27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 15, 2025

Taman-Taman Sabah beri amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu

editormaxinfo@gmail.com

KOTA KINABALU – Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Taman-Taman Sabah dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan berikutan cuaca hujan, angin kencang dan berkabus yang berlarutan di gunung itu yang terletak di Taman Kinabalu, Ranau.

Kenyataan itu turut memaklumkan terdapat kejadian tanah runtuh di summit trail gunung iaitu di kilometer 3.8, serta kejadian pokok tumbang di kilometer 0.6 dan kilometer 1.6.

“Semua pendaki, malim gunung, porter dan staf yang berada di sekitar summit trail Gunung Kinabalu disarankan agar lebih berwaspada sepanjang masa dalam sebarang aktiviti pendakian gunung ke Panalaban.

“Tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular