29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025

Lapan pemain terbaik Jelajah Asia warnai kejohanan golf Terbuka Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Lapan daripada sembilan pemain terbaik Jelajah Asia tahun lalu mengesahkan penyertaan pada kejohanan golf Terbuka Malaysia yang bermula Khamis ini di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, Selangor.

Jelajah Asia dalam satu kenyataan berkata, penyertaan naib juara Order of Merit tahun lalu Miguel Tabuena dari Filipina, Gaganjeet Bhullar dari India (ketiga), Ben Campbell dari New Zealand (keempat), Travis Smyth dari Australia (kelima), Phachara Khongwatmai dari Thailand (keenam), Poom Saksansin dari Thailand (ketujuh), David Puig dari Sepanyol (kelapan) dan Taichi Kho dari Hong Kong (kesembilan).

Ketika Terbuka Malaysia tahun ini diberikan status Siri Kelayakan Terbuka Asia oleh The R&A membolehkan tiga peserta terbaik layak ke kejohanan Terbuka British edisi ke-152 di Royal Troon Julai depan, peminat boleh menjangkakan persaingan sengit pada kejohanan yang berakhir Ahad ini.

Antara pemain pilihan termasuk Trevor Simsby dari Amerika, yang menjuarai Terbuka Malaysia 2020, kali terakhir diadakan sebelum wabak Covid-19 serta bintang muda Jepun Takumi Kanaya, salah seorang pemenang Siri Antarabangsa tahun lalu.

Juara Order of Merit Jelajah Asia 2017, Gavin Green akan mengibar cabaran pemain tuan rumah bersama adiknya Galven, pemain amatur terbaik negara.

“Bintang muda Malaysia, Shahriffuddin Ariffin dan Ervin Chang (juara Sukan SEA Hanoi) juga diharap akan beraksi cemerlang selepas musim 2023, serta Ben Leong, yang menunjukkan tanda peningkatan prestasinya baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular