KUALA LUMPUR – Ramai yang tahu pengacara popular Elly Mazlein menarik diri daripada menjadi pengacara program All Stars Gegar Vaganza.
Bermakna malam tadi sudah tiada kelibat Elly yang mesra disapa kak Lina Pom Pom itu.
Namun begitu, muat naik Elly di Insta Story Instagram menarik perhatian apabila dia meluahkan kata-kata seperti memerli seseorang.
“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjwb kita.. sebab apa??? Sebab niat kita ni baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking buat keja dgn lebih selesa.
“Lagi 1, jangan gaduh pasal rezeki .. Allah da susun baik-baik untuk kita semua.. Mengalah tak semestinya kita kalah… kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” tulisnya.

Menerusi posting lagi itu, Elly memberi gambaran seolah-olah ada individu atau pihak yang cuba memburukkan dirinya, meskipun dia bertindak mendiamkan diri.
“Kita dah elok-elok senyap… member pulak menggelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni .. Dunia Dunia
Menghukum orang tak abis? ,supaya diri nampak terpaling baik .. makin Serlah kelucuan ni .. haaaa.
“Ni baru nama lucu .. xde la lucu stereotype dulu kini dan selamanya. Walaupun sehebat mananya kita, syombong hebat kasi turun sikit dikkkkk. Ingat asal usul,” tulisnya.
Terdahulu, minggu lalu Elly mengumumkan mengundurkan diri daripada mengacarakan program realiti popular itu atas sebab peribadi.

