25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026

Pavilion Bukit Jalil hidupkan suasana Jepun menerusi Festival ‘MATSURI: Konnichiwa, Japan. Together, Here’

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pavilion Bukit Jalil bakal membawa budaya Jepun secara eksklusif ke tengah-tengah Kuala Lumpur melalui penganjuran festival MATSURI – Konnichiwa, Japan. Together, Here, yang dijadual berlangsung dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025.

Berinspirasikan semangat meriah Bon Odori, festival ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Jepun Malaysia (JAGAM) dan menjanjikan pengalaman budaya yang imersif serta penuh warna bagi pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Menampilkan gabungan persembahan tradisional dan kontemporari Jepun, makanan jalanan asli, barangan kraf serta pameran budaya, festival ini mengubah Pavilion Bukit Jalil menjadi sebuah hab budaya Jepun yang meriah dan menyeluruh.

Ia bukan sekadar pesta hiburan, tetapi juga sebuah ruang perkongsian warisan dan nilai budaya yang mampu memupuk kefahaman serta apresiasi terhadap keunikan masyarakat Jepun.

Sebagai pembuka tirai kepada festival utama, Pavilion Bukit Jalil akan menganjurkan Japan Fair by The Food Merchant bermula 17 Julai hingga 3 Ogos, bertempat di hadapan The Food Merchant.

Manakala reruai khas vendor Jepun pula akan ditempatkan dari MUJI hingga Tokyo Town bermula 29 Julai, menawarkan pelbagai barangan dan makanan yang mencerminkan cita rasa serta estetika Jepun.

Festival utama akan dilancarkan secara rasmi di Centre Court pada 30 Julai, dan terus berlangsung hingga 3 Ogos, menjadikan seluruh kompleks beli-belah itu sebagai destinasi utama bagi peminat budaya Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit) Pavilion Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Dato’ Joyce Yap berkata, festival ini adalah manifestasi komitmen Pavilion Bukit Jalil dalam membawa pengalaman yang lebih bermakna kepada pengunjung, di samping menjalin hubungan budaya yang lebih erat antara masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Di Pavilion Bukit Jalil, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui aktiviti membeli-belah.

“Melalui kerjasama dengan Persatuan Siswazah Jepun Malaysia, kami bangga membawakan MATSURI Festival Konnichiwa, Japan. Together, Here, sebuah perjalanan budaya tulen yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Festival ini meraikan nilai kekitaan, pembelajaran dan kenangan yang pastinya akan terus diingati pengunjung selepas mereka meninggalkan pusat beli-belah ini,” katanya.

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan budaya oleh ahli JAGAM, termasuk tarian tradisional dan pertunjukan muzik, sambil menikmati makanan jalanan Jepun yang autentik.

Antara tarikan istimewa yang bakal mencuri tumpuan ialah pameran bonsai seni pokok hiasan miniatur Jepun, Tamagotchi Pop Up oleh Cotton Blue, Doko Koko Pop Up oleh Nijigen, serta pelbagai lagi persembahan dan barangan bertemakan seni dan hadiah tradisional Jepun.

Keseluruhan suasana akan menyerupai pasar festival Jepun yang meriah dan berwarna-warni.

Sebagai pelengkap kepada pengalaman membeli-belah, Pavilion Bukit Jalil turut menawarkan ganjaran eksklusif sepanjang kempen ini berlangsung.

Bermula dari 3 hingga 29 Julai 2025, pembeli yang berbelanja minimum RM500 dalam satu resit akan menerima beg tote eksklusif BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS.

Manakala semasa tempoh Festival MATSURI dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit boleh menebus beg tote edisi terhad dan bagi mereka yang membelanjakan RM500 dan ke atas, turut menerima baucar RM20 BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS Café, sebagai pelengkap kepada pengalaman bertemakan Jepun mereka.

Dengan pelbagai aktiviti yang dirancang dan tarikan budaya yang dibawakan khas dari Jepun, MATSURI Festival di Pavilion Bukit Jalil menjanjikan sebuah perayaan unik yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut mendidik dan memperkayakan pemahaman masyarakat terhadap keindahan budaya Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular