30.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026

Lebih 4,000 calon SPM sertai Jelajah Skor A+ PTTI di Sabah, Syed Saddiq dan Bella Astillah turut beri inspirasi

editormaxinfo@gmail.com

PENAMPANG – Suasana di ITCC Penampang pada 16 Ogos lalu nyata berbeza apabila lebih 4,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh Sabah berkumpul dalam sebuah program pendidikan berskala besar anjuran pusat tuisyen terkemuka, PTTI.

Program bertemakan PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah itu bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi medan menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar menjelang peperiksaan penting yang bakal mereka hadapi.

Kehadiran tokoh muda berpengaruh, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama usahawan dan figura inspirasi, Asyraf Khalid, memberikan dimensi baharu dalam penganjuran program pendidikan seumpama ini.

Mereka bukan sekadar menyampaikan kata-kata semangat, malah turut menekankan kepentingan disiplin, usaha konsisten serta keyakinan diri dalam mencapai kecemerlangan akademik dan membina masa depan yang gemilang.

Tidak hanya terhenti pada aspek pendidikan, program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air, antaranya penyanyi rap popular MK K-Clique, serta artis kelahiran Sabah sendiri, Bella Astillah, yang berkongsi pengalaman dan cabaran mereka sebagai ikon muda yang berjaya.

Persembahan dan ucapan mereka mendapat sambutan hangat daripada pelajar, sekaligus menambah suasana meriah dan penuh inspirasi sepanjang program berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, program ini adalah salah satu inisiatif strategik PTTI untuk memperluas akses pendidikan berkualiti kepada pelajar di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar dan Sabah.

“Kami di PTTI percaya bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang yang sama untuk berjaya, tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

“Kehadiran lebih 4,000 pelajar di Sabah ini menunjukkan betapa besar keinginan mereka untuk belajar dan berubah.

“Dengan semangat yang ditunjukkan, kami percaya ramai antara mereka bakal mencipta kejayaan luar biasa,” katanya.

Tambahnya lagi, kehadiran tokoh-tokoh terkenal seperti Syed Saddiq, Asyraf Khalid, MK dan Bella bukan sahaja menghidupkan suasana, tetapi memberikan impak mendalam kepada peserta.

“Mereka menjadi bukti bahawa kejayaan tidak hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga pada usaha gigih, keazaman dan kebijaksanaan dalam mengurus cabaran hidup,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Syed Saddiq turut menyampaikan mesej penuh semangat kepada pelajar dan menyifatkan kehadiran mereka sebagai satu petanda positif terhadap masa depan negeri dan negara.

“Kejayaan bukan milik mereka yang paling bijak, tetapi milik mereka yang paling konsisten berusaha.

“Saya yakin Sabah mampu melahirkan ramai anak muda cemerlang yang akan mengubah masa depan negara,” katanya.

Bagi Bella Astillah pula, pembabitannya dalam program ini adalah satu pengalaman yang amat bermakna, lebih-lebih lagi sebagai anak jati Sabah.

“Saya sangat terharu melihat sambutan luar biasa daripada pelajar-pelajar kita. Saya ingin mereka tahu bahawa pendidikan adalah kunci untuk membuka pintu kejayaan.

“Teruskan usaha, jangan pernah putus asa dan jadikan kejayaan itu hadiah paling bermakna untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Dengan pendekatan yang holistik merangkumi aspek akademik, motivasi dan aspirasi kerjaya, PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah berjaya membuktikan bahawa pendidikan moden perlu bersifat inklusif dan inspiratif.

Program ini sekali gus memperkukuhkan lagi kedudukan PTTI sebagai institusi pembelajaran berasaskan teknologi yang komited dalam membentuk generasi pelajar berpengetahuan, berdaya saing dan bersahsiah tinggi.

Sebagai lanjutan kepada usaha ini, PTTI turut mengumumkan penganjuran Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma yang akan berlangsung secara dalam talian dari 27 hingga 30 Ogos 2025.

Seminar ini terbuka kepada semua calon SPM di seluruh negara dan bertujuan memberi persediaan intensif menjelang debaran peperiksaan sebenar.

Pelajar yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh membuat pendaftaran melalui laman web rasmi PTTI di www.ptti.my.

ARTIKEL BERKAITAN

1 COMMENT

  1. 魔域天堂2传奇3一条龙www.41kv.com1124999543@qq.com英雄王座新魔界服务端出售

    天堂2开服服务端传奇3开服服务端英雄王座开服服务端千年开服服务端征途开服服务端
    新魔界开服服务端骑士开服服务端烈焰开服服务端破天开服服务端决战开服服务端
    美丽世界开服服务端乱勇OL开服服务端倚天2开服服务端完美世界开服服务端征服开服服务端
    永恒之塔开服服务端仙境RO开服服务端诛仙开服服务端神泣开服服务端石器开服服务端
    冒险岛开服服务端惊天动地开服服务端热血江湖开服服务端问道开服服务端密传开服服务端
    火线任务(Heat Project)开服服务端飞飞OL开服服务端洛汗开服服务端天之炼狱开服服务端
    丝路传说开服服务端大话西游开服服务端蜀门开服服务端机战开服服务端剑侠情缘开服服务端
    绝对女神开服服务端传说OL开服服务端刀剑开服服务端弹弹堂开服服务端科洛斯开服服务端
    魔力宝贝开服服务端武林外传开服服务端网页游戏开服服务端页游开服服务端希望OL开服服务端
    天龙开服服务端奇迹Mu开服服务端魔兽开服服务端魔域开服服务端墨香开服服务端
    天堂开服服务端传世开服服务端真封神开服服务端劲舞团开服服务端天上碑开服服务端
    成吉思汗开服服务端剑侠世界开服服务端全民奇迹开服服务端挑战OL开服服务端
    红月开服服务端十二之天(江湖OL)开服服务端倚天开服服务端dnf开服服务端
    ————————————————————————————————
    一条龙=服务器+商业版本+空间+域名+网站配套程序+广告+技术支持+7*24小时服务 服务器租用,品质第一,速度至上,稳定是宗旨,硬防是基础,硬件防火墙+金盾软件防火墙=软硬兼施双防护(全面防护DDOS+SYN和CC及DB等各攻击),主营业务:手游端游页游服务端版本一条龙开服+服务器租用+网站建设修改+广告宣传渠道!

Comments are closed.

Popular