26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026

BGM Burgerman cipta kelainan, 1,000 pelanggan rasmi pembukaan cawangan Setapak

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Jenama restoran makanan segera tempatan, BGM Burgerman, bakal mencipta sejarah tersendiri dalam industri makanan dan minuman negara apabila menganjurkan majlis perasmian pembukaan cawangan terbaharunya di Setapak dengan konsep luar biasa, iaitu membabitkan seramai 1,000 orang pelanggan sebagai perasmi.

Majlis perasmian yang pertama seumpamanya di Malaysia itu akan berlangsung pada Sabtu, 31 Januari bermula jam 10 pagi di premis BGM Burgerman Setapak yang terletak di Tingkat Bawah, No. 2, Jalan Suria Setapak, Taman Suria Setapak, Kuala Lumpur.

Pendekatan inovatif ini sekali gus mencerminkan komitmen BGM Burgerman dalam meraikan sokongan pelanggan serta mengangkat peranan komuniti sebagai tunjang kejayaan jenama tempatan.

Pengasas BGM Burgerman, Nordin Mat berkata, idea untuk menjadikan pelanggan sebagai perasmi tercetus daripada hasrat untuk memberi penghargaan kepada rakyat biasa yang selama ini menyokong pertumbuhan jenama itu.

Menurut beliau, konsep ini bukan sahaja menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan, malah bertujuan menanam rasa bangga terhadap jenama tempatan yang dibangunkan oleh anak Malaysia.

Berbeza dengan amalan lazim majlis pembukaan yang kebiasaannya dirasmikan oleh seorang tetamu kenamaan atau VIP, BGM Burgerman memperkenalkan konsep “Perasmian Oleh Rakyat”, di mana setiap pelanggan jemputan akan menjadi sebahagian daripada sejarah pembukaan cawangan berkenaan.

Dalam majlis itu, pelanggan yang hadir berpeluang memotong riben secara bergilir-gilir, bergambar kenangan sebagai perasmi serta menandatangani ‘Wall of Appreciation’ sebagai simbol sokongan terhadap jenama itu.

“Ini bukan sekadar pembukaan kedai, tetapi satu perasmian oleh rakyat, untuk rakyat. Kami mahu komuniti menjadi sebahagian daripada perjalanan dan sejarah BGM Burgerman,” katanya.

Majlis perasmian itu menyasarkan kehadiran seramai 1,000 orang perasmi, sekali gus menjadikannya antara acara pembukaan paling inklusif pernah dianjurkan oleh jenama makanan segera tempatan.

Sebagai tanda penghargaan, setiap pelanggan yang terbabit sebagai perasmi turut berpeluang menikmati menu istimewa Mega Burger yang lazimnya dijual pada harga RM17.90, pada harga promosi serendah RM2.00 sahaja.

Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara jenama dan komuniti setempat, malah menjadikan pelanggan sebagai rakan strategik dalam perkembangan BGM Burgerman.

Dikenali sebagai jenama burger tempatan yang menampilkan konsep mesra keluarga, harga berpatutan dan rasa bertaraf premium, pembukaan cawangan Setapak ini adalah sebahagian daripada pelan pengembangan syarikat untuk mendekati lebih ramai pelanggan di kawasan bandar.

Dengan pendekatan berteraskan komuniti dan pengalaman pelanggan yang unik, BGM Burgerman terus mengorak langkah sebagai antara jenama burger tempatan yang berani tampil berbeza serta memberi nilai tambah kepada industri makanan segera di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular