editormaxinfo@gmail.com
BANGI – Jenama fesyen Raya moden tempatan, Qhiam, memperkenalkan koleksi Raya 2026 yang sarat dengan inspirasi baharu, rekaan segar dan gaya abadi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama pilihan utama untuk musim perayaan.
Koleksi terbaharu ini bukan sahaja menampilkan pembaharuan dari segi rekaan dan fabrik, malah menandakan perkembangan penting jenama itu dengan peluasan kehadiran fizikal melalui pembukaan beberapa lokasi baharu.
Tahun 2026 menyaksikan Qhiam membuka showroom pertamanya di Shah Alam, diikuti dengan pembukaan kedai baharu di Bangi, serta perancangan lokasi seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya.
Langkah strategik ini bertujuan membawa gaya ikonik Qhiam lebih dekat kepada pelanggan setia, selain memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri kualiti fabrik dan ketelitian jahitan yang menjadi identiti jenama ini.

Untuk tahun kedua berturut-turut, penyanyi dan pemuzik terkenal Noh Salleh terus dipilih sebagai wajah Qhiam, melambangkan keaslian, kematangan dan semangat kekeluargaan yang menjadi teras jenama itu.
Kehadiran beliau diterjemahkan melalui koleksi Nohstalgia Galur 2026, sebuah koleksi berpasangan yang direka khas untuk seisi keluarga merangkumi lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak, sekali gus menangkap inti pati kebersamaan dan kehangatan Aidilfitri.
Koleksi Galur 2026 tampil dengan pembaharuan fabrik yang lebih ringan, namun tetap mengekalkan kualiti premium, memberikan keselesaan optimum tanpa menjejaskan potongan dan gaya.

Sementara itu, koleksi Kurta Teman pula diperkenalkan dengan enam rekaan dan fabrik baharu yang menggabungkan elemen moden dengan keindahan tradisi, sesuai untuk mereka yang menghargai gaya ringkas tetapi versatil.
Menyerlahkan kehalusan seni jahitan tradisional, Qhiam turut memperkenalkan Artisan Teras Collection yang menampilkan potongan klasik seperti pesak, kolar teluk belanga dan lengan tiga suku.
Diperbuat daripada fabrik campuran kapas dan linen yang mewah, koleksi ini dipersembahkan oleh legenda muzik tanah air, Amy Search, yang mencerminkan keaslian, karakter dan ketelitian seni yang menjadi tunjang koleksi berkenaan.
Bagi melengkapkan penampilan Raya 2026, Qhiam memperkenalkan sembilan rekaan samping eksklusif yang direka khas untuk digayakan bersama koleksi tahun ini, menambahkan elemen kontemporari tanpa mengabaikan identiti tradisional Melayu.

Dalam pada itu, Sendja, jenama adik Qhiam yang khusus untuk gadis muda, hadir dengan 13 rekaan baharu yang menampilkan gaya moden, segar dan serba boleh.
Koleksi Sendja menekankan keselesaan, fabrik berkualiti dan fleksibiliti penggayaan, sesuai untuk pelbagai suasana daripada kasual hingga formal, sekali gus memberi ruang kepada gadis muda mengekspresikan gaya peribadi mereka tanpa meninggalkan nilai tradisi.
Ketua Pegawai Eksekutif Qhiam, Adam berkata, koleksi Raya 2026 diraikan sebagai simbol kekeluargaan, warisan dan gaya moden yang saling melengkapi.

“Pada tahun ini, Qhiam memperkenalkan sebanyak 32 seleksi warna bagi koleksi lelaki dan wanita, meningkat berbanding 18 pilihan warna pada tahun sebelumnya, sekali gus menawarkan lebih banyak variasi dan inspirasi kepada pelanggan, khususnya bagi mereka yang mencari busana sedondon untuk seisi keluarga.
“Penambahan pilihan warna ini dibuat berdasarkan maklum balas dan cadangan positif yang diterima daripada pelanggan setia sepanjang musim perayaan lalu.
“Respons menggalakkan itu menjadi faktor utama dalam pembangunan barisan koleksi baharu bagi tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan material berkualiti tinggi terus menjadi keutamaan Qhiam dalam memastikan setiap rekaan bukan sahaja tampil bergaya, malah selesa dan sesuai digayakan sepanjang musim perayaan.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen Qhiam dalam mengekalkan keseimbangan antara inovasi fesyen dan nilai tradisi Melayu yang menjadi teras jenama berkenaan.
Dengan pembukaan showroom di Shah Alam, kedai baharu di Bangi dan lokasi akan datang di Putrajaya, Qhiam yakin musim Raya kali ini akan menjadi lebih bermakna dan penuh kenangan buat setiap keluarga.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi showroom Qhiam di Shah Alam dan Bangi, serta IOI City Mall, Putrajaya dalam masa terdekat, bagi melihat sendiri koleksi penuh Raya 2026 dan menyemarakkan semangat Aidilfitri bersama jenama tempatan yang terus berkembang ini.


Join our affiliate program today and earn generous commissions!