editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Pavilion Bukit Jalil telah menghidupkan semangat patriotik dengan kempen merdeka bertemakan Together. We Celebrate, sebuah pameran seni, fesyen dan budaya yang menggabungkan warisan tradisi serta kreativiti kontemporari.
Bermula dari 27 Ogos hingga 16 September 2025, pusat membeli-belah ini menampilkan Tinta Merdeka, sebuah instalasi seni dan fesyen yang dihasilkan oleh pelajar Universiti UCSI dengan sokongan daripada Truley Bateq, Chery dan KB Colour Image.
Centre Court Pavilion Bukit Jalil berubah menjadi ruang pameran budaya yang menghubungkan keindahan warisan Malaysia dengan ekspresi seni moden.
Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti pameran 16 karya seni fesyen batik yang menampilkan tafsiran kreatif bagi 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan Malaysia dalam bentuk rekaan avant-garde yang berukuran antara 6 hingga 10 kaki tinggi.

Selain itu, terdapat juga paparan 16 standee ikonik setinggi 5 hingga 6 kaki yang meraikan perpaduan dalam kepelbagaian melalui motif negeri dan persekutuan yang diinspirasikan secara moden.
Antara tarikan utama lain ialah pemasangan kereta Batik ArtWrap dari Chery yang dipersembahkan buat pertama kali di Pavilion Bukit Jalil, menggabungkan elemen tradisi batik dengan rekaan automotif masa kini.
Pengunjung juga boleh menyertai bengkel batik secara langsung dan demonstrasi oleh pengrajin tempatan yang memberi peluang untuk merasai sendiri kehalusan seni batik.
Tambahan lagi, kios kreativiti tanpa sisa oleh KB Colour bersama kolaborasi AniKertas dan Posterlite mempamerkan bagaimana kelestarian dan budaya boleh berjalan seiring.

Bagi menambah keceriaan sambutan, pelbagai permainan interaktif seperti Tic! Tic! Bomb!!!, Smack Deck dan Nab in the Dark disediakan, di samping sesi perkongsian seni oleh artis DuDu dan aktiviti bertema Merdeka yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Sebagai hadiah kepada pengunjung, Pavilion Bukit Jalil turut menyediakan barangan batik eksklusif hasil kerja tangan Truley Bateq yang boleh ditebus dengan pembelian bermula RM250 sehingga RM450, menawarkan barangan seperti buku nota batik, beg kanvas batik bergaya dan pouch zip batik premium.
Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Dato’ Joyce Yap berkata, Tinta Merdeka adalah satu cara bermakna untuk mengumpulkan keluarga dan masyarakat di Pavilion Bukit Jalil dengan mengangkat warisan Malaysia melalui ekspresi kreatif yang segar.
Menurutnya, inisiatif ini mengukuhkan peranan Pavilion sebagai sebuah pusat beli-belah yang menyatukan pengalaman membeli-belah, budaya dan semangat komuniti.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Universiti UCSI dan pengasasnya Dato’ Peter Ng berkata, pihaknya bangga terhadap kerjasama ini yang membolehkan pelajar melahirkan interpretasi baru terhadap warisan Malaysia menerusi seni dan fesyen yang berani dan kontemporari.

Kerjasama ini dianggap sebagai satu sambutan perpaduan dalam kepelbagaian negara serta mengangkat nilai kreativiti dan kolaborasi yang mendalam.
Selain daripada fokus kepada seni dan budaya, kempen Together. We Celebrate juga menampilkan aktiviti kesihatan dan kecergasan menerusi kerjasama dengan Anytime Fitness, Li-Ning, Anta dan LAC.
Aktiviti ini dirancang untuk memberi inspirasi dan memastikan masyarakat terus aktif sepanjang musim kemerdekaan.
Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran Merdeka yang disediakan oleh Pavilion Bukit Jalil, dari makanan dan minuman yang lazat, fesyen terkini, keperluan rumah serta barangan gaya hidup, memastikan setiap pengunjung dapat merasakan kemeriahan dan keunikan sambutan Merdeka.

























