30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026

Dapur Tempur Selebriti kembali lagi

KUALA LUMPUR – Program realiti memasak popular TV9, Dapur Tempur kembali lagi dengan musim baharu, Dapur Tempur Selebriti yang pastinya lebih meriah dan mendebarkan.

Episod pembukaan Dapur Tempur Selebriti kali ini menampilkan Achey dan pasangannya, Anne (isteri) bakal menentang Ain Edruce dan pasangannya, Amirul (suami).

Pasangan manakah yang berjaya menggalas takhta juara bagi episod pertama serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000?

Nantikan selebriti kegemaran anda bertempur di Dapur Tempur Selebriti yang akan bersiaran bermula 18 November, hari ini, setiap Sabtu, jam 8.30 malam selama satu jam di TV9.

Kedua-dua pasangan selebriti ini terkenal dengan personaliti mereka yang sering membuatkan penonton tak kering gusi.

Pasangan episod pertama kali ini tampil dengan nama kumpulan yang juga mencuit hati, 50-50 (Ain Edruce & Amirul) dan Mok Strong (Achey & Anne).

Gelagat mereka beraksi di dapur lebih menghiburkan kerana mereka tidaklah begitu mahir dalam bidang masakan sehingga menyebabkan dapur berasap dan sudip yang digunakan menjadi cair.

Rasa-rasa, pasangan manakah yang menimbulkan huru-hara ini? 

Ain Edruce tampil berkeyakinan kerana dia mendakwa dirinya pandai memasak dan hari-hari ada menu baharu untuk suaminya.

“Alhamdulillah saya sudah praktis seminggu sebelum sertai Dapur Tempur Selebriti. Setiap malam saya masakkan untuk suami saya, Amirul,” kata Ain.

Berjayakah Ain Edruce dan Amirul tempuh segala cabaran yang diberi? 

Achey juga tidak mengalah dan berkongsi pengalamannya di dapur.

“Saya tidak kisah orang ragu-ragu dengan saya kerana di rumah memang saya yang sediakan barang-barang prep dan saya juga yang membeli barangan memasak yang lain,” katanya.

Dapur Tempur Selebriti kali ini menampilkan tema yang berbeza berbanding edisi Dapur Tempur & Dapur Tempur Ra-Ra sebelum ini.

Kebiasaannya, Dapur Tempur menguji peserta untuk menyediakan menu masakan Melayu tetapi untuk edisi kali ini, setiap pasangan perlu menyediakan hidangan bertemakan masakan barat.

Dapur Tempur Selebriti tidak lengkap tanpa cabaran dan cabaran pertama untuk episod pertama Dapur Tempur Selebriti ialah cabaran ‘Misteri Ke?’.

Cabaran ini memerlukan setiap pasangan menggunakan bahan misteri yang telah dipilih. Mereka perlu menambah baik atau improvisasi hidangan mereka dengan masa yang diberikan hanya 30 minit sahaja.

Pasangan manakah yang lebih handal menunjukkan skil di dapur? Bolehkah mereka menerima komen-komen pedas daripada juri Michael Ang dan Cef Naem? 

Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego dan Vinda sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan cita rasa, persembahan hidangan, cara kerja berpasukan dan kebersihan.

Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun.

Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun khusus untuk pemenang episod 1 dan 2. 

ARTIKEL BERKAITAN

Popular