31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026

Malik Streams terus kukuh dalam pelbagai industri, kini jadi pengedar rasmi filem blockbuster Tamil “COOLIE”

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kumpulan Syarikat Malik Streams terus menunjukkan kemantapan dalam pelbagai sektor perniagaan, memperkukuh kedudukannya bukan sahaja dalam industri hiburan, malah dalam bidang hartanah, perhotelan, mata wang dan barangan berharga.

Diasaskan dan dikemudi oleh tokoh korporat berpengaruh, Dato’ Malik, syarikat induk Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. telah berjaya beroperasi sejak tahun 2007, bermula sebagai pembekal barangan isi rumah dan pemborong.

Sejak itu, empayar perniagaannya berkembang pesat melangkaui sempadan industri, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai antara syarikat tempatan paling berdaya saing dan berwawasan tinggi.

Dalam bidang hiburan, Malik Streams Corporation telah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara entiti paling berjaya di Malaysia.

Malik bukan sahaja bertindak sebagai peneraju utama syarikat, tetapi turut memainkan peranan penting sebagai wakil rasmi Malaysia kepada beberapa penerbit besar dunia termasuk dari Bollywood dan Kollywood.

Peranan ini menjadikan beliau penghubung strategik antara industri hiburan tempatan dengan gergasi filem antarabangsa.

Pembabitan Malik dalam dunia perniagaan juga merentasi sektor lain seperti pelaburan hartanah, pertukaran mata wang, serta industri hospitaliti.

Beliau juga dikenali sebagai tokoh dermawan dan patriotik, sering menyalurkan sumbangan dalam pelbagai inisiatif kebajikan.

Terbaharu, Malik turut memperluaskan empayar perniagaannya ke dalam bidang barangan kemas menerusi penubuhan jenama MS Gold.

Sehingga kini, jenama eksklusif itu telah membuka empat butik mewah yang terletak di lokasi strategik iaitu di Jalan Masjid India (Kuala Lumpur), Seremban dan Johor.

MS Gold tampil dengan rekaan dalaman butik yang mewah, sejajar dengan misi jenama untuk menawarkan koleksi emas berkualiti tinggi dengan perkhidmatan kelas pertama.

Menambahkan lagi pencapaian tahun ini, Malik Streams telah dianugerahkan hak pengedaran penuh di Malaysia bagi filem blockbuster Tamil yang dinanti-nantikan, “COOLIE”, yang mula ditayangkan secara rasmi di seluruh negara pada 14 Ogos 2025.

Filem aksi thriller Tamil ini adalah karya terbaru arahan Lokesh Kanagaraj dan diterbitkan oleh penerbit ternama, Kalanithi Maran.

Dibintangi oleh barisan pelakon mega termasuk Superstar Rajinikanth, Nagarjuna, Soubin Shahir, Upendra, Shruti Haasan, Sathyaraj dan Aamir Khan, filem ini digambarkan sebagai karya epik yang meraikan ulang tahun ke-50 Rajinikanth dalam industri perfileman suatu pencapaian luar biasa bagi lagenda perfileman India itu.

Filem “COOLIE” mencatat sejarah apabila meraih kutipan tertinggi di peringkat global bagi tayangan hari pertama dalam kalangan filem Tamil, sekali gus membuktikan daya tarikan luar biasa yang masih dimiliki oleh Rajinikanth dan kekuatan produksi sinema India.

Filem ini bukan sekadar paparan aksi, malah sarat dengan elemen emosi, karisma serta penceritaan yang mendalam menjadikannya satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat.

Dengan penglibatan Malik Streams sebagai pengedar rasmi, filem ini mendapat akses pasaran luas di seluruh negara, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai penonton tempatan untuk menikmati filem blockbuster bertaraf dunia ini di pawagam.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Malik Streams Corporation membuktikan komitmen Malik dalam memperkasakan pelbagai sektor perniagaan, sekali gus menjadikan beliau antara tokoh usahawan paling berpengaruh di Malaysia hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

1 COMMENT

Comments are closed.

Popular