27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026

Perdana menteri beri bantuan khas buat adik Hariz Iman, pesakit kanser neuroblastoma

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Ujian berat yang menimpa Muhammad Hariz Iman Mohd Herman, mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mewakili perdana menteri, satu bantuan khas telah disampaikan oleh setiausaha politiknya, Datuk Azman Abidin kepada kanak-kanak yang berusia 2 tahun 7 bulan itu yang kini sedang dirawat di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

“Muhammad Hariz telah disahkan menghidap barah neuroblastoma tahap empat pada 5 Ogos 2024.

“Penyakit ini telah mengakibatkan kanak-kanak itu kehilangan kedua-dua belah penglihatan matanya,” kata Azman.

Sementara itu, sebagai seorang bapa, Anwar meluahkan rasa simpati yang mendalam melihat kesukaran yang dihadapi oleh adik Hariz, yang sangat bergantung kepada kasih sayang ibu, Norshahida Md Nayan, dan bapa, Mohd Herman.

“Sebagai seorang bapa, hati saya sungguh luluh melihat ujian yang dihadapi oleh adik Hariz.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga, terutamanya dalam urusan perjalanan yang kerap ke hospital untuk menjalani rawatan kemoterapi,” kata Anwar.

Bantuan khas perdana menteri itu diharap dapat memudahkan proses rawatan adik Hariz, termasuk rawatan kemoterapi rapid Cojex dan kitaran kemoterapi AIS yang perlu dijalani secara berterusan.

Bagi mereka yang ingin turut sama meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 1601 8022 8248 77 atas nama Norshahida Md Nayan.

Semoga adik Hariz diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini, dan bantuan yang diterima dapat memberi sedikit keringanan dalam perjalanan rawatannya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular