28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 1, 2025

Anwar arah projek tebatan banjir dan basmi kemiskinan tegar dipercepatkan

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Semua projek yang membabitkan isu mendesak, seperti tebatan banjir dan pemerkasaan usaha membasmi kemiskinan tegar, diselesaikan dengan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuklah merombak unjuran projek yang ada jika perlu, demi kepentingan keselamatan nyawa dan harta rakyat.

“Saya bersetuju, dalam perbincangan kita, kita perlu rombak segala perancangan yang ada kerana banjir bukan sahaja meragut nyawa, malah memusnahkan harta benda.

“Jika perlu, kita akan berjimat daripada perbelanjaan lain, atau meminjam untuk memastikan projek ini berjalan,” kata Anwar ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan, semua ketua setiausaha kementerian (KSU) harus memberi perhatian serius terhadap isu-isu mendesak ini.

Mereka juga diminta untuk turun padang dan memantau secara langsung masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Jika tidak, KSU hanya datang melihat projek tebatan banjir fasa pertama di Rantau Panjang yang siap, tetapi fasa kedua baru siap pada 2026, dan fasa ketiga pada 2029.

“Jadi, rakyat di Rantau Panjang perlu menunggu sehingga 15 tahun untuk menyelesaikan masalah banjir mereka?. 

“Saya tidak mahu mendengar alasan-alasan sebegitu. Apa yang penting, kita mesti selesaikan masalah rakyat segera,” tegasnya.

Anwar berkata, pihaknya turut menekankan walaupun kerjasama dan perubahan ini memerlukan peruntukan kewangan yang besar, beliau tidak teragak-agak untuk mengalihkan dana daripada projek lain jika perlu, demi memastikan masalah asas rakyat diselesaikan.

Keutamaan beliau kini untuk tahun 2025 adalah memastikan agenda pemerkasaan rakyat dapat dipertingkatkan, serta menerajui ASEAN dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular