34.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026

Siri premium ‘One Cent Thief’ musim kedua: kejutan, pengubahan wang haram & pertaruhan besar

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Setelah mencipta fenomena pada musim pertama, siri premium Astro Originals, ‘One Cent Thief’, kembali dengan musim kedua yang penuh debaran dan plot penuh kejutan.

Kali ini, penonton bakal disajikan dengan isu yang lebih berat perbankan digital dan pengubahan wang haram membawa siri ini ke tahap yang lebih mendalam dalam mengupas realiti gelap dunia kewangan global.

Bermula 31 Januari 2025, One Cent Thief musim kedua akan bersiaran di On Demand dan Astro GO setiap Jumaat, jam 12 tengah malam, manakala di Astro Citra (saluran 108) dan Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin, jam 9 malam, serta Sooka.

Siri 8 episod ini kembali meneruskan perjuangan Iman Shah (lakonan Syafiq Kyle), si pencuri dengan gelaran ‘One Cent Thief’, yang bertekad untuk menjatuhkan Ibu Zara (dilakonkan oleh Sofia Jane), pemilik kartel dadah yang kini lebih berkuasa, selepas berjaya memasuki dunia politik.

Bersama Chen (lakonan Fabian Loo), ketua kumpulan penggodam Digital Karma, mereka merancang untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan menyebarkannya untuk membantu orang miskin.

Namun, Ibu Zara yang semakin kukuh dalam politik, kini mengubah permainan dengan memanipulasi undang-undang dan sistem perundangan, menyukarkan Intan (lakonan Azira Shafinaz), yang berusaha membawa Ibu Zara ke muka pengadilan atas kesalahan pengubahan wang haram.

Siri ini menggarap isu-isu besar yang relevan dengan dunia moden keselamatan digital, keganasan siber, dan penggunaan undang-undang untuk kepentingan peribadi serta mencerminkan kecelaruan moral dan politik dalam masyarakat.

Sebuah cerita penuh aksi yang bukan sahaja mengujakan tetapi juga menyedarkan penonton tentang bahaya pengubahan wang haram dan keperluan sistem keselamatan digital yang lebih ketat di dunia yang semakin canggih.


Musim kedua One Cent Thief turut menampilkan kolaborasi menarik bersama Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk tenaga sepanjang hari.

Goodday Charge akan menjadi rakan kerjasama strategik Astro Shaw sepanjang tahun 2025, dengan inisiatif promosi pemasaran dan penempatan produk yang bakal menguatkan keterujaan peminat terhadap siri ini.

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, Raja Jastina Raja Arshad berkata, siri ini bukan hanya mendapat sambutan hangat di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa, dengan kemunculan yang mendominasi Netflix di Malaysia, Singapura, dan Filipina.

Musim kedua kali ini menyelami dunia penggodaman, perbankan digital, dan pengubahan wang haram dengan lebih mendalam, dan kami harap ia akan memberi kesedaran kepada penonton mengenai keselamatan data dan risiko dalam dunia digital yang semakin terdedah,” katanya.


Musim kedua One Cent Thief turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Syafiq Kyle sebagai Iman Shah, Azira Shafinaz sebagai Intan, Faizal Husin sebagai Abah, Sofia Jane sebagai Ibu Zara, Trisha Ooi sebagai Diyana, Syarul Izani sebagai Dzia, dan Shashi Taran sebagai Kapten Chandran.


Sejak musim pertama ditayangkan, One Cent Thief telah meraih pengiktirafan antarabangsa, memenangi anugerah dan mencipta fenomena global.

“Dengan penglibatan lebih banyak organisasi besar dan manipulasi sistem global dalam musim kedua, kami berharap siri ini tidak hanya memenuhi jangkaan penonton tetapi juga memberi impak yang lebih besar kepada kesedaran awam mengenai isu-isu besar yang berlaku dalam dunia kewangan dan politik semasa,” kata Raja Jastina lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan One Cent Thief musim kedua yang pasti akan memukau anda dengan aksi mendebarkan, plot twist yang tidak dijangka, serta pertaruhan besar dalam mengubah dunia yang lebih besar dari sekadar satu sen.

Tonton ‘One Cent Thief’ musim kedua bermula 31 Januari 2025 di On Demand, Astro GO, Astro Citra, Astro Ria dan Sooka. 

Dapatkan klip-klip eksklusif dan info terkini menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti Instagram, TikTok, Facebook, dan X dengan tanda pagar #OneCentThief2 dan #AstroOriginals.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular