29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
Home Blog Page 184

‘I Need You’ simbolik keinsafan & pujian buat Allah Yang Maha Esa

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Merdu alunan suara memuji yang Maha Esa lewat bait lagu “I Need You” yang dibalut nuansa Pop dan Balada menjadikan Farhana Ali satu-satunya penyanyi wanita solo mengetengahkan genre kerohanian yang ‘cantik’ di pendengaran.

Lebih ‘cantik’ apabila Farhana Ali meneruskan persona dengan menyajikan mesej positif lalu menyuntik suasana segar namun penuh keinsafan dalam karyanya kali ini.

Kerana itu setelah lagu “Alhamdulillah, It’s Ramadan” berjaya menawan hati pendengar, penyanyi cantik berambut ikal ini tampil dengan buah tangan kedua yang diberi judul “I Need You”.

Wanita kelahiran United Kingdom ini berbesar hati kerana menandatangi kontrak bersama label Masyhur sebuah label yang berilhamkan iman di bawah pengurusan Universal Music Malaysia kerana bersesuaian dengan konsep yang ingin disampaikan kepada pendengar seluruh dunia.

Menurut Farhana, sebaik diberi peluang bersama Masyhur, dia mahu memastikan yang dia kekal menyampaikan mesej-mesej bermanfaat termasuk kata-kata pujian buat Allah SWT yang disampaikan dalam setiap karyanya.

“I Need You”, kata Farhana ditujukan khas untuk memuji kebesaran Allah SWT dan kata ‘I Need You’ atau ‘saya perlukan Allah’ adalah bukti bahawa makhluk bernama manuasia akan selalu memerlukan Allah SWT dalam kehidupan sama ada susah ataupun senang.

“I Need You” adalah bukti kebesaran Allah SWT. Sebagai manusia biasa, segala sesuatu yang diperoleh dalam dunia ini sama ada susah atau senang, baik atau buruk semuanya datang daripada Allah SWT.

“Maka jangan pernah sekali kita melupakan Allah SWT. Mengalunkan baik lagu “I Need You” akan selalu mengingatkan kita sebagai hamba yang pada akhirnya segala keinginan bakal termakbul dengan kuasa Allah yang Esa.

“Marilah kita melahirkan kesyukuran dan memuji Allah SWT dalam alunan lagu yang mendamaikan seperti dalam I Need You,” kata Farhana.

Farhana berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkan I Need You berbanding karya sebelum ini.

“Saya memulakan lagu ini dengan menggarap korus terlebih dahulu. Hampir setahun kemudian baru saya hasilkan bahagian verse.

“Saya mengambil masa yang agak lama terhadap pembikinan lagu ini kerana mahu mencari perkataan yang sesuai dan apabila dinyanyikan ia kedengaran cantik kerana I Need You adalah karya khusus memuji Allah SWT.

“Saya mahu setiap bait perkataan atau lirik yang digunakan dalam I Need You apabila â€˜menikah’ dengan melodinya, ia serba serbi cantik dan mendamaikan,” katanya.

Menjadikan I Need You terasa lebih damai adalah apabila video klipnya dirakamkan di Mons Klint, Denmark.

Farhana juga polos dalam gaun panjang putih yang menjadi perlambangan kelahiran manusia di dunia bersih putih sebelum mencorakkannya sendiri sepanjang kehidupan serta kesucian hati kerana sentiasa memuji kebesaran Ilahi.

Pemandangan indah di antara desiran pantai bersama ‘perhiasan’ batu-batuan dan tebing nan mempersona ‘bersanding’ dengan kehijauan hujan yang sungguh mengasyikkan menambah elemen pujian dan kesyukuran yang disampaikan dalam I Need You.

Memilih menebarkan mesej bermanfaat dan kebaikan serta peringatan menerusi medium hiburan, Farhana menyifatkan ia sebagai salah satu saluran terbaik untuk mengajak sekaligus menyentuh banyak hati di dunia untuk selalu mengingati Allah SWT.

“Kita selalu ditenggelamkan dengan kesibukan dunia seperti bekerja atau dikecewakan manusia. Tapi akhirnya hanya Allah yang sentiasa menjaga dan tidak pernah melupakan kita sama ada kita melalui hari dalam keadaan baik atau buruk.

“Allah akan selalu ada dan sebagai manusia kita harus bersyukur kerana sesusah apapun dugaan hidup atau nikmat besar yang diperoleh, semuanya adalah atas pengetahuan Allah.

“Maka kembali lagi kita kepada Allah untuk berterima kasih dan bersyukur dengan semuanya,” katanya.

Dengan kelahiran I Need You, Farhana Ali mempunyai harapan besar agar lagu yang telah dipasarkan dan diperdengarkan di corong-corong radio tempatan dapat diterima baik malah menjadi sedatif yang baik buat hari-hari pendengar yang penuh kelam dan sukar.

HONOR 200 Lite berharga RM1,299 dengan storan besar 512GB, penggantian skrin percuma

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR 200 Lite 5G baharu adalah antara telefon pintar berkeupayaan 5G paling mampu milik dalam julat harganya di Malaysia pada hanya RM1,299.

HONOR 200 Lite bukan sahaja dilengkapi dengan kapasiti storan berganda sebesar 512GB berbanding 256GB untuk HONOR 90 Lite, malah peranti ini juga mempunyai paparan yang lebih tahan lasak.

Jika paparan HONOR 90 Lite hanya kaca biasa selain tidak memiliki pelan perlindungan skrin percuma, HONOR 200 Lite pula mengetengahkan Skrin Super Ultra Kukuh Diperkuatkan bersertakan pelan Penggantian Skrin Depan & Belakang 365 Hari percuma.

Dengan komnbinasi storan besar dan ketahanan skrin yang dipertingkatkan, sudah tentu HONOR 200 Lite adalah salah sebuah telefon pintar 5G paling mampu milik dalam julat harganya di Malaysia.

HONOR 200 Lite menawarkan ciri-ciri lebih hebat

Tambahan pula, HONOR 200 Lite memiliki ciri-ciri dipertingkatkan yang menaikkan statusnya sebagai telefon pintar 5G yang padat dengan nilai dan berpatutan.

Untuk menangkap gambar yang mengagumkan, HONOR 200 Lite menampilkan kamera utama 108MP beserta kamera swafoto 50MP. Peranti ini juga dikuasakan dengan bateri berkeupayaan tinggi 4,500mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menakjubkan, HONOR 200 Lite juga menampilkan paparan penjagaan mata AMOLED 6.7 inci dan dilengkapi Pemalapan PWM Bebas Risiko 3,240Hz untuk tontonan yang bebas kerlipan.

Bagi menawarkan nilai dan prestasi terbaik, HONOR 200 Lite dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 6080 yang efisien untuk memacu Android 14 dengan Magic OS serta Magic AI Experience yang meningkatkan lagi kefungsian dan keupayaan pengimejan ke tahap baharu.

Festival Masjid Nurul Islam rai tiga saudara baharu

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tiada istilah derhaka terhadap keluarga sebaliknya keputusan nekad untuk memeluk agama Islam dianggap sesuatu yang perlu dihormati oleh semua orang.

Bagi Addy Azis, dia nekad memeluk Islam selepas melihat keindahan dan rasa selesa selepas lebih mendalami tentang Islam.

Addy antara tiga orang yang memeluk Islam sempena Festival Masjid Nurul Islam di Kampung Desa Pahlawan, Ampang yang dianjurkan, baru-baru ini.

Menurutnya, hasrat mahu memeluk Islam sudah lama diketahui oleh ahli keluarga namun keinginan itu semakin kuat sejak tahun 2018.

“Jika diikutkan keluarga sangat kuat dengan agama Kristian dan ayah saya adalah seorang paderi.

“Saya tahu mereka akan menentang keputusan saya ini namun begitu saya bersedia menerima apa sahaja tindakan yang mereka akan ambil dan andai dibuang keluarga saya bersedia,” katanya yang berasal dari Sabah.

Selain Addy, dua lagi yang memeluk Islam adalah Lee Mi Moi, yang sebelum ini beragama Buddha dan V Thanasegaran Thaver (Hindu).

Festival itu turut mendapat sokongan bersama Perkim Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Menampilkan pelbagai aktiviti menarik, festival itu turut menyediakan pelbagai hidangan lazat serta pelbagai aktiviti riadah yang lain.

Antaranya sukan memanah, pemeriksaan kesihatan secara percuma buat tetamu yang hadir.

Tetamu bukan Islam juga turut dibawa mengelilingi masjid untuk melihat pameran-pameran Islam serta mendengar taklimat mengenai agama Islam.

Sesi ini bertujuan untuk meluaskan ilmu dan dakwah Islam kepada bukan Islam, serta membetulkan persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan Islam.

Festival ini bukan sahaja sebagai ibadah dalam menyebarkan ilmu dan dakwah kepada bukan Islam, tetapi juga dalam membetulkan persepsi salah bahawa Islam adalah agama kekerasan.

Kemuncak Karnival pada sesi malam, forum khas Maal Hijrah bertajuk “Hijrah Menuju Hidayah” turut diadakan.

Forum ini disusuli dengan majlis pengislaman tiga saudara baharu yang diketuai oleh pengerusi masjid yang mengangkat syahadah disaksikan oleh orang ramai.

Cipta pengalaman ikonik, Coolblog jalin kerjasama dengan WAWA perkenal produk berasaskan buah epal

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Coolblog, jenama minuman smoothie yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkemuka, WAWA yang diasaskan oleh selebriti terkenal Malaysia, Wawa Zainal menjalin kolaborasi dengan memperkenalkan enam produk baru berasaskan buah epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan.

Kolaborasi ini juga bertujuan mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi di mana fokus utama adalah untuk mempromosikan dan memperkasakan jenama tempatan dalam industri.

Konsep booth yang dipersembahkan pada pelancaran kali ini benar-benar memikat dengan gabungan warna pink Coolblog yang ceria dan merah glamor dari WAWA.

Menggabungkan dua elemen berbeza seperti kecantikan dengan pencuci mulut, Coolblog x WAWA disatukan untuk mencipta pengalaman yang IKONIK.

Melalui kempen ini, mesej yang ingin dibawa adalah tentang mencintai diri sendiri ‘self love’ dan kecantikan dari dalam ‘love from inner beauty’.

Wawa berkata, pihaknya percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka.

“Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda,” katanya.

Wawa berkata, pemilihan kerjasama dengan Coolblog adalah tepat selain menyokong syarikat tempatan.

“Saya memang teruja apabila ditawarkan kolaborasi ini apatah lagi saya memang penggemar minuman Coolblog sejak dulu lagi.

“Apabila mereka menyatakan hasrat dengan kerjasama ini ia satu peluang yang harus saya ambil bagi sama-sama menaikkan jenama kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew berkata, produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari pengguna lebih ceria dan penuh warna.

“Melalui Kolaborasi ini Coolblog melancarkan 6 perisa berasaskan epal iaitu Very Apple Fizz & Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt & Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie.

“Setiap dua pembelian produk diatas anda berpeluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri dari 6 warna menarik,” katanya.

Cara pembelian adalah setiap pembelian 2 minuman dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih akan memberi anda peluang untuk mendapatkan item terlaris iaitu WAWA Butter Liptint dengan packaging eksklusif.

Selain itu, melalui Touch ‘n Go Coolblog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif yang juga produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200.

Sueli Lew berkata, maklum balas daripada pelanggan sangat menggalakkan mengenai kolaborasi ini.

“Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini,” katanya.

Bantu pasangan dapatkan cahaya mata, Alpha IVF Group Berhad buka cawangan baharu Alhaya Fertility Centre

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat, Alpha IVF Group Berhad membuka cawangan baharu mereka yang dikenali sebagai “Alhaya Fertility Centre”.

Pusat itu dirasmikan oleh Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan turut diserikan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Beliau telah berjaya melahirkan dua orang anak yang comel, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, melalui rawatan IVF yang dilakukan di Alpha IVF, syarikat bersekutu Pusat Kesuburan Alhaya.

Pembukaan cawangan ini adalah satu pencapaian baru bagi Alpha IVF Group Berhad, Pusat Kesuburan Alhaya direka dengan teliti untuk merangkumi pelbagai latar belakang budaya, memastikan persekitaran yang inklusif bagi semua individu yang mencari rawatan kesuburan, termasuk komuniti Muslim.

Pusat ini berdedikasi untuk membolehkan setiap pasangan merealisasikan potensi mereka untuk menjadi ibu bapa dengan menawarkan rawatan kesuburan terkini dan sumber-sumber termasuk aplikasi terbaru menggunakan Kecerdasan Buatan untuk meningkatkan implantasi dan Pengaktifan In Vitro (IVA) bagi wanita dengan rizab telur yang rendah.

Pengarah Urusan Alpha IVF Group Berhad Dato’ Dr. Colin Lee berkata, Matlamat mereka sentiasa jelas iaitu membantu setiap pasangan merealisasikan impian mereka untuk menjadi ibu bapa.

“Dengan pembukaan rasmi Pusat Kesuburan Alhaya, kami bukan sahaja mengembangkan pasaran kami, tetapi juga mempertingkatkan komitmen untuk menyediakan rawatan kesuburan yang terbaik.

“Strategi kami yang berlandaskan kecemerlangan, inovasi, kualiti, dan integriti telah berjaya memperoleh pelbagai pencapaian pertama di dunia dalam bidang penjagaan Kesuburan,” katanya.

Alpha IVF Group Berhad telah mencapai lebih 20 kejayaan dalam bidang rawatan kesuburan di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, salah satu pusat mereka, Alpha IVF Kuala Lumpur, berjaya membantu pasangan yang mengalami mutasi gen TBCD untuk mendapatkan anak melalui kaedah IVF dengan PGTA dan PGTM.

Pencapaian ini, yang pertama di dunia, telah dibentangkan di Kongres Preimplantation Genetic Diagnosis International Society (PGDIS) pada Mei 2024.

Dalam kongres yang sama, Dr. Colin Lee turut menyampaikan ucapan mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam prosedur IVF, menunjukkan kemajuan teknologi terkini Alpha IVF Group Berhad.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Alhaya Dr. Haris Hamzah berkata, Alhaya bukan sekadar pusat rawatan kesuburan biasa.

“Kami adalah sinar harapan bagi pasangan yang ingin memulakan keluarga mereka sendiri. Sejak kami beroperasi, kami telah mencapai kadar persenyawaan yang memberangsangkan iaitu melebihi 81.1 peratus dan kadar blastula pada 71.1 peratus.

“Matlamat kami adalah untuk mendidik masyarakat dan meningkatkan kesedaran tentang peluang-peluang yang ada untuk menghasilkan anak melalui rawatan kesuburan moden,” katanya.

Majlis perasmian kemuncak Alhaya telah berlangsung dengan jayanya, dihadiri oleh tetamu-tetamu terhormat dari dalam dan luar negara, termasuk wakil-wakil dari Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), doktor dan barisan pengurusan Kumpulan KPJ Healthcare.

Majlis berkenaan dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh ikon muzik negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang mempersembahkan sebuah lagu penuh makna bagi  meraikan acara bersejarah ini.

Kemuncak majlis perasmian ini ialah pengumuman Alhaya menaja rawatan kesuburan untuk tiga pasangan dari Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF).

Dr. Haris Hamzah turut menyerahkan plak simbolik mewakili penajaan terbabit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang.

Majlis yang gilang-gemilang ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia, mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan perubatan berkualiti tinggi.

Pusat Kesuburan Alhaya dengan bangga mengumumkan kehadiran teknologi kesuburan termaju, termasuk Kecerdasan Buatan, pembekuan Cryotec yang mencapai kadar kelangsungan embrio 100 peratus dan IVA (pengaktifan in vitro) untuk meremajakan ovari.

Kemajuan ini bertujuan mengoptimumkan kadar kejayaan pesakit. Penyenaraian awam Kumpulan Alpha IVF pada Mac 2024 telah mengukuhkan lagi kedudukan kewangannya, membolehkan pengembangan perkhidmatan dan menjangkau lebih ramai yang memerlukan.

Pusat Kesuburan Alhaya adalah tambahan pertama kepada Kumpulan Alpha IVF selepas IPO, dengan pelbagai pelan menarik yang bakal dilaksanakan.

Dengan dedikasi terhadap teknologi canggih, protokol rawatan inovatif, dan profesional perubatan berkemahiran, Kumpulan Alpha IVF terus menerajui bidang penjagaan kesuburan.

Kumpulan ini komited untuk memberikan hasil terbaik kepada pesakit dan mendorong sempadan perubatan reproduktif.

Siti Nurhaliza hampir hilang nyawa lahirkan Aafiyah – Tunku Azizah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkongsi kisah sedih mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hampir maut ketika melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Baginda berkongsi perkara itu pada sidang media selepas berkenan merasmikan Pembukaan Alhaya Fertility Centre di Damansara Specialist Hospital 2 di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur.

“Siti is alive today is a miracle. She will never tell anybody, I will tell you today. Siti nearly die giving birth to Aafiyah.

“Keadaan Siti memang bahaya ketika itu dan hanya suaminya Datuk Khalid yang mengetahuinya.

“Kuasa besar Allah, Alhamdulillah Siti selamat dan dikurniakan sepasang cahaya mata menerusi kaedah IVF,” titahnya pada sidang media, hari ini.

Siti Nurhaliza yang berada di sisi, sebak berkongsi momen berkenaan dan mengakui perkara itu satu pengalaman berharga buat dirinya dan bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk terus hidup dan membesarkan anaknya.

Malah, Siti juga mengakui dirinya bertuah kerana turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Afwa.

“Semua orang pun sudah tahu perjalanan saya. Saya ada rakam dan tunjuk di YouTube bahawa hendak dapat cahaya mata sangat mencabar.

“Allah bagi saya macam-macam rezeki daripada segi kerja dan sebagainya, Allah duga saya dari segi cahaya mata.

“Saya percaya Allah akan bagi tepat pada masanya, Allhamdulillah dengan apa saya lalui dan saya berehat setahun untuk IVF ketika mahu mendapatkan Aafiyah.

“Masa bersalin saya hadapi komplikasi. Saya tidak banyak kongsi dengan masyarakat dan Alhamdulillah Allah selamatkan saya dan saya ambil keputusan untuk buat kali kedua,” katanya.

Terdahulu, Siti berkongsi senyuman Aafiyah dan Afwa hari ini, adalah harapannya dan suami melalui kaedah IVF.

Tunku Azizah turut bertitah kaedah IVF antara usaha terbaik bagi pasangan yang memerlukan ikhtiar mendapatkan zuriat.

“Anak Malaysia” menyatukan seluruh generasi rakyat Malaysia 

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Altimet, dan artis-artis seperti Zizi Kirana, SAIXSE, dan Fahimi bergabung untuk melancarkan sebuah lagu berjudul “Anak Malaysia”.

Lagu dinamik baharu ini dijangka akan memberikan semangat dan sokongan kepada kontinjen Malaysia yang akan bertanding di Sukan Olimpik 2024 di Paris, di samping membakar dan menyemarakkan semangat “Jiwa Merdeka” sempena Hari Kebangsaan kita.

“Anak Malaysia” adalah hasil kolaborasi hebat yang digubah dan ditulis oleh Iqie Hugh, Mage, Fahimi, SAIXSE, dan Mambang.

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menggubah lirik nukilan Altimet adalah satu inovasi yang menarik dengan menggabungkan teknologi dan seni dalam produksi muzik moden.

Hasil campuran genre dan gaya yang menarik menjadikan lagu ini benar-benar mencerminkan semangat perpaduan dan tekad, serta  mempamerkan jiwa semangat kebanggaan rakyat Malaysia.

“Lagu ini bukan sekadar hanya nyanyian ia adalah panggilan semangat untuk atlet kita dan seluruh rakyat Malaysia.

“Tidak kira di mana kita berada dan apa juga yang kita lakukan, kita akan sentiasa berbangga menjadi ‘Anak Malaysia’,” kata Altimet.

“Kami mahu mencipta sesuatu yang bukan sahaja akan memberikan inspirasi kepada atlet kita tetapi juga bergema dan membangkitkan semangat ‘Jiwa Merdeka’ menjelang sambutan Hari Kebangsaan,” kata Mage, penerbit lagu ini.

SVLTAN Management dan Faithful Music, yang terkenal dengan pendekatan inovatif dalam pengurusan artis dan produksi muzik telah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk pengedaran lagu ini, menekankan komitmen mereka dalam menyokong bakat tempatan dan menyumbang kepada semangat kebangsaan.

“Kami berharap ‘Anak Malaysia’ akan menjadi sumber kekuatan untuk atlet kita ketika mereka bertanding di Paris, dan inspirasi untuk kita semua yang menyokong dari tanah air,” kata Zizi.

Lagu bertenaga simbol kebanggaan dan perpaduan negara ini sudahpun dilancarkan di semua platform penstriman digital utama sejak 26 Julai lalu, manakala video muzik (diarahkan oleh Fareez Nasir), turut dilancarkan pada hari yang sama di saluran YouTube Faithful Music (youtube.com/@faithfulmusicmy).

Eddie Hamid dan teman-teman ajak kaum lelaki nilai maksud di sebalik ‘poligami’

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Wanita amat sensitif apabila mendengar perkataan poligami, namun bagi golongan Adam ia umpama satu kemenangan.

Orang lelaki suka sebab dapat beristeri lebih daripada seorang kerana dalam Islam pun tidak melarang untuk seorang lelaki memiliki lebih daripada seorang suri hidup. 

Untuk berpoligami boleh asalkan mematuhi syarat-syaratnya dan jangan mengabaikan isteri dan anak yang selama ini bersusah payah bersama. 

Bagi komposer dan penyanyi Eddie Hamid yang bertindak sebagai penyanyi dan penerbit lagu “Poligami”, beliau memilih judul itu kerana ada mesej yang mahu diketengahkan dalam lagu yang berentak ‘pop dance’ itu. Lirik lagu pula dihasilkan oleh Man Khan, Mama Anna, Te Ha dan Jaju.

“Ada mesej yang ingin disampaiikan dan jangan pula hanya kerana judulnya, “Poligami” sudah dipangkah lebih awal. Apapun, saya mohon maaf kepada sesiapa yang berasa kurang selesa dengan lagu ini nanti.

“Saya tahu perkataan poligami cukup sensitif di kalangan sebilangan besar wanita. Inikan pula lagunya yang bercerita mengenai berkahwin lebih daripada satu. Timbul idea untuk saya hasilkan lagu “Poligami” dalam dialek Kelantan ini berdasarkan situasi semasa yang ada banyak kes ‘penyondol’ (perampas).

“Selak saja akhbar atau di media sosial, ada saja kisah poligami dan wanita ‘penyondol’ di sana sini. Lagu saya pula mengisahkan tentang poligami. Tak tahulah macam mana penerimaan pendengar wanita nanti.

“Bukan saya nak menggalakkan poligami tapi saya ingin tekankan bahawa untuk berpoligami, seorang lelaki itu perlu memikul tanggungjawab yang berat dan jangan ingat nak senangkan hati sendiri saja,” katanya menjelaskan maksud di sebalik pembikinan lagu berkenaan.

Menariknya lagu itu menampilkan Eddie Hamid berduet bersama dengan Man Khan, Aris Kapilla dan penampilan istimewa pelakon Kamarool Yusoff  yang sinonim dengan watak Cik Man MC dari filem ‘Rock Oo’.

“Saya sudah biasa bekerjasama dengan Man Khan dan Aris Kapilla kerana sudah beberapa lagu kami berduet bersama tapi dengan Kamarool ini kali pertama. 

“Kehadiran Kamarool ini adalah untuk tampak kelainan kerana dia menyanyi untuk bahagian rap. Saya tak ada masalah dengan pembabitan dia.

“Walaupun pertama kali terbabit dalam rakaman lagu, Kamarool amat profesional dan mudah bekerjasama dengan dia,” kata Eddie mengenai pemilihan Kamarool dalam lagu “Poligami” yang menjalani proses rakaman di Nar Studio dan MR Sound Lab.

Eddie berkata, beliau memilih untuk menghasilkan lagu “Poligami” dalam dialek Kelantan kerana melihat kepada sambutan yang diberikan oleh orang ramai. 

“Saya melihat lagu dialek Kelantan semakin diterima ramai, malah dengan kewujudan pelbagai media sosial lagu sedemikian semakin popular walaupun pendengarnya bukanlah orang Kelantan sendiri.

“Insya-Allah, lagu ini mungkin akan mendapat sambutan seperti lagu “Cinta Setandan Pisang” (dialek Kelantan) dendangan Eda Ezrin dan Den Manjo yang cukup popular kini. Apa yang penting, mesej yang tersirat dalam lagu ini,” katanya. 

Sementara itu, Aris Kapilla atau nama penuhnya, Abdul Arif Ariffin, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, beliau tidak akan menolak jika Eddie mempelawanya untuk terbabit dalam sesuatu projek. 

“Siapa yang tak kenal komposer Eddie Hamid yang tersohor di Malaysia. Bukan saya saja orang lain pun kalau dengar Eddie Hamid nak buat lagu, memang tak akan menolak sebab karya dan lagunya memang mendayu dan mendapat sambutan ramai.

“Lagu “Poligami” bukanlah lagu pertama saya berduet dengan Eddie dan Man. Saya pertama kali berduet dengan mereka menerusi lagu “Kelik La Wei” ciptaan Eddie.

“Kemudian, kami tampil dengan lagu “Jange Kelik Laa Weii” dan lagu itu mendapat sambutan baik semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu.

“Antara kami bertiga ini sudah ada keserasian. Saya selesa  bekerjasama dengan mereka berdua. Bila kita nak rakam lagu, kita akan duduk bersama dan bagi idea. Bila tiga kepala ini, banyak sikit idea. Sama-sama buat lirik dan memang kita selesa bekerjasama,” jelas Aris kenapa beliau tidak menolak pelawaan Eddie. 

Bercakap tentang lagu “Poligami” yang bergenre ‘pop dance’, Aris awal-awal mengaku yang lagu tersebut tidak ada kene mengena dengan dirinya. 

Kata Aris, apa yang mahu ditonjolkan dalam lagu tersebut adalah pesanan untuk lelaki yang mahu menambah isteri. Jika ada yang terasa dengan lagu ini, anggaplah ia sekadar hiburan semata-mata. 

“Lagu ini dirakam berasingan. Kami tidak masuk studio serentak kerana kekangan masa. Selepas Eddie buat muzik di NAR Studio, Kuala Lumpu, bersama Belle Fatah, dia hantar rakaman ini kepada saya dan Man yang berada di Kelantan.

“Saya dan Man buat rakaman vokal di MR Sound Lab, Kota Bharu. Apabila siap proses masuk vokal, rakaman tu dihantar balik ke Kuala Lumpur untuk proses mixing dan sebagainya.

“Saya suka nyanyi lagu berunsur cerita rakyat. Biasanya kita dengar lagu sedih dan cinta tapi “Poligami” ini lagu berunsur rakyat. Saya sebagi anak seni Kelantan sangat berbangga kerana lagu dialek Kelantan seperti lagu “Cinta Setandan Pisang” sudah sohor di Malaysia dan luar negara,” kata Aris yang bekerja di syarikat pemaju perumahan, Marshah Holding Sdn. Bhd.

Bagi Man Khan atau Wan Nukman Wan Hamdan, yang turut terlibat dalam penghasilan lirik, idea untuk menulis bait-bait lirik itu diperolehi selepas berbincang bersama. 

“Kami berbincang untuk tentukan penceritaan dalam lagu ini. Bila sudah sepakat, barulah diolah menjadi lirik. Untuk siapkan lirik ini saja kami mengambil masa selama seminggu kerana ada perbezaan pendapat. 

“Biarpun berbeza pendapat tapi biasanya lirik akan berubah semasa kita buat rakaman yang mana idea akan datang secara spontan. Mesej lagu ini sebenarnya ialah mengalakkan golongan lelaki yang mampu untuk berpoligami. Sebenarnya, lagu “Poligami” ini sangat dekat dengan kisah masyarakat tempatan,” katanya berterus terang. 

Meskipun menyanyikan lagu tersebut dalam dialek Kelantan, Man yang sudah 23 tahun terbabit menyanyikan lagu dialek Kelantan berkata, beliau bangga menyanyikan lagu dalam dialek berkenaan. 

“Saya tak kisah menyanyikan lagu dialek Kelantan kerana mahu loghat ini terus berkembang. Saya tidak ada masalah berduet dengan Aris kerana kami sudah biasa dan rakaman dibuat di studio saya sendiri. Rakaman kami buat serentak supaya nyanyian lebih serasii dengan karakter vokal masing-masing.

“Saya harap lagu ini trending di mana-mana platform dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Kalau di Kelantan saya tak risau kerana kita sudah mempunyai pengikut tersendiri.

“Saya lebih suka menyanyikan lagu loghat Kelantan kerana sesuai dengan nama saya yang tercipta dengan lagu loghat Kelantan.

“Sebenarnya, sebelum ini saya pernah juga menyanyikan lagu bahasa Melayu di dalam album saya dulu tapi fokus saya ialah lagu dialek Kelantan kerana lagu Kelantan sudah boleh diterima oleh masyarakat kita di seluruh Malaysia dansya mahu mengangkat industri lagu loghat Kelantan,” katanya.

Lagu “Poligami” terbitan Kijang Music boleh mula distrim di semua pelantar striming muzik digital.

Video muzik rasmi lagu juga boleh mula ditonton di saluran YouTube Kijang Music https://youtu.be/69XJ4aACvUQ?si=wsusoC7Jz8zT3ojm 

Perkasa gerakan koperasi negara, Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 ketengah 8 resolusi

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Melabuhkan tirainya hari ini, Kongres Koperasi Kebangsaan (KKK) 2024 mengetengahkan 8 resolusi sebagai agenda pemerkasaan koperasi negara dalam persaingan ekonomi yang semakin mencabar.

Memfokuskan kepada isu inisiatif dan hala tuju baharu gerakan koperasi, kongres anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) itu turut mendapat sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Antara resolusi yang diketengahkan adalah sektor koperasi hendaklah diiktiraf sebagai sektor utama penyumbang kepada ekonomi negara yang menjadi pemangkin kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Kongres ini juga mahu undang-undang dan peraturan dipinda bagi mengiktiraf koperasi sebagai entiti perniagaan.

Resolusi itu dibentang dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di hadapan lebih 5,000 orang peserta membabitkan pemimpin dan anggota koperasi, wakil agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun secara fizikal dan dalam talian.

Terdahulu, pelbagai isu telah diangkat sebagai agenda hasil libat urus membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan serta pemegang taruh yang dijemput khas menerusi beberapa siri Sesi Libat Urus (SLU) yang telah diadakan oleh ANGKASA bermula Februari 2024 yang lalu.

Kongres ini memberi penekanan kepada empat fokus utama iaitu Jati diri dan identiti koperasi, Akta, peraturan dan tata kelola koperasi, Pendidikan dan modan insan koperasi dan Daya saing perniagaan koperasi.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya begitu menekankan bahawa pemantauan dan pelaksanaan semua resolusi yang diketengahkan adalah penting dan perlu diberi perhatian terutama selepas berakhirnya KKK 2024.

“Hasil resolusi daripada kongres ini bukan hanya sekadar laporan dan kertas kerja semata-mata, tetapi idea-idea yang diperoleh sepanjang sesi libat urus dan kongres ini memerlukan komitmen daripada perdana menteri untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

“ANGKASA yakin, resolusi ini akan dimuktamadkan menerusi pemantauan yang berterusan dan penyelarasan dari semasa ke semasa untuk memartabatkan sektor koperasi ke tahap lebih baik,” katanya pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, hari ini.

Hadir sama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri KUSKOP; Datuk Ewon Benedick.

Sementara itu, Dr Abdul Fattah berkata, bagi mengukur kejayaan sebenar KKK 2024, ia terletak pada usaha menyeluruh semua pemimpin dan anggota koperasi, wakil agensi kerajaan dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) untuk menterjemahkan resolusi itu dalam bentuk pelaksanaan efektif bagi memenuhi harapan dan aspirasi koperasi.

KKK 2024 yang bermula selama dua hari, 25 hingga 26 Julai itu menjadi wadah wakil koperasi dari latar belakang berbeza berbincang dan mengisytiharkan beberapa resolusi berhubung isu cabaran yang dihadapi oleh gerakan koperasi sepanjang lebih 100 tahun berperanan memberi sumbangan kepada peningkatan sosioekonomi negara.

Kongres pertama koperasi yang dikenali sebagai Kongres Kerjasama Malaysia Pertama telah diadakan pada tahun 1966 manakala Kongres Kerjasama Malaysia Kedua pada 20 hingga 21 Mac 1971 telah memuktamadkan penubuhan sebuah kesatuan koperasi peringkat kebangsaan bagi mewakili gabungan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa yang membawa kepada detik bersejarah penubuhan ANGKASA secara rasminya pada 12 Mei 1971.

ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi negara menaungi lebih 15,809 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 7.2 juta anggota individu di seluruh negara.