editormaxinfo@gmail.com
KOTA BHARU – Platform pendidikan digital terkemuka, PTTI, terus membuktikan komitmennya dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencapai kecemerlangan apabila menganjurkan program Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Grand Renai, Kelantan.
Program ini berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 pelajar dari seluruh negeri, mencerminkan kepercayaan yang tinggi terhadap pendekatan dan kandungan pembelajaran yang ditawarkan oleh PTTI.
Kejayaan penganjuran ini hadir selepas PTTI mencipta dua pencapaian membanggakan yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR), sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju dalam menyediakan platform pembelajaran digital yang berimpak tinggi dan inklusif.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, setiap pelajar mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan cemerlang sekiranya dibimbing dengan kaedah yang berkesan serta didedahkan kepada strategi pembelajaran yang sesuai.

“PTTI sentiasa percaya setiap pelajar mampu mencipta kecemerlangan sekiranya diberikan bimbingan yang tepat dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
“Siri jelajah ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mendekati pelajar secara terus, memberi suntikan motivasi dan berkongsi teknik Skor A+ yang telah terbukti keberkesanannya,” katanya.
Sambutan luar biasa terhadap program ini turut diserikan dengan pelbagai reaksi positif daripada pelajar yang hadir, kebanyakannya berkongsi pengalaman mereka di media sosial.
Ramai meluahkan rasa teruja dan menyatakan teknik-teknik pembelajaran yang dikongsikan oleh tenaga pengajar PTTI berjaya meningkatkan keyakinan mereka untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.
“Best gila! Teknik-teknik yang diajar sangat membantu saya faham topik yang susah. Lepas ni rasa lebih yakin nak jawab SPM,” kata seorang pelajar tingkatan lima.
“Cikgu-cikgu PTTI memang power! Semoga ada lagi roadtour macam ni kat negeri lain,” kata seorang lagi peserta yang turut berkongsi pengalamannya di platform media sosial.
Dalam usaha untuk terus memberikan manfaat kepada pelajar, PTTI turut mengumumkan tawaran istimewa sempena ulang tahun kelahiran Cikgu Fana pada 20 Julai.

Semua pelajar dari tingkatan satu hingga lima berpeluang menikmati diskaun yuran sebanyak 15 peratus dan ke atas bagi pendaftaran kelas dalam talian melalui laman rasmi PTTI di www.ptti.my.
Langkah ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai pembelajaran digital secara sistematik, malah dijangka dapat meringankan beban kewangan ibu bapa serta memperluas akses kepada modul pembelajaran berkualiti tinggi daripada barisan guru berpengalaman.
Tanda pagar #RoadtourSkorAPlusPTTI turut tular di media sosial dengan lebih 5,000 hantaran daripada pelajar yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang program berlangsung, menjadikan inisiatif ini sebagai satu fenomena pendidikan yang memberi inspirasi kepada pelajar di seluruh negara.
Dengan kejayaan ini, PTTI sekali lagi membuktikan pendekatan digital yang dinamik dan berfokus kepada pelajar mampu memberikan impak besar dalam usaha memperkasakan pendidikan negara.

