editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menggesa semua pihak agar berani bersuara dan mengambil tindakan terhadap sebarang bentuk gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat.
Tegas beliau, keberanian untuk melawan perbuatan tidak bermoral itu amat penting dalam usaha mempertahankan maruah dan keselamatan individu, khususnya golongan wanita dan remaja.
Gesaan itu disuarakan susulan penularan sebuah video baru-baru ini yang memperlihatkan seorang pemandu e-panggilan didakwa meminta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuka tudungnya ketika menggunakan perkhidmatan pemanduan itu dalam perjalanan pulang ke rumah.
Insiden yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen itu turut membuka semula perbincangan mengenai tahap keselamatan wanita di ruang awam.
“Kepada remaja di luar sana, jangan sesekali berdiam diri. Anda berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri,” kata Nancy dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, komitmen kementeriannya untuk memperkasakan keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual, yang bertujuan menyediakan saluran khusus kepada mangsa gangguan seksual untuk mendapatkan pembelaan secara adil dan mesra mangsa.
Dalam pada itu, Nancy memaklumkan bapa kepada remaja terbabit telah tampil membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.
Katanya, tindakan itu, mencerminkan tahap kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap keperluan untuk bertindak tegas apabila berdepan situasi gangguan seksual.
“Apabila berlaku kes gangguan seksual, masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk bertindak dengan adil dan segera,” katanya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited untuk meneruskan usaha advokasi serta menyediakan sokongan kepada mangsa, dalam memastikan isu gangguan seksual tidak lagi dianggap perkara remeh atau tabu dalam masyarakat.
Isu keselamatan wanita, terutamanya remaja, terus menjadi fokus kementerian dalam membina persekitaran yang lebih selamat dan bermaruah untuk semua lapisan masyarakat.


Good https://is.gd/N1ikS2
Good https://is.gd/N1ikS2
Good https://is.gd/N1ikS2
Very good https://is.gd/N1ikS2
Very good https://is.gd/N1ikS2
Good https://is.gd/N1ikS2
Good https://is.gd/N1ikS2
Very good https://is.gd/N1ikS2
Awesome https://is.gd/N1ikS2