editormaxinfo@gmail.com
PETALING JAYA – Lima bulan selepas menembusi pasaran Malaysia, Luckin Coffee terus mengukuhkan kehadirannya menerusi pelancaran rangkaian minuman baharu yang dinanti-nantikan iaitu Fruity Series.
Menerapkan cita rasa unik dengan gabungan buah-buahan segar dan kopi premium, siri minuman ini mencetuskan fenomena baharu dalam landskap kopi tempatan.
Fruity Series mempersembahkan pilihan menarik seperti Orange Americano, yang menggabungkan rasa sitrus menyegarkan dengan kehalusan espresso, serta Grape Fizzy Americano, minuman berkarbonat manis yang membangkitkan kesegaran dalam setiap hirupan.
Ditawarkan secara eksklusif di semua cawangan Luckin Coffee di seluruh negara kecuali Pavilion Damansara Heights dan AEON Maluri, siri ini bukan sekadar pilihan minuman tetapi turut menjadi simbol gaya hidup baharu, khusus untuk generasi muda yang gemar mencuba sesuatu yang berani dan luar daripada kebiasaan.
Menariknya, pelancaran Fruity Series turut disertai kolaborasi strategik bersama permainan mudah alih popular, Honor of Kings (HOK), yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda Malaysia.

Kerjasama ini bukan sekadar inisiatif pemasaran, tetapi pertembungan dua dunia kopi dan permainan digital yang memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Luckin Coffee telah menganjurkan sesi temu mesra khas pada 8 Jun lalu di cawangan Sunway Pyramid.
Acara ini menyaksikan kehadiran dua cosplayer terkenal, Angellowee dan Lea, yang tampil mempersona dalam kostum watak Shi dan Yao daripada permainan HOK.
Suasana kafe bertukar meriah apabila peminat hadir beramai-ramai untuk berswafoto, mendapatkan gambar kenangan, serta berinteraksi secara langsung dalam suasana yang imersif, menghidupkan elemen fantasi permainan ke alam realiti.

Peminat yang membeli Fruity Series pada hari berkenaan turut menerima kad foto eksklusif, manakala beberapa pengunjung bertuah berpeluang menikmati sesi bergambar peribadi bersama cosplayer kegemaran mereka.
Sepanjang tempoh dari 6 hingga 30 Jun 2025, Luckin Coffee menawarkan barangan edisi terhad hasil kolaborasi dengan HOK.
Antaranya termasuk pop socket, gantungan telefon dan pelekat holografik yang direka khas untuk meraikan semangat permainan dan gaya hidup kontemporari.
Pelanggan boleh mendapatkan barangan ini menerusi tiga pakej istimewa yang ditawarkan:
-Kombo Solo Buff (RM12): Satu minuman daripada Fruity Series bersama pop socket atau gantungan telefon.
-Kombo Duo Buff (RM20): Dua minuman sama ada kedua-duanya daripada Fruity Series atau gabungan satu Fruity Series dan satu minuman bestseller serta satu barangan pilihan.
-Kombo Fruity Boost (RM18): Dua minuman daripada Fruity Series untuk kesegaran berkembar.

Setiap pembelian kombo turut disertakan pelekat holografik eksklusif, menjadikannya rebutan peminat tegar HOK.
Bagi menambah keterujaan, Luckin turut menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan yang aktif di media sosial.
Dari 6 hingga 8 Jun, 100 pelanggan pertama setiap hari yang memuat naik gambar bersama standee Honor of Kings di Instagram atau Facebook menggunakan tanda pagar #BuffUpWithLuckin serta menandai akaun @luckincoffee.msia dan @HonorofKingsMalaysia, berpeluang menebus Pakej Buff Up.

Pakej ini merangkumi Fizzy Grape Americano percuma, baucar “Beli 1 Percuma 1”, serta dua kupon diskaun 40 peratus yang semuanya boleh ditebus melalui aplikasi Luckin Coffee selepas pengesahan kakitangan.
Pelancaran ini memperlihatkan pendekatan kreatif Luckin dalam memahami kehendak generasi muda masa kini gabungan cita rasa inovatif, pengalaman pelanggan yang mendalam, serta integrasi elemen budaya pop dan digital.
Dengan kerjasama seperti ini, Luckin Coffee mengukuhkan peranannya bukan sahaja sebagai penyedia minuman berkualiti, tetapi juga sebagai pencetus gaya hidup baharu yang menepati citarasa belia moden.
Dengan jalinan kerjasama strategik bersama jenama-jenama terkemuka seperti Honor of Kings, Luckin Coffee terus melakar nama sebagai pelopor budaya kopi moden di Malaysia.

