news Archives - MaxInfo

Pavilion Bukit Jalil sambut Kemeriahan Bersama, meraikan Aidilfitri dengan sentuhan nostalgia dan cerita moden
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pavilion Bukit Jalil mengundang pengunjung untuk merasai Kemeriahan Bersama, sebuah perayaan yang penuh dengan semangat kekeluargaan, menggabungkan nostalgia dan penceritaan moden.

Pusat membeli-belah ini telah diubah menjadi sebuah syurga Raya yang meriah, dihiasi dengan dekorasi tradisional, gerai-gerai barangan perayaan, serta persembahan budaya yang menggamit nostalgia sambutan Hari Raya.

Dengan tambahan elemen moden yang menarik, Pavilion Bukit Jalil berkolaborasi dengan wira super Malaysia yang paling digemari, BoBoiBoy, menjadikan perayaan ini lebih meriah dengan sentuhan keseronokan tambahan.

Pengunjung boleh menantikan pengalaman yang penuh kegembiraan dan berpeluang bertemu dengan BoBoiBoy di Kokotiam BoBoiBoy yang terletak di Centre Court sepanjang Ramadan ini, dengan sesi pertemuan interaktif, persembahan pentas, dan aktiviti menarik yang pastinya menghiburkan sepanjang musim perayaan.

Pembeli yang berbelanja RM100 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah juga berpeluang untuk bertemu dengan BoBoiBoy secara lebih dekat, menjadikan pengalaman ini amat istimewa untuk peminat dari pelbagai peringkat usia.

Bagi pengunjung muda dan peminat permainan kad, Pavilion Bukit Jalil turut menganjurkan MONSTA GALAXY CARD Tournament yang juga permainan kad perdagangan nombor satu di Malaysia pada 15, 16 Mac dan 22 serta 23 Mac.

Pertandingan ini akan menampilkan pertempuran kad bertema Raya yang pastinya menggembirakan peserta.

Selain itu, persembahan tradisional setiap minggu, termasuk Persembahan Ghazal Instrumental dan Orkes Melayu Singing Band, akan menghidupkan pengunjung dengan warisan budaya Raya melalui muzik dan tarian yang mempesona.

Keluarga juga boleh mengambil bahagian dalam Hari Raya Icing Cookie Deco Workshop anjuran Good Times DIY pada 8 dan 9 Mac, di mana mereka boleh menghias kuih raya mereka sendiri untuk meraikan musim perayaan ini.

Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini juga telah menganjurkan sesi Meet & Greet eksklusif Li-Ning dan berbuka puasa bersama duta-duta mereka seperti Tan Boon Heong, Ong Yew Sin, Ting Chun Hong, Kyle Hiew, dan Welson Sim.

Artis tempatan Asrulnizam Kadir, Zati Nizam, Hasnida Hanim, Farah Nabilah, dan Zaquan Adha turut dijemput untuk sesi iftar, memberikan peluang kepada peminat untuk berbuka puasa bersama selebriti kegemaran mereka.

Selain itu, Pavilion Bukit Jalil turut menunjukkan semangat Kemeriahan Bersama dengan menyebarkan keceriaan dan kebaikan kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Penjagaan Nur Hidayah.

Mereka telah menerima beg keceriaan perayaan dan duit raya, sebagai simbol komitmen pusat membeli-belah ini dalam memberi kembali kepada masyarakat dan memupuk semangat inklusiviti serta kemurahan hati.

Melalui inisiatif ini, Pavilion Bukit Jalil memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik turut merasai kehangatan dan kegembiraan menyambut Raya.

Bagi mempertingkatkan pengalaman membeli-belah perayaan, pengunjung yang berbelanja RM150 ke atas boleh menebus sampul Raya eksklusif dalam dua rekaan: Kemeriahan Bersama Raya packets dan BoBoiBoy-themed Raya packets.

Pembeli yang berbelanja RM400 atau lebih akan menerima set alat tulis BoBoiBoy sementara mereka yang berbelanja RM800 ke atas pula boleh menebus set bekas makan BoBoiBoy bersama sampul Raya mereka.

Ahli Pavilion Privileges yang berbelanja RM800 atau lebih juga akan menerima flask eksklusif sebagai ganjaran dalam penebusan mereka.

Pavilion Bukit Jalil menawarkan pelbagai pengalaman menyeronokkan dan hadiah menarik untuk semua pengunjung sepanjang musim Raya ini.

The post Pavilion Bukit Jalil sambut Kemeriahan Bersama, meraikan Aidilfitri dengan sentuhan nostalgia dan cerita moden appeared first on MaxInfo.

Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-20: Meraikan legasi dan mencetus inspirasi masa depan kesenian Malaysia
editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Dunia seni Malaysia menyambut detik bersejarah apabila Anugerah Seni BOH Cameronian (20BCAA) memasuki edisi ke-20.

Acara tahunan yang disokong oleh BOH Plantations dan Kakiseni ini bukan hanya sekadar pengiktirafan kepada pengamal seni, tetapi juga menjadi pentas untuk merayakan dan menginspirasi masa depan seni persembahan tanah air.

Pengumuman calon-calon 20BCAA yang dinanti-nantikan telah berlangsung di Teater Eksperimental, Taylor’s University Lakeside Campus pada 11 Mac 2025.

Acara ini menyaksikan pengumuman 77 penyertaan dalam 38 kategori anugerah yang meliputi tarian, muzik, teater muzikal, dan teater.

Sebanyak 41 produksi telah dicalonkan dengan beberapa kategori seperti Pelakon/Pelakon Terbaik, Kostum Terbaik, Penggayaan & Solekan, dan banyak lagi.

Tahun ini, Anugerah Seni BOH Cameronian memberi penghormatan kepada legasi seni persembahan di Malaysia, sambil mengajak kita untuk melihat ke hadapan dan memupuk generasi seni yang lebih inovatif.

Dengan tema “20 Years of Legacy: Igniting Inspiration for Tomorrow”, anugerah ini menekankan pentingnya memperkasa dan memelihara seni untuk generasi akan datang.

Sebagai tambahan kepada acara penghargaan, Anugerah Seni BOH Cameronian ke-20 turut melancarkan Jelajah Universiti BCAA yang akan membawa seni ke universiti-universiti terpilih di seluruh Malaysia.

Pelajar-pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan calon-calon dan menyaksikan pameran interaktif serta sesi perkongsian yang mengupas perjalanan seni Malaysia.

BOH Plantations, sebagai penaja utama, mengungkapkan rasa penghormatan mereka dalam menjadi sebahagian daripada perjalanan seni ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, Jason Foo, berkata, BOH berbangga dapat menjadi sebahagian daripada komuniti seni ini selama dua dekad.

“Kami berharap untuk terus menyemarakkan semangat seni persembahan dan memastikan kecemerlangan serta kemampanan seni di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kakiseni, Low Ngai Yuen berkata, mereka ingin memastikan seni yang dicipta hari ini kekal relevan dan hidup untuk generasi akan datang.

“Anugerah ini bukan hanya mengenai penghargaan, tetapi juga tentang memastikan suara dan ekspresi seni kita terus dihargai dan dinikmati oleh semua,” katanya.

Seiring dengan pencapaian 20 tahun Anugerah Seni BOH Cameronian, Kakiseni dan BOH Plantations menyokong usaha untuk mendorong kreativiti dan inovasi dalam seni persembahan.

Anugerah ini bukan sekadar meraikan pencapaian masa lalu, tetapi juga memberi cabaran untuk terus berkembang dan memberi impak dalam dunia seni yang lebih luas.

Saksikan perkembangan terkini dan ketahui senarai penuh nominasi bagi Anugerah Seni Cameronian BOH ke-20 dengan melayari laman web rasmi di www.kakiseni.org/awards atau ikuti media sosial @kakiseni untuk semua informasi terkini.

Anugerah ini disokong oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Rakan kongsi utama termasuk Yayasan Sime Darby, Taylor’s University, A Cut Above, Sephora, dan Capri Communications.

The post Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-20: Meraikan legasi dan mencetus inspirasi masa depan kesenian Malaysia appeared first on MaxInfo.

MQA dan CHED rancang kerjasama strategik untuk tingkatkan kualiti pendidikan tinggi
editormaxinfo@gmail.com

MANILA – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Commission on Higher Education (CHED) Filipina sedang merancang untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha menjamin kualiti pendidikan tinggi di kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya telah mengemukakan beberapa inisiatif khas untuk CHED yang memberi tumpuan kepada aspek jaminan kualiti.

Inisiatif ini dijangka akan dilaksanakan di Malaysia pada suku kedua 2025, dengan penyertaan sekitar 20 peserta dari pengarah eksekutif dan pengarah kanan daripada lima badan jaminan kualiti di Filipina, termasuk CHED.

Tambahnya, CHED juga menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan MQA dalam usaha menanda aras pendidikan fleksibel yang telah diperkenalkan di Malaysia.

“Perbincangan mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara MQA dan CHED sedang berjalan, dan draf awalnya akan diperhalusi dalam masa terdekat,” katanya.

Kerjasama ini dijangka akan mengukuhkan lagi reputasi negara dalam bidang pendidikan tinggi, bukan sahaja di peringkat ASEAN, tetapi juga di peringkat global.

Ini selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan global.

Perbincangan ini berlangsung selepas mesyuarat antara MQA dan Pesuruhjaya CHED, Marita R. Canapi, bersama wakil-wakil CHED, di ASEAN Education Forum 2025, yang diadakan baru-baru ini.

Delegasi CHED turut dihadiri oleh Pengarah Jaminan Kualiti Institusi & Tadbir Urus, Dr. Raul F. Muyong; Ketua Pakar Program Pendidikan, Dr. Mildred M. Libot; serta beberapa pakar program pendidikan kanan dan pakar pendidikan dari Filipina.

Selain itu, MQA diwakili oleh Ketua Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa (MQA International), Muhammad Hasfarizal Kamaludin, serta Penolong Pengarah Kanan Seksyen Antarabangsa MQA International, Fairul Nahar Baharudin.

Sebelum itu, Mohammad Shatar telah dijemput menyampaikan ucaptama pada Persidangan Tahunan Agensi Akreditasi Kolej dan Universiti Tercharter di Filipina (AACCUP), yang dihadiri oleh lebih 900 peserta terdiri daripada ahli Lembaga Pemegang Amanah AACCUP, Presiden Universiti Negeri, dan Pengarah Akreditasi Pendidikan Tinggi dari seluruh Filipina.

Persidangan selama tiga hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada universiti-universiti tempatan di Filipina mengenai hala tuju pendidikan tinggi global.

Pengerusi CHED, Prof. Dr. J. Prospero, turut menyatakan bahawa Filipina berhasrat mewujudkan satu standard amalan yang seragam bagi semua agensi jaminan kualiti yang dilantik untuk menilai akreditasi institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara itu.

Kerjasama dengan MQA ini diharapkan dapat memperkukuh usaha kedua-dua negara dalam meningkatkan standard jaminan kualiti pendidikan tinggi di peringkat serantau.

The post MQA dan CHED rancang kerjasama strategik untuk tingkatkan kualiti pendidikan tinggi appeared first on MaxInfo.

Keharmonian dan kebersamaan serikan program pemantapan nilai-nilai murni Maritim Malaysia
editormaxinfo@gmail.com
PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kerohanian dalam kalangan warganya melalui Program Pemantapan Nilai-Nilai Murni yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, program ini tidak hanya bertujuan mengimarahkan Ramadan, tetapi juga sebagai platform penting untuk membentuk anggota yang berintegriti dan tahan lasak.

“Semangat kebersamaan dan integriti yang tinggi bukan sahaja memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga Maritim Malaysia, malah memastikan agensi ini terus cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab melindungi perairan negara,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada program khas sempena Ramadan, aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan gulai kawah telah dijalankan melibatkan anggota dari pelbagai peringkat.

Tradisi ini, yang telah diterapkan dalam budaya Maritim Malaysia selama dua dekad, bukan hanya menghidupkan semangat kekeluargaan, tetapi juga mengukuhkan hubungan silaturahim antara kakitangan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, program kali ini turut diserikan dengan sesi penyampaian Bingkisan Aidilfitri kepada anggota yang bertugas sepanjang Ramadan dan Syawal di seluruh negara, anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil, Datin Noriyanti Mohd Noor berkata, sumbangan itu adalah tanda penghargaan terhadap pengorbanan anggota yang terus bertugas tanpa mengira waktu demi keselamatan perairan negara.

“Semoga sumbangan kecil ini membawa keceriaan dan semangat kebersamaan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba,” katanya.

Penyerahan simbolik Bingkisan Aidilfitri disempurnakan oleh Noriyanti kepada Mohd Rosli, sebelum diagihkan ke sektor-sektor di Ibu Pejabat dan Pengarah Maritim Negeri.

Mohd Rosli turut merakamkan penghargaan kepada PUSPANITA atas inisiatif ini, menyatakan bahawa sumbangan itu melambangkan kebersamaan dan keprihatinan keluarga besar Maritim Malaysia terhadap setiap anggota yang bertugas, walaupun pada saat orang lain bergembira dengan keluarga.

Menjelang waktu berbuka, program diteruskan dengan zikir munajat, tazkirah, dan perkongsian ilmu untuk pengisian rohani warga Maritim Malaysia.

Program ini diakhiri dengan Iftar Jama’ie, solat Maghrib berjemaah, dan solat Terawih yang dipimpin oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh.

Majlis yang penuh keberkatan ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 300 warga Maritim Malaysia, termasuk kepimpinan tertinggi agensi.

Program ini turut menyantuni 16 anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar Bangi, menggambarkan semangat kasih sayang dan kebersamaan yang menjadi tunjang kepada institusi Maritim Malaysia.

The post Keharmonian dan kebersamaan serikan program pemantapan nilai-nilai murni Maritim Malaysia appeared first on MaxInfo.

Soma meriahkan Aidilfitri dengan lagu terbaharu “Aku Tetap Raya”
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu tanah air, Soma, atau nama sebenarnya Rosmah S. Sengari @ Basar melancarkan lagu raya terbaharunya, “Aku Tetap Raya”, serta video muzik (MV) rasmi lagu berkenaan.

Lagu “Aku Tetap Raya” adalah hasil ciptaan Belle Fattah, Adinda Amiro, dan Soma sendiri.

Dengan melodi yang ceria dan lirik yang menyemarakkan semangat Aidilfitri, lagu ini mengajak pendengar untuk merasai kegembiraan dan kemeriahan perayaan Syawal yang bakal tiba.

Soma berharap lagu ini dapat menjadi pilihan utama peminat untuk merayakan hari raya dan membawa keceriaan sepanjang musim perayaan.

MV rasmi lagu ini turut menampilkan dua figura ikonik dalam industri seni Malaysia iaitu penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim, yang menjadi sumber inspirasi Soma sejak awal perjalanan seni, turut membuat penampilan khas dalam video muzik berkenaan.

Selain Datuk Khadijah, model terkenal Zahnita, yang kini kembali aktif dalam industri seni, turut meriahkan MV ini.

“Saya amat teruja dengan acara ini kerana ia bukan sahaja pelancaran lagu dan MV rasmi, tetapi juga kesempatan untuk berjumpa dan berbuka puasa bersama rakan-rakan media yang sentiasa menyokong saya.

“Saya berterima kasih atas sokongan mereka, terutama selepas pelancaran album pertama saya, ‘Perjalanan’. Saya berharap lagu ini dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran lagu berkenaan dan berbuka puasa dengan media, baru-baru ini.

Soma baru-baru ini melancarkan album sulungnya bertajuk “Perjalanan”, yang mengandungi lima lagu, termasuk tiga lagu istimewa ciptaan Allahyarham S. Atan.

Album ini mendapat sambutan hangat dari peminat muzik tempatan, sekali gus memperkukuhkan lagi nama Soma dalam industri muzik Malaysia.

Dengan pelancaran lagu “Aku Tetap Raya” dan video muziknya, Soma berharap lagu ini dapat menghangatkan suasana perayaan dan memberi keceriaan kepada semua peminat muzik tanah air.

Lagu “Aku Tetap Raya” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Joox, Apple Music, dan YouTube Music bermula 14 Mac 2025.

Jangan lupa untuk menonton MV rasmi lagu ini yang turut dilancarkan pada masa yang sama.

The post Soma meriahkan Aidilfitri dengan lagu terbaharu “Aku Tetap Raya” appeared first on MaxInfo.

Menjulang warisan muzik Melayu Klasik: Lagu Dari Seluloid Volume 2 digitalisasi 10 lagu legenda
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Menyemarakkan semangat warisan muzik Melayu, Lagu Dari Seluloid Volume 2 adalah projek pengarkiban pendigitalan dan rakaman semula 10 lagu dari filem-filem Melayu Klasik era 1950-an.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengadaptasi skor muzik dan rakaman audio secara digital, mengikut arus perkembangan teknologi digital masa kini.

Projek ini diterajui oleh Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Studio Funky Brigade.

Tujuan utama adalah untuk memastikan khazanah seni muzik Melayu Klasik ini dapat dikekalkan dan diakses oleh generasi akan datang, selain memperkenalkan karya agung ini dalam bentuk digital yang lebih segar.

Dengan sokongan Yayasan Hasanah, projek ini memberi fokus pada pengarkiban lagu-lagu dari filem-filem Melayu yang dihasilkan tanpa bantuan teknologi canggih seperti yang kita lihat hari ini.

Projek Lagu Dari Seluloid Volume 2 ini adalah kesinambungan daripada projek yang dilancarkan pada tahun lalu.

Ia bertujuan untuk mengangkat martabat karya seni komposer, penulis lirik, dan penyanyi yang terlibat dalam filem-filem klasik era terbabit.

Selain itu, projek ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan yang penting untuk perkembangan muzik dan filem Malaysia pada masa hadapan.

Antara lagu-lagu yang dikumpulkan dalam projek ini termasuklah Merpati Dua Sejoli dari filem Bakti (1950), Semarak Hati (filem Juwita – 1951), Mesra Ibu/Kasih Ibu (filem Sedarah – 1952), Ingin Tahu (filem Hujan Panas – 1953), Chahaya (filem Insaf – 1954), dan Sejakku Bertemu Padamu (filem 4 Isteri – 1955).

Lagu-lagu lain yang turut tersenarai termasuklah Tiada Kata Secantik Bahasa (filem Anakku Sazali – 1956), Nak Dara Rindu (filem Bujang Lapok – 1957), Sumpah Tanda Setia (filem Gergasi – 1958), dan Sang Ratu (filem Raden Mas – 1959).

Barisan penyanyi yang terbabit dalam projek ini termasuk Aqasha, Sharifah Zarina, Ayu Damit, Azizul Haqim, Ezdianie Hayatie, dan Idris Brown, dengan sebahagian lagu dinyanyikan secara solo dan duet.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan kesahihan sejarah lagu-lagu ini, projek ini turut menjalankan kajian terperinci dengan mewawancara tokoh penting seperti maestro muzik dan komposer, Dato’ Dr. Johari Salleh, serta pelakon dan penyanyi Ahmad Fauzi.

Kedua-dua tokoh ini dikenali dengan sumbangan besar mereka dalam perkembangan muzik dan sinema Malaysia di era kegemilangan Singapura.

Pengarah Urusan Mac Training Centre, Samirah Hambali, berkata pentingnya pengarkiban ini sebagai usaha memelihara muzik Melayu Klasik dan menyatakan penghargaan kepada Yayasan Hasanah atas sokongan berterusan mereka.

_cuva

Sementara itu, Pengarah Projek dan Pengarah Muzik, Shamsul Cairel berkata, salah satu cabaran dalam pengarkiban adalah kekurangan salinan filem lama, namun usaha keras pihak mereka berjaya membawa semula lagu-lagu ini dalam bentuk yang lebih segar dan relevan.

Projek ini juga membabitkan kerjasama dengan ASWARA, dengan sumbangan penyelidikan daripada pelbagai pihak termasuk Bahagian Muzik RTM, Arkib Negara, dan Perpustakaan Negara.

Rakaman audio dan visual yang lengkap dengan kredit komposer, penulis lirik, dan penyanyi akan disiarkan di saluran YouTube Mac Training Centre Sdn Bhd pada 27 Februari 2025.

Projek ini mendapat tajaan daripada Mastika Katering, ASWARA sebagai penaja venue, serta geran ArtsFAS 2024 dari Yayasan Hasanah, yang turut menyokong usaha pelestarian seni warisan negara.

Untuk info, projek Lagu Dari Seluloid yang pertama kali dilaksanakan tahun lalu turut mengetengahkan lagu-lagu dari filem klasik seperti Sayang Di Sayang (filem Racun Dunia – 1950), Rindu Hatiku Tidak Terkira (filem Juwita – 1951), dan Ibu (filem Ibu – 1953), antara lain.

The post Menjulang warisan muzik Melayu Klasik: Lagu Dari Seluloid Volume 2 digitalisasi 10 lagu legenda appeared first on MaxInfo.

HONOR raih lebih 50 anugerah media untuk inovasi AI dan produknya di MWC Barcelona 2025
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Jenama teknologi global HONOR berjaya mencuri tumpuan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025 di Sepanyol dengan memperkenalkan HONOR ALPHA PLAN.

Strategi korporat baharu ini menyasarkan untuk mentransformasikan HONOR daripada sebuah pengeluar telefon pintar kepada syarikat ekosistem peranti AI yang terkemuka di peringkat global.

Pengumuman ini telah menarik perhatian media-media global dan pakar industri, sekaligus menandakan fasa penting perjalanan HONOR ke arah kecemerlangan inovasi dan teknologi.

Ini terbukti dengan HONOR menerima lebih 50 anugerah media bagi inovasi AI dan kecemerlangan produknya semasa di MWC.

Ketika MWC, HONOR telah memperkenalkan peranti baharu HONOR Watch 5 Ultra, HONOR Pad V9, HONOR Earbuds Open dan HONOR MagicBook Pro 14 yang menerima pujian daripada pelbagai agensi media seperti TechRadar, Tom’s Guide, Android Authority, 9to5Google dan GadgetMatch kerana mengetengahkan ciri-ciri inovatif, prestasi tinggi serta rekaan menawan, menjadikan peranti ini lebih menonjol berbanding yang lain.

HONOR Watch 5 Ultra telah dinobatkan sebagai Jam Tangan Pintar Terbaik MWC 2025 oleh TechRadar yang memuji kombinasi luar biasanya dari segi harga mampu milik, keserasian pelbagai sistem, dan jangka hayat bateri yang lama.

TechRadar turut menonjolkan ciri-ciri jam ini seperti kerangka titanium, paparan AMOLED 1.5 inci dan jangka hayat bateri sehingga 15 hari.

Bagi tablet HONOR Pad V9, ianya mendapat pengiktirafan bagi rekaan dan prestasinya yang luar biasa.

Tom’s Guide menyifatkannya sebagai pesaing hebat bagi iPad, sambil mengetengahkan paparan yang menawan, jangka hayat bateri lama dan antara muka pengguna yang dipertingkatkan oleh AI.

9to5Google turut menyuarakan penilaian positif terhadap spesifikasi kukuh tablet berkenaan, termasuk prosesor yang laju, RAM besar, bateri berkapasiti besar serta pengecasan pantas.

HONOR Earbuds Open turut menerima pengiktirafan positif bagi rekaan terbuka yang unik serta kualiti bunyi yang bagus.

TechRadar menamakan fon putik ini sebagai ‘Earbud Terbaik’ kerana mempunyai audio luar biasa dengan bunyian bass yang lebih mantap berbanding beberapa pesaingnya.

Selain itu, fon putik ini turut dilengkapi pembatalan bunyi aktif, terjemahan langsung AI, rekaan yang nipis dan mudah dibawa.

GadgetMatch juga memuji keselesaan dan kualiti bunyi hebat Earbuds Open, terutamanya untuk bas yang disifatkan sebagai “bassing”, dan setanding fon putik terbaik lain di pasaran.

HONOR MagicBook Pro 14 pula diiktiraf kerana reka bentuk yang anggun dan keupayaan prestasinya.

NotebookCheck khususnya memuji paparan OLED dengan ketepatan warna yang tinggi dan pilihan dua prosesor Intel berbeza, menjadikan komputer riba ini pilihan menarik bagi golongan profesional yang mencari visual berkualiti tinggi dan kuasa pemprosesan yang mantap.

Dalam pada itu, agensi media CNBC, Reuters, Bloomberg, Tom’s Guide dan ZDNet mengiktiraf HONOR ALPHA PLAN atas pelaburan AS$10 bilion dalam AI, pengembangan strategik HONOR dalam ekosistem pelbagai yang dikuasakan AI, serta komitmen jenama ini menyediakan 7 tahun kemas kini Android OS dan keselamatan bagi siri HONOR Magic.

Strategi berkenaan meletakkan HONOR sebagai pesaing yang serius kepada penggiat teknologi terkemuka yang lain.

The post HONOR raih lebih 50 anugerah media untuk inovasi AI dan produknya di MWC Barcelona 2025 appeared first on MaxInfo.

Yayasan PEKEMA salur RM600,000 bantu asnaf dan pelajar tahfiz menjelang Syawal
editormaxinfo@gmail.com

SUBANG JAYA – Menyambut kedatangan Syawal, Yayasan PEKEMA sekali lagi memperuntukkan RM600,000 dalam usaha meringankan beban anak-anak asnaf dan pelajar tahfiz di seluruh negara bagi membuat persiapan hari raya.

Inisiatif tahunan ini menyaksikan lebih 500 penerima menerima baucar membeli-belah dalam sebuah program khas yang diadakan di Mydin Mall USJ, Subang Jaya.

Program ini adalah yang pertama daripada siri bantuan yang akan dilanjutkan ke pelbagai negeri di seluruh Malaysia.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata program ini bukan sekadar bantuan material, tetapi juga simbol keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

“Kehadiran kami adalah lebih daripada sekadar menyampaikan sumbangan, ia adalah tanda kasih dan sokongan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Diharapkan program ini dapat membawa kegembiraan dan mengurangkan beban mereka dalam menyambut Syawal,” katanya ketika merasmikan program Bantuan Persiapan Menjelang Syawal Yayasan PEKEMA 2025.

Bantuan ini tidak hanya tertumpu di Selangor, tetapi turut diperluaskan ke negeri-negeri lain seperti Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang, bagi memastikan lebih ramai yang mendapat manfaat.

Selain menerima baucar bernilai RM200 setiap seorang, anak-anak asnaf dan pelajar tahfiz dari pelbagai institusi, termasuk Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU Mata), Masjid Hidayatul Muttaqin, Madrasah Quran Darussalam (MQDS), dan Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, turut menerima perhatian dalam program ini.

Dengan pemilihan Mydin Mall USJ sebagai lokasi utama sesi membeli-belah, program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak Mydin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin, turut hadir bersama isteri serta barisan kepimpinan PEKEMA bagi menyampaikan sumbangan bersama Yayasan PEKEMA.

Mohamed Nazari berkata, pihaknya berharap usaha ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai pihak untuk turut serta dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Setiap sumbangan dalam program ini adalah hasil keprihatinan mereka yang percaya bahawa kebajikan perlu dikongsi bersama.

“Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam menjayakan program ini dan berharap lebih banyak pihak akan tampil membantu golongan yang memerlukan, terutama menjelang musim perayaan.

The post Yayasan PEKEMA salur RM600,000 bantu asnaf dan pelajar tahfiz menjelang Syawal appeared first on MaxInfo.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik ke KLIA T2 bermula 7 April 2025
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – AirAsia mengumumkan pemindahan operasi perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2), bermula pada 7 April 2025.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, langkah ini bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan permintaan perjalanan yang semakin meningkat, serta untuk meningkatkan pengalaman penerbangan secara keseluruhan.

“Walaupun Lapangan Terbang Subang menawarkan kemudahan yang mudah, terutama bagi penduduk bandar, pembangunan semula lapangan terbang ini untuk menyokong pertumbuhan masa depan akan mengambil masa.

“Oleh itu, AirAsia akan menggabungkan semua operasinya di KLIA T2 untuk memaksimumkan kecekapan dan memberi pengalaman yang lebih baik kepada tetamu kami,” kata kenyataan itu.

AirAsia juga berkata, jumlah penumpang antara Kuala Lumpur dan destinasi utama seperti Kota Kinabalu dan Kuching telah meningkat lebih daripada 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Oleh itu, pemindahan operasi domestik ke KLIA T2 adalah langkah tepat untuk menampung peningkatan trafik dan memastikan keberkesanan operasi yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, KLIA T2 mempunyai infrastruktur yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan penerbangan sambungan berskala besar, terutamanya pada waktu puncak perjalanan.

“Dengan kapasiti yang lebih besar di KLIA T2, kami akan dapat terus berkembang dan menawarkan lebih banyak penerbangan, khususnya ke Sabah dan Sarawak yang kini mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Bagi memastikan peralihan ini berjalan lancar, AirAsia akan terus beroperasi dari Lapangan Terbang Subang sepanjang minggu sambutan Hari Raya untuk memenuhi permintaan sedia ada.

Ini akan membolehkan tetamu yang merancang perjalanan semasa musim perayaan menikmati kemudahan Subang sebelum peralihan sepenuhnya ke KLIA T2.

“Sesi perundingan yang positif dengan konsortium Gateway Development Alliance (GDA) juga memastikan peralihan ini sejajar dengan pembangunan infrastruktur yang lebih baik serta matlamat ketersambungan jangka panjang,” katanya lagi.

Untuk rekod, AirAsia mula beroperasi di Lapangan Terbang Subang pada 30 Ogos 2024, dengan memperkenalkan dua laluan utama iaitu Kuching dan Kota Kinabalu.

The post AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik ke KLIA T2 bermula 7 April 2025 appeared first on MaxInfo.

Umairah sampaikan rindu di Hari Raya melalui single pertama, “Tak Balik Raya”
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – SN Legacy Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran single raya pertama daripada penyanyi Umairah yang berjudul Tak Balik Raya.

Lagu ini kini boleh didengari di semua platform penstriman digital.

Tak Balik Raya mengisahkan dilema seseorang yang terpaksa menyambut Hari Raya jauh dari keluarga akibat komitmen kerja.

Walaupun liriknya menyentuh perasaan dengan rasa rindu dan sayu, lagu ini turut menyuntik elemen kegembiraan dengan melodi yang segar dan penuh ceria.

Menurut Umairah, lagu ini menceritakan realiti yang sering dihadapi oleh anak-anak rantau setiap kali musim perayaan.

Walaupun liriknya mengundang kesedihan, namun teknologi moden membolehkan mereka terus berhubung dengan keluarga melalui pelbagai cara, seperti panggilan telefon dan video.

“Lagu ini sangat mudah melekat di ingatan. Sejak saya melancarkan ‘teaser’ beberapa minggu lalu, saya menerima banyak komen positif daripada warganet.

“Saya juga terharu dengan sokongan yang diberikan, terutama sebagai artis baharu dalam industri muzik,” ujar Umairah yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara kategori vokal (junior) di World Championships of Performing Arts 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Tak Balik Raya adalah hasil ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito. Lagu yang disampaikan dengan penuh perasaan ini telah berjaya menambat hati Umairah sewaktu pertama kali mendengar demo beberapa bulan yang lalu.

“Saya tidak perlu berfikir panjang untuk memilih lagu ini. Muziknya yang segar dan emosi yang dibawakan sangat sesuai dengan usia saya,” katanya.

Umairah bakal melancarkan video muzik untuk Tak Balik Raya di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada jam 9 malam ini. Video muzik ini dihasilkan oleh Rio Films dan diarahkan oleh Rifaiee Rio.

Dalam video muzik berkenaan, Umairah turut menampilkan rakan-rakan dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur sebagai penari pengiring.

Bagi Umairah, ini adalah cara untuk berkongsi bakat dan memberi peluang kepada rakan-rakannya yang berbakat dalam bidang tari untuk tampil ke hadapan.

Lagu Tak Balik Raya juga mendapat sokongan penuh daripada Universal Music Sdn. Bhd. sebagai pengedar yang akan membantu mempromosikan lagu ini terutama pada Ramadan dan Syawal.

The post Umairah sampaikan rindu di Hari Raya melalui single pertama, “Tak Balik Raya” appeared first on MaxInfo.