28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 16, 2025

Gamers Mangkuk siri TV Premium berlatarkan e-sukan ‘Mobile Legends: Bang Bang’ pertama Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Peminat e-sukan jangan ketinggalan menantikan tayangan perdana ‘Gamers Mangkuk’, siri premium e-sukan Astro Originals, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games.

Siri baharu ini mengisahkan tentang Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban, lima pemain e-sukan yang berpadu keringat di dalam satu pertarungan e-sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk dinobatkan sebagai pelapis kepada pemain e-sukan profesional negara, menerusi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia.

‘Gamers Mangkuk’ bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat jam 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410) atau saksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.  

Diarahkan oleh Hyrul Anuar, pengarah muda yang berpengalaman dalam bidang filem dan video, jalan cerita pula ditulis oleh Sham Hashim, Bainun Waheeda dan Haris M Nor.

Siri e-sukan pertama Astro Shaw ini menampilkan barisan bakat-bakat majmuk baharu dan terkenal tempatan termasuk Amir Ahnaf (Napi), Taufik Izmir (Napi), Nick Davis (Lee), Sara Mack Lubis (Maya) dan Sathisvaran (Theeban), selaku teraju utama.

Manakala penceritan di setiap episod pula dibarisi oleh Amelia Christie (Vie), Josiah Hogan (Slayer), Nadia Brian (Aleya), Taqim Zaki (Abang Long), Khatijah Tan (Hajah Munah), Louisa Chong (June) dan Puteri Qaseh (Madness).

Pengarah Gamers Mangkuk, Hyrul Anuar, berkata, Gamers Mangkuk memfokuskan generasi Z. Namun dia cuba meletakkan elemen dan nilai hiburan yang dekat dengan penonton umum, dan tampilkan penceritaan dalam konsep komik.

“Antara cabaran utama menghasilkan naskhah ini adalah sudut teknikal agar visual permainan video yang dipersembahkan tampak sebenar dan kemas.

“Harapan saya agar Gamers Mangkuk dapat diterima dan menghiburkan penonton Malaysia menerusi penceritaan yang disampaikan,” katanya.

Gamers Mangkuk siri 8 episod, mempersembahkan satu konsep unik bagi siri rantaian terbaharu Astro Shaw, di mana siri ini meneroka perjalanan lima anak muda terdiri daripada Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban yang berjuang untuk melepasi pertarungan e-sukan terkemuka Mobile Legends: Bang Bang, dengan mendapat tajaan dari Mangkuk Hajah Munah.

Setelah diperkenalkan dengan nama Gamers Mangkuk, lima anak muda ini berjaya menerima jemputan daripada Slayer, pemain e-sukan dan streamer handalan Malaysia untuk bertarung di dalam sebuah pertandingan besar dan dijanjikan habuan hebat untuk menyertai Team Perang, kumpulan pemain-pemain e-sukan profesional dan Juara e-sukan Kebangsaan.

Selepas Gamers Mangkuk berhempas pulas, ternyata pertarungan yang dijanjikan adalah tipu helah semata-mata serta dirancang oleh penganjur untuk mendapat perhatian masyarakat dan penaja.

Manakala juara pertandingan juga telahpun ditetapkan terlebih awal sebelum penglibatan Gamers Mangkuk.

Akibat terkilan dengan keputusan penganjur, Gamers Mangkuk mencabar Team Perang untuk pertempuran satu-lawan-satu dan perlu disiarkan secara langsung di khalayak umum.

Mampukah Gamers Mangkuk menawan Team Perang untuk dinobatkan sebagai kumpulan e-sukan baharu? Segalanya bakal terjawab di penghujung episod.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular