islam Archives - MaxInfo

Lancar inisiatif Iftar@Road2Haramain, MAPIM santuni jemaah haji dan umrah di tanah suci
editormaxinfo@gmail.com

AMPANG – MAPIM, dengan kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Coffee Star, Aysar Sudee Sdn Bhd, dan Aysar Arab Saudi, telah melancarkan satu inisiatif istimewa yang dikenali sebagai Iftar@Road2Haramain.

Program ini bertujuan untuk menyantuni jemaah haji dan umrah di tanah suci dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang penuh bermakna, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Inisiatif ini bukan hanya sekadar memberi makan, tetapi juga menggambarkan semangat persaudaraan Islam dan kepedulian terhadap jemaah yang berada jauh dari tanah air, memastikan kebajikan mereka terus dijaga.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen MAPIM untuk memastikan kebajikan jemaah haji dan umrah terus terjaga, terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.

“Program ini bukan hanya sekadar memberi makanan, tetapi lebih kepada satu bentuk penghargaan dan menyantuni jemaah yang sedang menunaikan ibadah di Tanah Suci.

“Ini juga mencerminkan semangat persaudaraan Islam dan kepedulian kita terhadap mereka yang berada jauh dari tanah air.

“Memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah amalan yang besar pahalanya, sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah,” katanya.

Program Iftar@Road2Haramain akan dilaksanakan di beberapa lokasi strategik seperti Lapangan Terbang Malaysia (KLIA & KLIA2), Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (Jeddah), serta kawasan sekitar Makkah dan Jeddah.

Sasaran program ini adalah untuk menyediakan 10,000 pek makanan setiap hari.

Antara menu yang disediakan termasuklah nasi belauk, gulai kawah, masak hitam, sambal, serta Kopi Coffee Star.

Penyediaan makanan untuk iftar ini disediakan oleh Aysar Sudee Sdn Bhd, sebuah syarikat gabungan Malaysia yang terkenal dengan pes kering Sudee, dan Aysar Saudi, penyedia dapur untuk masakan di Makkah.

Fasiliti dapur moden ini mampu menghasilkan hingga 25,000 pek makanan pada satu masa.

Dengan menggunakan pes kering Sudee yang terkenal dengan kualiti dan konsistensinya, proses penyediaan makanan dapat dilakukan dengan pantas dan dihantar kepada jemaah dalam keadaan yang panas dan segar.

MAPIM turut mengajak lebih banyak pihak termasuk badan korporat, NGO, dan individu dermawan untuk turut serta dalam menjayakan program ini.

Sumbangan dan penyertaan sukarelawan amat dialu-alukan bagi memastikan kelangsungan program ini.

“Kami berharap lebih ramai pihak dapat memberi sokongan sama ada melalui sumbangan kewangan atau tenaga sukarelawan.

“Setiap usaha yang diberikan akan memberi impak besar kepada ribuan jemaah yang berada di Tanah suci,” kata Mohd Azmi lagi.

Dengan kerjasama erat daripada rakan strategik dan sokongan masyarakat, MAPIM yakin program Iftar@Road2Haramain akan berjaya dan membawa keberkatan kepada semua yang terbabit.

Untuk maklumat lanjut atau jika ingin menyertai program ini, hubungi MAPIM Malaysia melalui saluran rasmi mereka.

The post Lancar inisiatif Iftar@Road2Haramain, MAPIM santuni jemaah haji dan umrah di tanah suci appeared first on MaxInfo.

TV AlHijrah semarakkan Ramadan dengan inisiatif ‘Hijrah Prihatin Bubur Lambuk’
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Bulan Ramadan bukan hanya sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk mempereratkan hubungan persaudaraan dan menyemai kasih sayang sesama insan.

Mengambil semangat itu, TV AlHijrah terus mengorak langkah menerusi Hijrah Prihatin Bubur Lambuk, sebuah program yang bukan sahaja mengedarkan juadah berbuka puasa, tetapi juga menjadi jambatan untuk menyantuni golongan yang memerlukan.

Program Hijrah Prihatin Bubur Lambuk kali ini bakal berlangsung di dua lokasi utama iaitu Lembah Klang dan Pulau Sebang, Melaka dengan setiap lokasi menawarkan pengalaman yang unik dan istimewa.

Program ini bertujuan menonjolkan keindahan bersedekah dan berkongsi rezeki, selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya untuk saling membantu, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Di Lembah Klang, pengagihan bubur lambuk akan dilaksanakan di beberapa lokasi tumpuan, antaranya Flat Taman Mulia, Cheras (19 Mac), Madrasah Seksyen 4, Wangsa Maju (20 Mac), Masjid Gombak Utara (21 Mac), serta Sekolah Tahfiz Al-Habbah, Batu Caves (24 Mac).

Masyarakat setempat, termasuk golongan asnaf, jemaah masjid, pelajar tahfiz, serta petugas barisan hadapan, bakal menikmati agihan bubur lambuk dalam suasana penuh kemesraan dan kesyukuran.

Program ini turut mendapat sokongan daripada rakan penaja seperti MYTV, dan disemarakkan dengan kehadiran sukarelawan, personaliti serta warga kerja TV AlHijrah yang akan berganding bahu dalam penyediaan dan pengedaran bubur lambuk.

Gotong-royong memasak dan mengacau bubur lambuk ini bukan sahaja satu tugas, tetapi juga simbol kebersamaan, melambangkan ukhuwah yang kukuh antara semua yang terbabit.

Lebih istimewa lagi, di Pulau Sebang, Melaka, TV AlHijrah akan bekerjasama dengan KTMB untuk membawa semangat keprihatinan ke kawasan selatan tanah air.

Pada 14 Mac, Masjid Aleyah Kuala Ina akan menjadi lokasi utama di mana kakitangan KTMB bersama pasukan Hijrah Prihatin serta sukarelawan akan berganding tenaga untuk memasak bubur lambuk sebelum mengedarkannya kepada penumpang KTM dan penduduk sekitar.

Pada sebelah malamnya, pasukan Hijrah Prihatin akan berbuka puasa bersama jemaah masjid, berkongsi nikmat rezeki dalam suasana penuh keinsafan dan kesyukuran.

Kebersamaan ini akan menghidupkan kembali tradisi Ramadan yang sebenar, di mana setiap individu saling berbahagi, memberi tanpa mengharap balasan, dan merasai nikmat berbuka bersama dalam suasana penuh harmoni.

Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Pengurus Projek Hijrah Prihatin Bubur Lambuk, Muhammad Sazri Abd Sani berkata, program ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol kasih sayang yang ingin dikongsi bersama masyarakat.

“Sebagai stesen televisyen Islam utama di Malaysia, TV AlHijrah bukan sahaja menyampaikan dakwah melalui siaran televisyen, tetapi juga aktif dalam program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada umat Islam.

“Ramadan adalah waktu terbaik untuk memperkukuhkan ukhuwah dan menunjukkan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, di TV AlHijrah mereka berharap agar setiap lapisan masyarakat dapat menikmati keindahan berbuka puasa dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

“Hijrah Prihatin Bubur Lambuk bukan hanya semangkuk bubur lambuk, ia membawa mesej kepedulian yang mendalam.

“Kami ingin menyampaikan mesej bahawa sumbangan ini adalah lambang kasih sayang kami kepada masyarakat umumnya, dan penonton setia TV AlHijrah khususnya,” katanya.

Dengan berlangsungnya Hijrah Prihatin Bubur Lambuk, TV AlHijrah berharap dapat terus menjadi jambatan kebaikan, menyebarkan kasih sayang, serta mengukuhkan nilai ukhuwah dalam masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

Program ini bukan hanya sebuah acara tahunan, tetapi usaha berterusan untuk memastikan semangat berbagi rezeki dan menyantuni golongan yang memerlukan terus hidup dalam jiwa umat Islam.

TV AlHijrah juga mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menjayakan program-program kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hijrah Prihatin Bubur Lambuk dan aktiviti program-program menarik sepanjang Ramadan, layari laman rasmi TV AlHijrah di www.tvalhijrah.com atau mengikuti media sosial rasmi TV AlHijrah.

The post TV AlHijrah semarakkan Ramadan dengan inisiatif ‘Hijrah Prihatin Bubur Lambuk’ appeared first on MaxInfo.

Anwar Ibrahim sifatkan ucapan di IIDC sebagai penghormatan besar untuk negara
editormaxinfo@gmail.com

MANAMA (BAHRAIN) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menganggap peluang yang diberikan untuk menyampaikan ucapan utama di Persidangan Dialog Intra-Islam (IIDC) sebagai satu bentuk pengiktirafan besar terhadap peranan Malaysia dalam dunia Islam.

Sebagai satu-satunya ketua kerajaan yang diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan pada sesi utama persidangan terbabit, di hadapan Imam Besar Al-Azhar, Al Sharif Profesor Dr. Ahmed El-Tayyeb, serta lebih 400 ulama dan cendekiawan Islam dari seluruh dunia, Anwar berkata, ia adalah bukti pengiktirafan terhadap usaha Kerajaan MADANI dalam memartabatkan Islam.

“Raja Bahrain (Sheikh Hamad Isa Al Khalifa) dan Sheikh Al-Azhar (Profesor Dr. Ahmed El-Tayyeb) memberi peluang kepada saya untuk hadir dan memberikan ucaptama pada persidangan IIDC ini.

“Persidangan ini membabitkan tokoh-tokoh Islam utama dari pelbagai mazhab dan aliran untuk mencari titik persetujuan, mengelakkan perseteruan, dan menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa aspek, baik dari segi teologi mahupun amalan,” kata Anwar dalam sidang media selepas selesai lawatan rasmi ke Bahrain, yang diakhiri dengan pertemuan bersama Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Sheikh Salman Hamad Al Khalifa.

Dalam ucaptamanya di IIDC, Anwar menekankan peranan penting ulama dan cendekiawan Islam dalam memberi nasihat kepada kerajaan serta umat Islam secara keseluruhan.

Beliau turut menyampaikan hasrat yang sama kepada Imam Besar Al-Azhar dan Raja Hamad Isa Al Khalifa dalam pertemuan mereka.

“Saya memberitahu Imam Besar Al-Azhar bahawa saya akan terus mendukung peranan ulama.

“Saya juga menyampaikan perkara ini kepada Raja Hamad, supaya hasrat murni ini mendapat sokongan.

“Ini kerana, apabila para ulama berani dan tegas menegur umat, menegur ulama pelampau, atau menegur kerajaan yang tidak mematuhi semangat ini, ia adalah contoh kemampuan ulama dan elit Islam yang kita semua patut banggakan,” katanya lagi.

Persidangan dua hari itu, dianjurkan di bawah naungan Raja Bahrain, dengan kerjasama Al-Azhar Al Sharif, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA) Bahrain, dan Muslim Council of Elders.

Inisiatif ini adalah kesinambungan dari Forum Dialog Bahrain yang diadakan pada November 2022.

Menurut Agensi Berita Bahrain, usaha ini bertujuan memperkukuh perpaduan umat Islam dan mendalamkan dialog antara sarjana Islam. -Bernama

The post Anwar Ibrahim sifatkan ucapan di IIDC sebagai penghormatan besar untuk negara appeared first on MaxInfo.

Sebar berita palsu, pempengaruh Malaysia boleh dikenakan hukuman berat – Polis Indonesia
editormaxinfo@gmail.com

BANDUNG – Seorang pempengaruh media sosial Malaysia yang mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia, berisiko dikenakan hukuman berat kerana menyebarkan berita palsu.

Menurut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 mengenai Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), individu yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga 1 bilion rupiah (RM272,000).

Laporan media Indonesia melaporkan, polis mendapati kandungan yang disiarkan oleh pempengaruh terbabit tidak mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa, meskipun telah mendapat persetujuan daripada pengurus wilayah setempat.

Mereka berkata, siaran langsung yang diadakan di Bukit Embah Gatur, Kota Bandung pada Ahad lalu, yang disiarkan melalui TikTok, berkisarkan cerita sensasi mengenai seorang pempengaruh Malaysia bernama Eykaa yang kononnya hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal, hanyalah taktik untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

Dalam perkembangan terkini, pempengaruh terbabit telah memohon maaf kepada pihak polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa kejadian berkenaan tidak akan diulang lagi.

Mereka turut menegaskan, mereka tidak menyebarkan maklumat tentang undang-undang Indonesia yang mengenakan hukuman tegas terhadap penyebaran berita palsu.

Sebelum itu, Eykaa, seorang pempengaruh berusia 22 tahun, dilaporkan hilang selama tiga hari di hutan sebelum ditemui selamat pada malam Rabu.

Penemuan itu dikongsi menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz sekitar jam 10 malam.

Sementara itu, pempengaruh lain, Ammar Nazhan atau lebih dikenali sebagai Ammar Nazhan Noralyadi, 29, tampil memberi penjelasan bahawa kejadian terbabit membabitkan gangguan mistik semasa mereka berada di sana.

Menurutnya, kejadian gangguan itu adalah benar, dan mereka terpaksa berpindah ke lokasi lain bagi mengelakkan masalah lebih teruk berlaku.

The post Sebar berita palsu, pempengaruh Malaysia boleh dikenakan hukuman berat – Polis Indonesia appeared first on MaxInfo.

“Langit Ke Tujuh”: Kisah ketaasuban yang membawa kemusnahan
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Sebuah drama yang menggugah minda dan menyentuh hati, Langit Ke Tujuh akan mengangkat kisah penuh ketaksuban yang mengancam membawa kemusnahan, menampilkan manipulasi ajaran sesat yang berakar dari pengaruh kepercayaan yang membingungkan.

Drama ini disiarkan secara eksklusif di Tonton bermula 23 Januari 2025, setiap Isnin dan Khamis.

Langit Ke Tujuh mengisahkan dunia penuh kegelapan yang dibayangi oleh seorang pemimpin karismatik, Ayah Abdul (Zamarul Hisham), yang mengetuai komuniti agama Tanah Surgo.

Komuniti ini menganggap dirinya sebagai penyelamat umat, namun adakah kepercayaan yang dipimpin oleh Ayah Abdul benar-benar mengarah kepada Tuhan?

Saksikan bagaimana ketaasuban ini membawa kepada penyesatan yang lebih dalam, menjerat mereka yang terperangkap.

Drama ini bukan sahaja memperkenalkan kisah penuh pengajaran tentang bahaya ajaran sesat, tetapi juga menghadirkan elemen keagamaan yang mampu membuka mata penonton.

Diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd dan diarahkan oleh Heykal Hanifah, Langit Ke Tujuh menggabungkan barisan pelakon hebat seperti Zamarul Hisham, Nora Danish, Farahdhiya, Faezah Elai, Chacha Maembong, Nafiz Muaz, dan Datuk Fauziah Nawi.

Kisah ini berpusat pada Ayah Abdul, seorang pemimpin agama yang berpegang pada ajaran yang membenarkan segala bentuk ketaksuban.

Isteri-isteri Ayah Abdul, Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai), hidup di bawah cengkaman kepercayaan terbabit.

Namun, kedatangan Zahara (Chacha Maembong), wanita muda yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan.

Setelah menyedari kebobrokan ajaran Tanah Surgo, Zahara berusaha keras untuk mengungkapkan kebenaran yang disembunyikan.

Pada masa yang sama, Yusuf (Nafiz Muaz) yang kembali ke Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), semakin meragui ajaran itu.

Ketika melihat ibunya semakin terjerat, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya daripada ajaran sesat yang semakin membelenggu.

Memegang watak Ayah Abdul, Zamarul Hisham berkongsi cabaran lakonannya dan mengakui watak Ayah Abdul sangat berbeza dengan apa yang pernah dibawakan sebelum ini.

“Ia benar-benar mencabar kerana membabitkan soal agama. Setiap kali melontarkan dialog yang menggerunkan, saya merasakan kesannya, walaupun hanya lakonan.

“Setiap kali selesai penggambaran, saya perlu beristighfar dan solat taubat untuk membersihkan hati saya.

“Langit Ke Tujuh penuh dengan pengajaran tentang bahaya penipuan, agenda tersembunyi, dan ketaasuban yang boleh membawa kepada kesesatan.

“Saya harap penonton akan mendapatkan kesedaran selepas menontonnya,” katanya.

Drama ini akan membawa penonton merasai pengalaman yang penuh ketegangan dan emosi, membuatkan mereka bertanya-tanya apakah ajaran seperti ini benar-benar wujud.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Langit Ke Tujuh, sebuah drama yang pasti membuka mata dan memberi kesedaran, hanya di Tonton.

The post “Langit Ke Tujuh”: Kisah ketaasuban yang membawa kemusnahan appeared first on MaxInfo.

Tabung Haji nafi tuduhan zalim terhadap bakal haji musim 2025
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan tuduhan yang tular di media sosial mengenai penzaliman terhadap bakal haji bagi musim haji 2025/1446H adalah tidak benar sama sekali.

TH dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit dan mereka telah mengambil langkah telus dengan mengkategorikan semula lebih 700 individu daripada golongan M40 seperti suri rumah, pelajar, dan warga emas ke dalam golongan B40 selepas menerima rayuan lengkap bersama bukti yang sah.

TH berkata, sejak tahun 2022, pihaknya telah bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji bagi memastikan kategori B40, M40, dan T20 ditentukan dengan tepat.

“Bakal haji yang menerima bantuan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah, misalnya, telah dikategorikan sebagai golongan B40.

“Manakala, mereka yang mempunyai pendapatan melebihi RM15,000 sebulan dimasukkan dalam kategori T20,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, timbul tuduhan bahawa TH menzalimi bakal haji berkaitan proses rayuan kategori tawaran, yang menjadi isu hangat di media sosial.

Sebagai respons, TH mengingatkan bahawa mereka yang tidak termasuk dalam kategori B40 atau T20, akan dikategorikan sebagai golongan M40.

Selain itu, pihak Tabung Haji turut menegaskan bahawa mereka terus menerima rayuan untuk menukar kategori tawaran bagi bakal haji yang berkenaan.

“Kami sangat serius dalam menangani tuduhan tidak benar yang boleh merosakkan reputasi kami dan mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam.

“Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya lagi.

Dengan penjelasan ini, TH berharap agar segala kekeliruan dapat dijernihkan dan memberi keyakinan kepada umat Islam bahawa proses pemilihan bakal haji adalah dijalankan dengan adil dan penuh integriti.

The post Tabung Haji nafi tuduhan zalim terhadap bakal haji musim 2025 appeared first on MaxInfo.

Arab Saudi puji pengurusan haji Indonesia, iktiraf profesionalisme dan keprihatinan
editormaxinfo@gmail.com

JAKARTA – Kerajaan Arab Saudi telah memberikan pujian kepada Indonesia atas pengurusan perkhidmatan haji yang cemerlang, mengiktiraf usaha negara itu sebagai berperikemanusiaan dan profesional.

Pujian ini disampaikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al Rabiah, menurut Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Nasaruddin Umar, dalam kenyataan yang diterima oleh agensi berita ANTARA.

Dalam kenyataan terbabit, Umar memetik Dr. Al Rabiah berkata, perkhidmatan haji yang diterapkan oleh Indonesia telah memberi impak positif yang besar terhadap pelaksanaan ibadah haji di peringkat global.

“Kerajaan Arab Saudi mengiktiraf usaha Indonesia dan menyatakan bahawa kami sentiasa mengambil kira bukan hanya kepentingan jemaah kami sendiri, tetapi juga perkembangan haji di seluruh dunia, dengan mempromosikan pendekatan haji yang berperikemanusiaan,” kata Umar.

Umar berkata, pendekatan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman haji yang memuaskan dan selesa kepada semua jemaah.

Beliau juga menggariskan kerajaan Arab Saudi memuji Indonesia kerana kecekapan dan profesionalisme yang ditunjukkan dalam mengendalikan perkhidmatan haji.

Menteri Hal Ehwal Agama itu kemudian menegaskan kerajaan Indonesia komited untuk menyediakan perkhidmatan haji yang aman, selamat, dan selesa kepada jemaah.

Dalam konteks ini, Umar menggesa kakitangan kementeriannya untuk terus berusaha keras dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap jemaah haji Indonesia. -Agensi

The post Arab Saudi puji pengurusan haji Indonesia, iktiraf profesionalisme dan keprihatinan appeared first on MaxInfo.

Pengarah Urusan Hejira Travel ditahan polis ketika sidang media
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan Pengarah Urusan Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, Mohd Syahril Alias, bagi membantu siasatan berkaitan kegagalan syarikat itu untuk menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.

Penahanan itu berlaku selepas syarikat berkenaan didakwa gagal memenuhi janji untuk membawa jemaah berkenaan ke Mekah.

Mohd Syahril ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor sekitar jam 6.45 petang di Ibu Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Penahanan itu dilaporkan berlaku sejurus selepas beliau mengadakan sidang media untuk memberikan penjelasan kepada jemaah yang terbabit.

Difahamkan, penahanan Mohd Syahril adalah susulan laporan polis yang dibuat oleh jemaah umrah yang terkandas dan menuntut penjelasan tentang kegagalan penerbangan mereka.

Sidang media yang pada mulanya berlangsung dalam suasana tenang bertukar kecoh apabila beberapa jemaah mula tidak berpuas hati dengan tawaran yang dikemukakan oleh pihak syarikat.

Sebelum kejadian ini, lebih 300 jemaah umrah terkandas selepas mereka dijanjikan penerbangan ke Tanah Suci, namun penerbangan terbabit ditunda oleh syarikat pengendali umrah itu.

Salah seorang jemaah mendakwa mereka hanya dimaklumkan mengenai penangguhan penerbangan pada petang Ahad.

Alasan yang diberikan oleh pihak syarikat adalah pembatalan tempahan hotel penginapan di Arab Saudi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa pasangan berusia 31 tahun itu ditahan sekitar jam 7 petang oleh pihak JSJK.

Menurutnya, pihak polis telah merampas beberapa komputer, pasport, dan dokumen berkaitan untuk membantu siasatan lanjut.

“Polis telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang mengalami kerugian RM11,000 akibat terkandas untuk mengerjakan umrah.

“Sehingga kini, tujuh laporan polis diterima membabitkan kerugian RM100,000 di Selangor,” kata Hussein dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati syarikat ini telah beroperasi sejak 2022, dan berpindah ke premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lalu.

Modus operandi yang digunakan dipercayai membabitkan iklan di aplikasi TikTok yang mempromosikan pakej umrah, dan ejen-ejen yang dilantik oleh syarikat itu untuk berurusan dengan pelanggan.

Hussein menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan tawaran pakej umrah, terutama yang dipromosikan melalui media sosial.

Sebarang pengesahan mengenai kesahihan syarikat yang menawarkan pakej umrah boleh dilakukan melalui semakan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Siasatan lanjut dijangka dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penipuan.

The post Pengarah Urusan Hejira Travel ditahan polis ketika sidang media appeared first on MaxInfo.

TV AlHijrah perkenal program baru Hadis@114 dan musim terbaru Quran@114 bermula 1 Januari 2025
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Dalam semangat menyambut tahun baru 2025 dengan penuh pembaharuan dan keberkatan, TV AlHijrah, stesen televisyen Islam terkemuka negara, dengan bangga memperkenalkan dua program unggulan: Hadis@114 yang baharu, serta musim terbaru program fenomena, Quran@114.

Kedua-dua rancangan ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

TV AlHijrah Komited Menyebarkan Ilmu dan Hikmah

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, “Sebagai stesen televisyen yang berperanan besar dalam menyebarkan kebaikan dan kebijaksanaan, mereka bertekad untuk terus menyajikan program yang tidak hanya mendidik, tetapi juga memberi inspirasi, sejajar dengan nilai-nilai yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis.

“Dengan Hadis@114 dan Quran@114, kami berharap dapat memperkasakan ummah dengan ilmu yang relevan dan bermanfaat.

“Al-Quran adalah petunjuk utama di kanan kami, dan al-Hadis di kiri kami. Kedua-duanya menjadi panduan hidup bagi umat Islam.

“Melalui kedua-dua program ini, kami ingin menyambungkan penonton dengan dua sumber agung dalam ajaran Islam yang akan mengarahkannya menuju kehidupan yang penuh makna dan diberkati,” katanya.

Hadis@114: Menghayati Sunnah Rasulullah SAW

Hadis@114 adalah program yang menyajikan hadis-hadis pilihan dari sunnah Rasulullah SAW, dikupas secara mendalam dengan pendekatan ilmiah dan terperinci.

Program ini bertujuan memberi pemahaman yang lebih holistik mengenai pengajaran dan hikmah yang terkandung dalam sunnah, yang relevan tidak hanya pada zaman Baginda, tetapi juga untuk masyarakat Islam masa kini.

Disiarkan setiap hari mulai 1 Januari 2025, pada jam 6 petang, setiap episod Hadis@114 membawa penonton untuk mengkaji hadis dengan lebih kritis, dengan melihat kepada konteks sejarah, sosial, dan kedudukannya dalam syariat Islam.

Program ini menampilkan barisan ilmuwan berwibawa seperti Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor, Dr. Norazam Khair Mohd Ithnin, Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad, Ustaz Tariq Jaffri Mohd Akhbar, dan Ustaz Muhammad Hafiz Abdul Rahman yang akan menjelaskan aplikasi praktikal sunnah dalam kehidupan seharian.

Melalui pendekatan yang mendalam ini, Hadis@114 memberikan panduan praktikal dan rohaniah untuk membantu umat Islam menghayati kehidupan berlandaskan sunnah Rasulullah SAW.

Quran@114: Musim Terbaru dengan Tafsiran Mendalam

Tidak ketinggalan, Quran@114 kembali dengan musim terbaru yang lebih mendalam, memberikan tafsiran yang lebih jitu dan aplikatif terhadap ayat-ayat suci Al-Quran.

Program yang telah mencetuskan fenomena ini terus menjadi sumber inspirasi untuk umat Islam dalam memahami makna sebenar ayat-ayat Al-Quran.

Dikendalikan oleh pendakwah dan cendekiawan Islam yang berpengalaman seperti Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud, Dr. Ahmad Irdha Mokhtar, dan Ustaz Hassan Basri Ali, Quran@114 membincangkan ayat-ayat Al-Quran dari pelbagai sudut, mengaitkannya dengan realiti kehidupan moden.

Setiap episod disiarkan pada jam 11 pagi setiap hari, dengan tujuan memperkasa pemahaman spiritual penonton, di samping menyediakan panduan praktikal untuk menghadapi cabaran hidup zaman kini.

Melalui pendekatan tadabbur, Quran@114 memberi ruang kepada penonton untuk mendalami makna tersirat dalam ayat-ayat al-Quran, dengan tujuan menjadikan wahyu Allah SWT sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Panduan Hidup Berdasarkan Wahyu

Kedua-dua program ini, Hadis@114 dan Quran@114, menggabungkan unsur pendidikan, refleksi rohaniah, dan aplikasi praktikal dalam kehidupan umat Islam.

TV AlHijrah berharap kedua-dua rancangan ini dapat menghubungkan penonton dengan ilmu yang memberi manfaat, serta menginspirasi mereka untuk mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan ilmiah ini. Saksikan Hadis@114 dan Quran@114 setiap hari di TV AlHijrah, sebagai sumber inspirasi dan panduan hidup yang penuh berkah.

The post TV AlHijrah perkenal program baru Hadis@114 dan musim terbaru Quran@114 bermula 1 Januari 2025 appeared first on MaxInfo.

Polis panggil Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan sembunyikan Titah Adendum
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan bekas Menteri Khairy Jamaluddin berkenaan dakwaan komplot untuk menyembunyikan Titah Adendum yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya menerima dua laporan pada Jumaat lalu mengenai perkara terbabit.

Razarudin mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan ini.

“Pengadu mendakwa telah membaca laporan di sebuah portal berita tempatan, di mana Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa Azalina terbabit dalam komplot menyembunyikan Titah Adendum.

“Pengadu juga mendakwa kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan ia mencemarkan imej Menteri terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan laporan itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman telah merancang untuk merakam percakapan Khairy pada jam 3 petang Isnin di pejabatnya di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Pada Jumaat yang sama, Setiausaha Politik kepada Azalina, Datuk Suraya Yaacob, telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.

Suraya mendakwa kenyataan Khairy adalah tidak tepat dan telah merosakkan reputasi Azalina sebagai seorang menteri Kabinet.

Sebelum ini, Khairy dalam satu siaran audio melalui program ‘Keluar Sekejap’ mendakwa bahawa terdapat krisis kepercayaan dalam UMNO berkaitan dengan Titah Adendum yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairy juga mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membolehkan Najib menjalani hukuman penjara dalam tahanan rumah.

The post Polis panggil Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan sembunyikan Titah Adendum appeared first on MaxInfo.