editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Peluang luar biasa menanti pengguna telefon pintar HUAWEI apabila HUAWEI XMAGE Awards kembali untuk edisi kelapan, membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyerlahkan kreativiti dan bakat bercerita mereka menerusi lensa fotografi mudah alih.
Pertandingan berprestij ini, yang dibuka secara eksklusif kepada pengguna telefon pintar HUAWEI, bertujuan meraikan kekuatan ekspresi visual melalui tema The Power of Image, yang mengangkat peranan fotografi sebagai medium merentasi sempadan dan bahasa dalam menyampaikan kisah yang menghubungkan dan menginspirasi.
Tahun ini, pertandingan ini memperkenalkan gabungan kategori baharu dan kegemaran ramai, antaranya So Far So Close, Good Night, dan Colour & Shade, di samping kategori ikonik seperti Faces, A Heartwarming World, Experimental Lab, Storyboard, dan Action.
Setiap kategori memberi peluang kepada peserta untuk meneroka gaya fotografi tersendiri, sama ada merakam emosi halus, mencipta naratif visual, mahupun menghasilkan karya eksperimental yang segar.
Seperti tahun-tahun terdahulu, tiga pemenang Hadiah Utama akan menerima Dana Cipta bernilai USD 10,000 setiap seorang, manakala 97 lagi penyertaan yang tersenarai dalam XMAGE Top 100 bakal membawa pulang USD 1,500 setiap satu.
Semua pemenang turut menerima sijil digital dan karya mereka akan dipamerkan dalam pelbagai platform dan pameran antarabangsa anjuran HUAWEI.
Menariknya, pengguna di Malaysia turut berpeluang memenangi hadiah eksklusif menerusi XMAGE Awards Malaysia 2025: The Power of Image.
Hadiah utama berupa sebuah HUAWEI Pura 80 Ultra bernilai RM6,599 beserta trofi, manakala pemenang tempat kedua akan menerima HUAWEI Pura 80 Pro bernilai RM4,599.
Hadiah lain termasuk HUAWEI FreeBuds 6 dan HUAWEI WATCH FIT 4 untuk pemenang tempat ketiga dan anugerah penghargaan.
Pertandingan ini kini dibuka dan berlangsung sehingga 15 September 2025.
Penyertaan boleh dihantar melalui media sosial dengan mengikuti akaun rasmi @huaweimobilemy di Instagram atau Facebook dan memuat naik gambar atau video yang diambil menggunakan telefon pintar HUAWEI dengan kapsyen mengandungi tanda pagar #HUAWEIXMAGEMY.
Akaun mestilah terbuka kepada umum untuk melayakkan penyertaan.
Selain itu, penyertaan juga boleh dihantar melalui platform HUAWEI Community Malaysia, di mana sejumlah 34 pemenang akan dipilih merentas pelbagai saluran rasmi HUAWEI termasuk Facebook dan Instagram.
Semua penyertaan dari komuniti Malaysia ini akan diselaraskan secara automatik ke laman web Global XMAGE Awards, membolehkan peserta bertanding untuk hadiah di peringkat antarabangsa.
Senarai pemenang XMAGE Awards Malaysia 2025 akan diumumkan di laman rasmi Facebook @huaweimobilemy dan dihubungi secara langsung oleh pihak HUAWEI Malaysia untuk urusan penebusan hadiah.
Untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan penyertaan, penerangan kategori, dan kriteria penjurian, peserta digalakkan melayari laman rasmi HUAWEI XMAGE Awards.
Tampil Hebat Bersama Siri HUAWEI Pura 80
Bagi peserta yang ingin menyerlahkan potensi terbaik mereka dalam pertandingan ini, siri HUAWEI Pura 80 khususnya model Pro dan Ultra menawarkan keupayaan fotografi canggih untuk pelbagai senario.
Dilengkapi teknologi penderia termaju, prestasi unggul dalam pencahayaan rendah dan mod penggambaran pintar, siri ini menyediakan alat penting untuk merakam detik-detik penting yang boleh menawan hati juri pertandingan.
Sama ada untuk kategori Faces, Experimental Lab atau A Heartwarming World, HUAWEI Pura 80 Pro dan Ultra membolehkan pengguna menghasilkan imej berkualiti tinggi yang berpotensi besar untuk dinobatkan sebagai karya terbaik dalam HUAWEI XMAGE Awards 2025.
Untuk syarat dan terma penuh pertandingan, lawati laman web rasmi HUAWEI XMAGE Awards.

