editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – AVM Cloud Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran AVM Cloud Fusion 2.0, generasi terbaru penyelesaian awan hibrid yang inovatif.
Penyelesaian ini menawarkan ciri-ciri keselamatan dan kelincahan yang luar biasa, membolehkan perniagaan mengurus infrastruktur awan mereka dengan lebih selamat dan efisien.
Pelancaran AVM Cloud Fusion 2.0 juga menandakan kerjasama strategik dengan Applied Security Intelligence (ASI), anak syarikat LGMS Berhad, untuk menyediakan penyelesaian keselamatan perniagaan bersepadu bagi menangani ancaman digital yang semakin meningkat.
AVM Cloud Fusion 2.0 dibangunkan berasaskan teknologi penyelesaian awan terdahulu, AVM Cloud Fusion, tetapi kali ini dengan pelbagai penambahbaikan dan ciri-ciri keselamatan yang lebih maju.
Penyelesaian terbaru ini memberikan kecekapan operasi yang lebih tinggi dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran awan hibrid.
Antara ciri utama AVM Cloud Fusion 2.0 termasuk:
-Penemuan Automatik Semua Peranti: Menemukan semua peranti dalam rangkaian dengan pantas, memastikan keterlihatan sepenuhnya.
-Penilaian Kerentanan (Vulnerability Assessment): Pengimbasan kerentanan yang boleh dijalankan secara berjadual atau atas permintaan untuk peranti rangkaian.
-Pengimbasan & Laporan Tanpa Had: Pelanggan boleh melakukan pengimbasan tanpa had dan menjana laporan secara terperinci untuk setiap subnet.
-Perangkap dan Amaran “Honeypot”: Menyediakan langkah keselamatan proaktif yang memerangkap pelaku berniat jahat di dalam rangkaian dan menghantar amaran segera.
-Penyelesaian Perlindungan Data Awan Hibrid: Menyediakan sandaran dan replikasi data di AVM Cloud, memastikan pemulihan semula data kritikal dengan cepat jika berlaku bencana.
Ketua Pegawai Eksekutif AVM Cloud, Kenny Lim berkata, AVM Cloud Fusion 2.0 adalah hasil usaha keras mereka dalam mencipta inovasi yang memperkasakan pelanggan Malaysia dengan penyelesaian keselamatan dan pengurusan awan yang terunggul.
“Dengan ancaman siber yang semakin berkembang, kami bekerjasama dengan ASI untuk memperkenalkan ciri keselamatan yang lebih maju untuk perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran awan,” katanya.
AVM Cloud Fusion 2.0 direka dengan keupayaan untuk mengimbas sehingga 3 segmen rangkaian atau sehingga 762 IP, memastikan perlindungan rangkaian yang menyeluruh.
Ciri pemantauan masa nyata dan analisis lanjutannya membantu perniagaan mengenal pasti potensi ancaman, memulihkan sistem dengan pantas, dan mengurangkan masa gendala.
Selain itu, AVM Cloud Fusion 2.0 turut menawarkan penyelesaian pemulihan bencana yang fleksibel, memastikan pemulihan sistem kritikal berdasarkan tahap insiden.
Sementara itu, Pengurus Besar Applied Security Intelligence (ASI), Chee Anne berkata, kerjasama mereka dengan AVM Cloud adalah satu langkah besar dalam mengintegrasikan keselamatan perniagaan dengan pengurusan infrastruktur awan.
“Kami komited untuk membantu perniagaan mengukuhkan persekitaran digital mereka dan menghadapi ancaman yang semakin canggih,” katanya.
Sebagai perintis dalam landskap awan di Malaysia, AVM Cloud terus mengetengahkan pendekatan inovatif dalam keselamatan awan hibrid.
Pelancaran AVM Cloud Fusion 2.0 ini mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian awan yang boleh diskalakan, selamat, dan tangkas, serta memperkasakan perniagaan di era digital ini.