kukuh antara sendiri supaya bersedia berhadapan dengan pertempuran sebenar.
Dengan visual yang menakjubkan, aksi yang padu, emosi yang mendalam, Hashira Training Arc bersedia untuk menawan hati penonton dan mengangkat “Demon Slayer” ke tahap yang lebih tinggi.
Hashira Training Arc akan memulakan siaran episod pertamanya di Tonton pada 13 Mei, esok, jam 2 petang (waktu Malaysia), menandakan permulaan babak terbaharu dalam siri “Demon Slayer”.

Episod seterusnya akan disiarkan serentak pada setiap hari Isnin pada waktu yang sama dengan Jepun, dimana peminat Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini pada masa nyata (real time).
Dengan siaran serentak Hashira Training Arc, peminat Malaysia dapat merasai keseronokan ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba’ pada masa nyata, menyelami penceritaan yang mengasyikkan dan animasi yang menakjubkan.
Tonton sentiasa komited untuk menawarkan pengalaman menonton yang tiada tandingan kepada pengguna Malaysia dan turut teruja untuk membawakan musim terbaharu yang dinanti-nantikan ini ke platform mereka.
Selain siaran serentak, Tonton turut menawarkan pelbagai siri anime, termasuk “Demon Slayer” musim sebelum ini. Pelanggan boleh menikmati penstriman secara HD dengan pelbagai pilihan bahasa.
Siaran serentak “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Hashira Training Arc” mengukuhkan lagi kedudukan Tonton sebagai destinasi pilihan/destinasi utama oleh peminat tegar anime Malaysia.
Dedikasi untuk menyajikan kandungan anime terbaik dan terbaharu kepada penonton Malaysia, Tonton terus menetapkan standard buat platform penstriman di Malaysia.