28.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026

MOTAC jalin hubungan bersama pengamal media dalam talian

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan (MOTAC) mengadakan kunjungan hormat ke atas Organisasi Media Digital Kreatif (PDMK) bertempat di studio podcast PMDK, Segambut, baru-baru ini.

Bagi menyokong matlamat Kementerian, Ketua Komunikasi Korporat di MOTAC, Phang Chew Hock, mengetuai pertemuan serampang dua mata ini mengenai pengukuhan perkongsian strategik antara MOTAC dan PDMK.

Sebagai usaha untuk menyalurkan maklumat dan isu berkaitan dengan baik, MOTAC akan sentiasa bekerjasama bersama dengan pengamal dan agensi media, termasuk pengamal media sosial dan media dalam talian.

Majlis itu turut dihadiri oleh 10 orang wakil daripada pengamal media alternatif dan dalam talian.

PDMK telah diasaskan pada Ogos 2023, dan setakat ini, mereka mempunyai 130 ahli, termasuk blogger dan influencer.

Majlis serba ringkas itu dimulakan dengan gimik potongan reben dan pemberian cenderahati sempena Pelancaran Podcast PMDK.

Peranan media kini beralih kepada skop yang lebih luas, terutama apabila berlakunya penyebaran luas penggunaan teknologi pada zaman digitalisasi ini.

Justeru, pengamal media secara atas talian secara khususnya akan dimanfaatkan bagi memastikan usaha MOTAC dalam menyebar luas informasi dan hebahan berkaitan terus sampai ke hati rakyat.

MOTAC adalah sebuah kementerian yang menguruskan pelancongan, seni dan budaya serta warisan yang diterajui oleh Datuk Seri Tiong King Sing, menteri yang amat dedikasi dan berusaha keras dalam portfolionya.

Sudah pasti dengan usaha berterusan oleh pihak MOTAC dan PMDK akan dapat membantu menjulang nama Malaysia ke persada dunia.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular