editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Saingan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 menjanjikan pengalaman spektakular kepada peminat bola sepak di Malaysia apabila Astro memulakan musim ini dengan semangat baharu melalui kempen “One for the Fans” penghormatan sepanjang musim kepada peminat setia yang menjadikan setiap perlawanan satu detik berharga.
Kempen ini bukan sekadar slogan. Ia adalah wujudnya komitmen Astro untuk membawa EPL lebih dekat ke hati peminat dengan menyediakan akses menyeluruh kepada semua 380 perlawanan secara langsung melalui Astro, sooka dan NJOI, lengkap dengan liputan serba lengkap, analisis pakar, serta beberapa perlawanan penting dalam format 4K UHD.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith berkata, peminat bola sepak di Malaysia adalah antara yang paling bersemangat di dunia.
Katanya, di bawah kempen ini, setiap gol adalah kenangan, setiap perlawanan adalah kisah yang dikongsi bersama dan setiap musim adalah peluang untuk merayakan semangat bola sepak di setiap pelusuk Tanah Air.
“Pemain bukan lagi fokus utama sahaja kini giliran peminat untuk dipaparkan dalam sorotan dan pengalaman yang diraikan oleh Astro,” katanya.
Menyedari bahawa bola sepak hidup bukan hanya di padang, Astro menjalinkan pengalaman bersama peminat melalui acara tontonan bersama dan acara komuniti.
Contohnya, sambutan awal musim menyaksikan lebih 400 peminat berkumpul di Strand Mall bagi menyaksikan perlawanan antara Arsenal dan Manchester United.
Suasana meriah, lengkap dengan suasana “stadium” melalui skrin besar, permainan interaktif, sorakan bersemangat, malah kehadiran selebriti dan bekas pemain terkenal menyulami malam tersebut dengan kenangan yang sukar dilupakan.
Tidak terhenti di situ, peminat turut berpeluang memenangi hadiah eksklusif seperti barangan edisi khas, pengalaman istimewa pada hari perlawanan, dan juga peluang ke United Kingdom untuk menyaksikan perlawanan secara langsung ini sebagai tanda penghargaan Astro kepada mereka yang menjadikan setiap perlawanan lebih bermakna.
Astro tidak bergerak sendiri dalam usaha ini. Mereka mendapat sokongan berterusan daripada penaja rasmi musim ini seperti Wonda Coffee, Zetrix oleh MYEG dan YES, yang bersama-sama berkongsi visi menyampaikan hiburan sukan bertaraf tinggi kepada rakyat Malaysia.
Di samping itu, Astro mengambil inisiatif memastikan bahawa pengalaman menonton EPL adalah mudah dan mesra pengguna.
Ini membolehkan peminat menikmati semua perlawanan melalui servis Astro GO di pelbagai peranti dari televisyen, telefon pintar sehingga ke tablet menjadikan peluang untuk menonton EPL lebih fleksibel dan dapat diakses di mana-mana sahaja.

