editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Terus konsisten memartabatkan nilai adat, budaya dan pemikiran kritis dalam karya muzik mereka, duo rap berpengaruh tanah air, Kmy Kmo dan Luca Sickta, kembali mencetuskan perbincangan menerusi single terbaharu berjudul Kertas Wangi, sebuah karya reflektif yang mengangkat realiti kehidupan moden dan godaan dunia material.
Diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia, Kertas Wangi tampil sebagai sebuah karya rap kontemporari yang sarat dengan makna dan mesej mendalam, namun disampaikan secara jujur dan mudah dihayati melalui susunan muzik moden yang kemas serta berjiwa tempatan.
Pelancaran rasmi single ini berlangsung di bangunan warisan ikonik Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur, yang dipilih bertepatan dengan identiti seni dan budaya yang sentiasa menjadi teras perjuangan Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Majlis Pelancaran Single dan Sidang Media Kertas Wangi itu turut menyaksikan penyerahan plak single oleh Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Singapura, Vietnam dan Projek Khas Asia Tenggara, Kenny Ong, kepada kedua-dua artis berkenaan.

Lebih bermakna, pelancaran itu diadakan bersempena dengan program Hari Kantin by Pasar Seni anjuran Pesta Kita yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Januari 2026, sekali gus menghidupkan suasana seni, budaya dan komuniti di tengah-tengah ibu kota.
Mengangkat metafora wang sebagai simbol dunia material, Kertas Wangi menjadi cerminan jujur tentang bagaimana manusia sering terperangkap dengan tekanan hidup, persaingan gaya luaran dan godaan dunia yang bersifat sementara.
Lagu ini menyentuh isu nilai diri, budi dan jiwa yang kerap terhakis akibat obsesi terhadap kebendaan.
Menurut Kmy Kmo, inspirasi lagu ini lahir daripada pemerhatiannya terhadap realiti kehidupan seharian masyarakat moden yang sentiasa diuji dengan cabaran dan tekanan material.

“Kertas Wangi melambangkan bagaimana nilai wang boleh mengaburi nilai sebenar manusia.
“Kita berlumba gaya, mengejar status dan kadang-kadang tidak sedar hati serta nilai budi semakin terpinggir. Lagu ini adalah cerminan diri saya dan juga sesiapa sahaja yang mendengarnya,” katanya.
Luca Sickta pula menyifatkan Kertas Wangi sebagai refleksi universal tentang perjalanan hidup yang penuh ujian, bukan sekadar kisah peribadi.
“Mesej paling penting ialah jangan biarkan dunia material menguasai hati dan jiwa. Itu yang saya mahu pendengar fahami dan bawa bersama selepas mendengar lagu ini,” jelasnya.
Dari sudut penciptaan, Kertas Wangi membuktikan kematangan serta keserasian kreatif antara dua seniman muda ini.
Proses kolaborasi mereka digambarkan sebagai terbuka, saling menghormati dan saling melengkapi antara kekuatan lirik serta susunan muzik.
Menurut Kmy Kmo, cabaran utama adalah menyatukan dua pemikiran kreatif yang sarat dengan idea, namun perbezaan pandangan itu akhirnya memperkayakan karya.
“Saya banyak menumpukan pada lirik dan makna, manakala Luca memberi nyawa melalui muzik dan susunan.
“Gabungan ini menghasilkan sesuatu yang lebih besar daripada jangkaan saya,” katanya.
Luca Sickta pula menegaskan kerjasama mereka berlaku secara semula jadi, dengan setiap lapisan bunyi dan lirik disusun agar kedengaran organik serta jujur.
“Saya mahu lagu ini kedengaran segar, tetapi masih mempunyai jiwa Melayu.
“Elemen Dikir Barat dari Pantai Timur diserap secara halus dalam ritma dan harmoni, manakala rap menjadi medium paling tepat untuk menyampaikan mesej berat tentang tekanan hidup, material dan nilai diri,” katanya.

Paduan rap moden dengan elemen warisan Pantai Timur menjadikan Kertas Wangi sebuah karya unik yang bukan sahaja relevan dengan pendengar muda, malah berfungsi sebagai medium refleksi sosial dan kerohanian dalam landskap muzik kontemporari Malaysia.
Bagi Kmy Kmo dan Luca Sickta, Kertas Wangi bukan sekadar sebuah single baharu, tetapi peringatan agar masyarakat kembali menilai makna sebenar kehidupan dan tidak terperangkap sepenuhnya dalam dunia material.
“Saya harap lagu ini membuatkan pendengar berhenti sejenak, tarik nafas dan fikir semula tentang apa yang benar-benar penting dalam hidup.
“Jika seorang sahaja tersentuh dan terinspirasi, itu sudah cukup besar bagi kami,” kata Kmy Kmo.
Luca Sickta turut berkongsi bahawa selepas ini mereka merancang beberapa projek baharu termasuk penghasilan album penuh, dengan Kertas Wangi menjadi permulaan kepada fasa seterusnya perjalanan seni mereka.
Single Kertas Wangi kini boleh distrim di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.


Join our affiliate program today and start earning up to 30% commission—sign up now!
The final scene, where the animals look from pig to man and man to pig and cannot tell the difference, is iconic. It encapsulates the complete failure of the revolution to change the fundamental nature of power. For those studying the text, having an Animal Farm PDF allows for a close reading of this climax. It is a pessimistic conclusion, but one that serves as a necessary wake-up call. Orwell challenges us to ensure our own societies do not suffer the same fate. https://animalfarmpdf.store/ Animal Farm Book Pdf Chapter 1