28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
Home Blog Page 198

25 tahun dalam bidang seni, Siti Nordiana pertama kali berduet dengan Tomok menerusi ‘Memori Mungkin Berulang’

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana tampil dengan lagu duet bersama vokalis New Boyz Tomok menerusi lagu Memori Mungkin Berulang.

Ini adalah kerjasama pertama Siti Nordiana atau Nana dengan Tomok selepas 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni nyanyian.

Uniknya lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya Nana dan Tomok termasuk penulisan lirik.

Tajuk lagu ini dipilih amat sinonim dengan lagu hits mereka iaitu Sejarah Mungkin Berulang dan Memori Berkasih.

Idea asal lagu ini tercetus selepas mereka berbual secara tidak sengaja dalam satu persembahan pentas.

Ini kerana sepanjang mereka berada dalam bidang nyanyian, Nana dan Tomok tidak pernah menghasilkan lagu duet bersama-sama.

Lagu Memori Mungkin Berulang masih mengekalkan ritma dan irama 90-an untuk mengembalikan zaman kegemilangan dunia muzik ketika itu.

Tempoh untuk merakam lagu baru ini juga mengambil masa kira-kira setahun kerana kedua-dua penyanyi ini sibuk dengan pelbagai tugasan termasuklah fokus bertanding All Star Gegar Vaganza tahun lalu.

Untuk muzik video pula, suasana 90-an juga dikekalkan bertujuan untuk mengembalikan memori silam pendengar yang tidak henti-henti menyokong karier mereka sejak usia remaja hingga saat ini.

Antara yang diketengahkan termasuklah gaya pemakaian, aksesori serta lokasi penggambaran tetap kekal dengan era 90-an.

Muzik video ini diarahkan oleh pengarah drama tersohor iaitu Hadith Omar yang pernah mengarahkan beberapa drama popular lakonan Siti Nordiana seperti Dia Semanis Honey.

Tempoh penggambaran hanya mengambil masa selama dua hari iaitu bertempat di sekitar Bandaraya Melaka.

Memori Mungkin Berulang boleh didengar di semua platform digital muzik mulai hari ini, 7 Jun.

Manakala video muzik (MV) boleh di strim di Youtube rasmi Siti Nordiana bermula jam 9 malam hari yang sama.

TV AlHjirah rangkul dua pengiktirafan menerusi pencapaian digital

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah baru-baru ini menerima pengiktirafan The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding bagi kategori Kandungan Digital Terbaik.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini adalah permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang  mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus.

“Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan.

“Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital.

“Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022.

“Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada penonton TV AlHijrah,” katanya.

Nadzariah berkata, majlis anugerah ini dihadiri oleh pelbagai tokoh industri, pemimpin korporat, serta para profesional yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

“The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding Award adalah satu pengiktirafan yang diidamkan oleh banyak organisasi, kerana ia menilai dan menghargai jenama-jenama yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai kategori,” katanya.

Dalam pada itu, aplikasi AlHijrah Plus juga berjaya merangkul anugerah berprestij dari Singapura di majlis Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 bagi kategori projek Terrestrial OTT Platform (Malaysia) pada 30 Mei yang lalu.

Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 ini bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan organisasi antarabangsa dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi.

Antara panel juri  anugerah ini adalah Kiran Karunakaran, Wilson Chow dan Pattaraphan Paiboon.

Asia Smart Farming 2024 berlangsung Oktober ini

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – ABS Greentech Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran Asia Smart Farming (ASF) 2024 kali ke-2 yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober ini.

Pengerusi ASF 2024, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata, ASF 2024 menjadi pelopor kepada persidangan dan pameran kali kedua yang diadakan ini dan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Acara itu bakal dimeriahkan oleh ahli-ahli diplomatik, teknokrat, usahawan tani, pemasar pertanian, pemain industri, ahli teknologi, dan petani muda yang berdaya usaha.

“Acara ini menyerlahkan promosi amalan pertanian pintar tanpa racun perosak yang berpotensi mengubah kaedah pertanian, yang membawa kepada hasil yang tinggi, kemampanan dan penggunaan yang lebih selamat.

Ketika acara Smart Farming yang julung kali diadakan tahun lalu, ABS Greentech Sdn. Bhd. menandatangani 11 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai pemain industri antarabangsa untuk membiayai projek dalam sektor pertanian pintar,” katanya pada majlis pelancaran program berkenaan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABS Greentech Sdn Bhd, RM Ravichandar berkata, pihaknya mengumumkan komitmen pembiayaan sebanyak RM550 juta bertujuan untuk meningkatkan teknik pertanian pintar dan memupuk keselamatan makanan di Malaysia.

Dalam ASF 2024 yang akan datang, ABS Greentech menjangkakan untuk menandatangani lebih banyak MOU dengan pemain industri antarabangsa untuk membiayai projek pertanian baharu.

ASF 2024 akan mempamerkan kemajuan dalam pertanian pintar menggunakan Pengurusan Perosak Bersepadu, yang bebas daripada racun perosak.

ASF 2024 akan menyediakan platform yang kondusif untuk ahli teknologi, pemain industri, teknokrat dan jurubank untuk berkumpul.

Acara ini akan membolehkan penggubal dasar dan pemain industri menjalankan analisis perbandingan teknologi pertanian Malaysia dengan teknologi pertanian negara jiran, dalam rangka kerja meningkatkan keselamatan makanan dan menyelaraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Dalam pada itu, Syed Munshe berkata, pelancaran itu bertujuan untuk mengukuhkan komitmen bersama mereka dalam usaha mengubah sektor pertanian menjadi aktiviti moden dan berteknologi tinggi.

“Ini sejajar dengan Dasar Agro-Makanan Negara 2021-2030 (NAP 2.0) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia, yang membayangkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan, dan berteknologi tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan mengutamakan keselamatan makanan dan pemakanan.

“Saya juga menggalakkan pemain industri, penyedia teknologi, dan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam rangkaian tempatan dan antarabangsa mereka untuk mempromosikan ASF 2024 dengan menyertai sama ada sebagai peserta pameran atau peserta seminar.

“ABS Greentech, sebagai penganjur, yakin bahawa ASF 2024 akan menjadi platform yang berkesan untuk pihak berkepentingan dalam industri pertanian untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman serta mempamerkan teknologi dan produk baharu dalam mengejar hasil tinggi dan pengeluaran makanan yang selamat,” katanya lagi.

“My home is in your arms”, buah tangan terbaharu Daiyan Trisha

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan “Penat” pada tahun 2021, penyanyi, komposer dan penulis lagu Daiyan Trisha, nama yang tidak asing lagi di industri muzik tanah air bakal memukau peminatnya dengan lagu baharu bertajuk “My Home Is In Your Arms” yang akan dilancarkan esok, 7 Jun.

Daiyan mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang muzik selepas berehat selama 3 tahun.

“My Home Is In Your Arms” adalah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Daiyan Trisha yang diolah dengan indah sekali.

Ia adalah sebuah lagu bergenre pop-alternatif dengan alunan “feel-good vibe” yang diterbitkan oleh Kuizz Shah.

Pendengar akan disajikan sebuah naratif kisah cinta yang manis pada awalnya, akan tetapi ianya bakal merungkai sebuah kisah menyentuh hati tentang usaha memperbaiki hubungan.

Keunikan lagu ini jelas terlihat pada perincian yang sering dilupakan seperti perbezaan antara dua insan, cara berkomunikasi dan perbezaan pengalaman hidup.

Momen ini telah disusun rapi didalam bait lirik menekankan intipati sebenar percintaan yang hanya boleh dirasai oleh pasangan yang dilamun cinta dengan lingo dan cara tersendiri.

“My Home Is In Your Arms”, buah tangan terbaru Daiyan Trisha yang bakal membuai pendengar. Ia dihasilkan dengan penuh emosi, menyatukan melodi, lirik dan kemasan muzik dengan sempurna dan menyentuh hati.

VIT’S beri sumbangan kepada Karyawan, kolaborasi dengan Khadijah Ibrahim lancar produk terbaharu ‘Ramen Asam Laksa Ibu’ 

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Persatuan Karyawan Malaysia baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan Karyawan.

Karyawan berusaha membantu dalam menjaga kebajikan ahli persatuan yang dalam kesusahan dan terdiri dari golongan belakang tabir, individu yang terbabit secara lansung dan tidak langsung dalam pelbagai aktivtii karya seni di Malaysia.

Sebanyak RM100,000 berjaya di kutip pada malam berkenaan hasil jualan meja dari penderma yang bakal membantu lebih dari 100 ahli persatuan yang terdiri dari anak seni.

Turut berminat dalam membantu golongan yang telah berjasa dalam dunia seni, VIT’S sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1975 dan telah mengambil inisiatif dengan membantu memberi dana sejumlah RM50,000 kepada Persatuan Karyawan.

Pengarah Eksekutifnya, YT Lai berkata, VIT’S ingin bersama membentuk sebuah komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan seni.

“VIT’S memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan menyumbang jasa dalam bidang seni,” katanya.

Selain itu juga, VIT’S telah mengambil satu lagi langkah untuk membantu ahli persatuan ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim dan menghasilkan sebuah produk Kerjasama iaitu Ramen Asam Laksa Ibu.

Dengan pembelian Ramen Asam Laksa Ibu ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Persatuan Karyawan dan diharap orang ramai dapat membeli produk terbaru ini sambil beramal dan juga berharap inisiatif ini dapat membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan bantuan.

Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah dilancarkan oleh Yang di-Pertua Melaka Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, YT Lai dan Khadijah Ibrahim di Konsert Malam Malam Amal ini.

Konsert yang bermula pada jam 8 malam itu telah menyatukan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Datuk Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribu penonton yang terdiri dari penderma yang turut bersama turun padang berhibur sambil memeriahkan konsert.

VIT’S turut menghidangkan menu ‘Ramen Asam Laksa Ibu’ di mana pengunjung boleh merasai sendiri produk berkenaan. Produk keluaran terbaharu boleh didapati melalui aplikasi TikTok Shop vits_official.

Tanyalah Ustaz: Akad 40 Nikahkan 20 pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tanyalah Ustaz: Akad 40 menyatukan 20 pasangan asnaf dan yang kurang berkemampuan sempena ulang tahun TV3 dengan bertemakan ‘Inspirasi Generasi’ di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi secara berperingkat.

Seramai 40 pengantin terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa.

Program yang dirakam ini akan disiarkan pada 8 Jun ini, Sabtu, selama satu jam pada jam 7 malam hingga 8 malam di TV3 dan boleh di strim secara langsung dalam HD melalui aplikasi Tonton atau www.tonton.com.my.

Tanyalah Ustaz: Akad 40 menampilkan dua pengacara berwibawa Tanyalah Ustaz, iaitu Tajdid Hadhari sebagai pengacara utama dan Da’i Annas sebagai pengacara belakang pentas.

Manakala Ahmad Fedtri Yahya mengacarakan majlis resepsi pernikahan. Majlis resepsi sederhana tetapi meriah ini telah disempurnakan dengan kehadiran jemputan khas, ahli keluarga dan sahabat handai yang turut serta memeriahkan suasana. 

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu khas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Senator Dato Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail yang turut serta sebagai jurunikah.

Acara pernikahan secara beramai-ramai ini adalah sebuah inisiatif TV3 yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam melaksanakan ibadah perkahwinan dan memudahkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi menghadapi pelbagai cabaran seperti kos perkahwinan yang tinggi.

Ketua Jabatan Pengisian Islam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan juga selaku Penerbit Eksekutif Ruzmi Kamaruddin berkata, Tanyalah Ustaz: Akad 40 diadakan bersempena dengan ulang tahun TV3 tahun ini dan telah membuat perancangan dan persiapan dari awal tahun lagi.

“Bagi pihak TV3, kami amat berterima kasih kepada penaja dan juga semua yang terbabit dalam menjayakan program ini. Kami akan terus berusaha menyiarkan program dan acara yang bermanfaat kepada penonton dan masyarakat.

“Dalam masa yang menggembirakan ini, saya turut bersimpati dengan isu yang terjadi di Palestin. Kita juga perlu bantu mengikut kemampuan kita sendiri.

“Pihak TV3 ada menyediakan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan,” katanya.

Kerjasama antara TV3 dan JAWI ini mendapat kelulusan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam merealisasikan program ini.

Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, ini adalah kolaborasi yang amat baik antara Media Prima Berhad bersama JAWI dalam menzahirkan usaha pemerkasaan kekeluargaan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan menerusi penjagaan nasab keturunan yang disarankan oleh syarak menerusi lafaz ijab dan qabul sahnya ikatan perkahwinan suami isteri.

“Program ini adalah salah satu usaha untuk menonjolkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam komuniti masyarakat.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berperanan untuk menyokong program pembangunan keluarga ke arah pengukuhan pembentukan masyarakat madani,” katanya.

Tanyalah Ustaz: Akad 40, ditaja oleh Efferty, susu yang diformulasikan khas untuk meningkatkan kesuburan wanita.

Tanyalah Ustaz adalah program harian yang disiarkan pada setiap pagi di TV3 dan TV9 dengan membawakan segmen-segmen yang menjadi sumber rujukan utama masyarakat Islam di Malaysia dalam mencari pencerahan tentang pelbagai aspek kehidupan Islam.

Program ini terus mendapat sambutan hangat daripada penonton setia dengan ahli panel yang terdiri daripada asatizah yang dihormati.

Tanyalah Ustaz sentiasa membawakan perbincangan inspirasi pagi terbaik kepada penonton tentang isu semasa & ilmu berasaskan agama. 

Berada di kelas tersendiri, Ernie Zakri persembah lagu Masing Masing dalam versi tradisional

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Lagu Masing Masing nyanyian Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan sahaja dalam negara, tapi juga di luar negara.

Lagu ciptaan komposer dari Indonesia Ade Govinda itu turut melakar sejarah tersendiri apabila menduduki carta teratas di stesen radio tempatan dan Indonesia selain ‘trending’ di laman sosial.

Terbaharu, Ernie Zakri telah merakamkan lagu Masing Masing dalam versi tradisional.

Ernie berkata, versi baharu itu memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya apatah lagi ini pertama kali dia merakamkan lagu versi tradisional.

“Pengalaman sudah tentu sangat berbeza sebab ini pertama kali saya merakamkan genre tradisional.

“Ia adalah proses yang tidak susah sebenarnya kerana sejak pertama kali saya dengar muzik Masing Masing versi instrumental yang dibuat khas sempena majlis pelancaran album Aura dan pelantikan duta tudung Ayuwan pada November lalu, saya terus jatuh cinta dan bersetuju jika ia dijadikan juga sebagai versi lain.

“Apabila ramai peminat minta kami untuk rakam bahagian vokal, saya fikir ini juga menjadi peluang terbaik untuk saya memanjangkan tempoh untuk mempromosikan lagu Masing Masing.

“Saya harap ramai dapat menikmati lagu ini sebagaimana mereka mendengarkan lagu-lagu lain.

“Bagi saya Masing Masing versi tradisional ini sangat berbeza sentuhannya,” katanya.

Ernie berkata, versi ini adalah hasil idea dan susun semula daripada Feros dan juga komposer Amy Bong.

“Saya mengharapkan agar usaha kami untuk tampil dengan sedikit kelainan membuka ruang baharu untuk saya dan rakan-rakan penyanyi lain supaya boleh menghasilkan lebih banyak lagu irama tradisional dan saya fikir kena bermula sekarang,” katanya.

Katanya, Masing Masing versi tradisional mendapat maklum balas positif daripada peminat.

“Setakat apa yang sudah dikeluarkan untuk teaser, ramai orang suka. Orang sudah boleh jangka sebab mereka sudah tahu versi asal. Perasaan sedih itu akan lebih dirasai sebab versi tradisional lebih mendayu,” katanya.

Sementara itu, Ade Govinda turut memuji mengenai lagu Masing Masing versi tradisional.

“Pertama kali Feros memperdengarkan kepada saya Masing Masing versi tradisional ini, saya sangat terkejut sebab tempo lagu ini menjadi lambat.

“Dengan itu, ia boleh ditambah baik dan menjadikan lagu ini lebih berbunyi Melayu, malah lebih ‘deep soul’ lagi.

“Semoga versi lagu ini lebih dikenali dan dapat dipersembahkan pada acara tradisional. Saya sangat menyukai Masing Masing dalam versi ini,” katanya.

Sementara itu, Amy Bong yang juga ‘rearranger’ untuk lagu Masing Masing versi tradisional berkata, susunan lagu itu sudah dibincang antara Feros dan Ade Govinda bagi memberi kelainan kepada kerjaya nyanyian Ernie.

“Kami tahu Ernie boleh menyanyi banyak genre muzik dan banyak mendengar rujukan dari media sosial serta nyanyiannya secara langsung.

“Irama tradisional Ernie memang hebat, jadi tak salah jika kita angkat semula irama ini dan boleh berikan warna berbeza dalam industri muzik.

“Sekarang banyak lagu-lagu rancak dan irama tradisional kurang diangkat, disebabkan itu juga kami buat,” katanya.

Lagu Masing Masing adalah single pertama yang dipertaruhkan daripada album Aura. Video muzik rasmi lagu ini sudah mencecah 6.6 juta tontonan.

Malah, lagu ini juga mengekalkan kedudukan nombor 1 di carta RIM semalam empat minggu.

Lagu Masing Masing (Versi Traditional) kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music dan lirik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri.

Buat kali pertama, Biden sifatkan Trump sebagai ‘penjenayah’

editormaxinfo@gmail.com

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan Donald Trump sebagai ‘penjenayah yang disabitkan kesalahan’ yang sanggup memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan bayaran bertujuan menutup mulut menjelang pemilihan presiden pada 2016.

Biden berkata, perkara itu buat kali pertama berlaku sejak Trump disabitkan kesalahan jenayah itu.

“Buat pertama kali dalam sejarah Amerika, bekas presiden yang juga penjenayah disabitkan bersalah kini mencari jawatan presiden,” katanya.

Biden berkata serangan Trump terhadap sistem keadilan AS disamping bekas presiden Republikan itu mendakwa ia keputusan yang memalukan dan turut mengecam hakim perbicaraan, adalah sesuatu yang berbahaya.

“Walaupun itu mengganggu, apa yang lebih merosakkan ialah serangan habis-habisan yang dilakukan Donald Trump terhadap sistem keadilan Amerika Syarikat,” kata Biden lagi.

Penyandang Demokrat itu berkata Trump yang ditewaskannya pada pilihan raya 2020 akan menimbulkan ancaman yang lebih besar jika dia memenangi penggal kedua.

“Sesuatu berlaku pada lelaki ini secara nyata selepas 2020. Ia benar-benar membuatkan dia gila,” katanya.

Biden juga mengkritik dakwaan Trump bahawa dengan menghantarnya ke penjara akan mencetuskan keganasan politik dalam kalangan penyokongnya.

“Dia berkata jika dia kalah akan berlaku pertumpahan darah di Amerika. Lelaki jenis apakah ini?,” Biden memberitahu penyokong. -Agensi

Flagship estetik AI terbaharu siri HONOR 200 termasuk versi pro akan datang ke Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR hari ini mengesahkan Siri HONOR 200, telefon pintar Flagship Estetik AI jenama berkenaan akan datang ke Malaysia.

Peranti ini menampilkan paparan yang imersif, spesifikasi canggih dan keupayaan AI tahap platform generasi akan datang yang mampu mendefinisikan semula masa depan penggambaran mudah alih.

HONOR 200 Pro Sah ke Malaysia

Sebagai tambahan kepada barisan peranti baharu ini, HONOR juga akan memperkenalkan HONOR 200 Pro yang lebih berkuasa.

Buat kali pertama, model Pro siri HONOR Number akan tersedia di Malaysia dan ini disahkan oleh Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li.

Kerjasama Dengan Studio Harcourt Untuk Kamera Potret Bertaraf Studio

Bagi mencipta telefon pintar terulung untuk fotografi potret, HONOR telah menjalinkan kolaborasi dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt untuk membangunkan HONOR AI Portrait Engine secara bersama yang membolehkan Siri HONOR 200 menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio.

Studio Harcourt, yang mempunyai sejarah sepanjang sembilan dekad telah banyak menggambar barisan selebriti dan golongan diraja, daripada Roger Federer hinggalah kepada Permaisuri Rania dari Jordan, dan amat sinonim dengan mencipta potret abadi yang kepakaran menggabungkan cahaya dan bayang bagi menghasilkan karya agung yang memaparkan penceritaan visual yang mengagumkan.

Telefon pintar dengan Sensor Kamera Telephoto Sony IMX856 yang pertama di Malaysia

Salah satu ciri Siri HONOR 200 adalah peranti ini tampil dalam pasaran Malaysia sebagai telefon pintar pertama dilengkapi dengan Sensor Kamera Telephoto Sony IMX856.

Sensor ini menjanjikan gambar objek yang jauh dengan lebih jelas dan jitu. Di samping itu, versi standard Siri HONOR 200 ini mempunyai Sensor Kamera Utama Sony IMX906 yang unik, manakala versi Pro pula dilengkapi dengan sensor H9000 yang lebih berkuasa.

Melangkaui ciri sedia ada, Siri HONOR 200 juga membawakan tiga Kamera Utama 50MP yang direka untuk tangkapan potret, yang memanfaatkan HONOR RAW Domain Algorithm dipertingkatkan bagi mencipta potret seimbang yang boleh mengendalikan pendedahan di kawasan cerah secara lebih baik, sambil mengekalkan butiran dalam senario cahaya yang lebih gelap.

Bagi mengurangkan kekaburan serta rakaman video yang lebih lancar, Sistem Anti Goyang Berkembar OIS juga dimasukkan dalam peranti ini.

Ini membolehkan pengguna untuk menangkap gambar dan video berkualiti tinggi yang kelihatan seakan hasil profesional, walaupun dalam keadaan cahaya yang tidak terang.

Siri HONOR 200 ini ditujukan kepada penggemar fotografi dan pengguna kasual dengan menawarkan sistem kamera berkuasa untuk pengalaman fotografi mudah alih yang lebih hebat.