Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam Sejahtera. Segala pujian bagi ALLAH SWT, serta Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah! Tinta Anak Penulis diberikan peluang dan kepercayaan didalam ruangan ini untuk berkongsi dari sudut pandang dan juga topik yang bersesuaian bagi segenap lapisan umur.
Maaf terlebih dahulu dipinta sekiranya apa jua tulisan yang mendatang mengganggu atau membuatkan kalian kurang senang.
Terima kasih dari hati yang paling dalam kepada empunya portal maxinfo.com di atas peluang yang telah diberikan.
Di kesempatan ini juga, dengan rasa rendah diri mohon kepada kalian untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua saudara kita yang berada dibumi Palestin.