editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan “Penat” pada tahun 2021, penyanyi, komposer dan penulis lagu Daiyan Trisha, nama yang tidak asing lagi di industri muzik tanah air bakal memukau peminatnya dengan lagu baharu bertajuk “My Home Is In Your Arms” yang akan dilancarkan esok, 7 Jun.
Daiyan mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang muzik selepas berehat selama 3 tahun.
“My Home Is In Your Arms” adalah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Daiyan Trisha yang diolah dengan indah sekali.

Ia adalah sebuah lagu bergenre pop-alternatif dengan alunan “feel-good vibe” yang diterbitkan oleh Kuizz Shah.
Pendengar akan disajikan sebuah naratif kisah cinta yang manis pada awalnya, akan tetapi ianya bakal merungkai sebuah kisah menyentuh hati tentang usaha memperbaiki hubungan.
Keunikan lagu ini jelas terlihat pada perincian yang sering dilupakan seperti perbezaan antara dua insan, cara berkomunikasi dan perbezaan pengalaman hidup.

Momen ini telah disusun rapi didalam bait lirik menekankan intipati sebenar percintaan yang hanya boleh dirasai oleh pasangan yang dilamun cinta dengan lingo dan cara tersendiri.
“My Home Is In Your Arms”, buah tangan terbaru Daiyan Trisha yang bakal membuai pendengar. Ia dihasilkan dengan penuh emosi, menyatukan melodi, lirik dan kemasan muzik dengan sempurna dan menyentuh hati.

