27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026

Juara dunia catur, Magnus Carlsen tarik diri selepas didenda kerana pakai jeans

editormaxinfo@gmail.com

NEW YORK – Juara dunia catur tahun lalu, Magnus Carlsen, mengejutkan dunia apabila menarik diri dari Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York, menyusul kontroversi berkaitan pilihan pakaiannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pemain catur Norway yang berusia 34 tahun itu mengundurkan diri selepas dikenakan denda AS$200 oleh Persekutuan Catur Dunia (FIDE) kerana melanggar kod pakaian kejohanan.

Carlsen tiba di tempat pertandingan pada hari Jumaat lalu dengan memakai seluar jeans, yang dilarang oleh peraturan kejohanan.

Selepas perlawanan kedua, Carlsen diberi ultimatum untuk menukar pakaian, namun beliau enggan berbuat demikian dan memilih untuk menarik diri daripada baki pertandingan.

“Jika ini yang mereka mahu lakukan, saya mungkin akan pergi ke tempat yang lebih menyenangkan,” kata Carlsen, menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap keputusan FIDE.

Dalam kenyataan rasmi, Persekutuan Catur Dunia mengesahkan pelanggaran terbabit.

“Tuan Magnus Carlsen telah melanggar kod pakaian dengan memakai jeans, yang jelas diharamkan menurut peraturan yang telah lama ditetapkan untuk acara ini.

“Peraturan ini telah ada selama bertahun-tahun dan diketahui oleh semua peserta,” kata FIDE dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Jumaat.

Keputusan Carlsen ini mengundang perhatian dunia, memandangkan beliau adalah pemain catur nombor satu dunia dan juara bertahan dalam kejohanan berkenaan. -Agensi

ARTIKEL BERKAITAN

Popular