editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Astro, peneraju kandungan dan hiburan, mempersembahkan semula “Home of Kids”, sebuah acara 4 hari yang penuh keceriaan dan keriangan untuk kanak-kanak dan keluarga.
Program menarik ini bakal berlangsung di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26 hingga 29 Disember 2024, bermula dari 10.30 pagi hingga 9 malam.
Acara ini terbuka secara percuma kepada semua pengunjung, dengan peluang berjumpa karakter-karakter ikonik daripada kandungan Astro yang pastinya akan memeriahkan suasana.
Dengan kerjasama strategik bersama Cartoon Network, Nickelodeon, DreamWorks, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studios, Monsta, Disney+ Hotstar, dan Viu, Astro menyediakan pelbagai aktiviti seru yang pasti mengujakan setiap pelawat cilik.
Pelbagai dunia imaginasi dan kreativiti akan dihidupkan melalui pelbagai aktiviti menarik di lokasi.
Pengarah Kandungan Astro Agnes Rozario berkata, Astro bangga dapat menyediakan kandungan yang mendidik dan menghiburkan untuk kanak-kanak.
“Astro Home of Kids bukan sekadar program biasa, tetapi ia adalah platform di mana anak-anak boleh meneroka, belajar, dan berimaginasi.
“Kami percaya bahawa dengan kuasa imaginasi, kita boleh membentuk masa depan dan kami bertekad untuk menggalakkan generasi seterusnya menjadi pemikir kreatif. “Jangan lepaskan peluang untuk mencipta pengalaman yang tak terlupakan bersama keluarga anda di Astro Home of Kids,” katanya.
Antara aktiviti menarik yang ditawarkan sepanjang 4 hari adalah:
Bertemu Karakter Kegemaran: Si kecil berpeluang bertemu dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon, SpongeBob & Patrick Star, Bluey & Bingo, Ultraman Arc, Upin & Ipin, We Bare Bears, Mechamato, Kung Fu Panda, dan banyak lagi.
Permainan dan Aktiviti Interaktif: Dari aktiviti kraf kreatif hingga persembahan mengujakan, pasti ada sesuatu yang menarik untuk semua.
Zon Bertema: Terokai zon bertema menarik seperti Pinkfong dan Didi & Friends yang menawarkan pengalaman seru dan kejutan yang menggembirakan.
Cenderamata Eksklusif: Pelbagai barangan eksklusif dari karakter kegemaran serta program-program Astro yang boleh didapati.
Bagi pelanggan Astro, mereka juga berpeluang menebus pas bergambar eksklusif melalui aplikasi My Astro untuk bergambar bersama watak kegemaran mereka.
Selain itu, pelawat yang mendaftar atau menaiktaraf pakej Astro mereka juga akan menerima barangan eksklusif sebagai hadiah.
Komitmen Astro Terhadap Masyarakat dan Alam Sekitar
Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap Alam Sekitar, Masyarakat, dan Urus Tadbir (ESG), Astro berusaha menyediakan hiburan yang bukan sahaja menarik, tetapi juga selamat untuk kanak-kanak. Kandungan yang dipersembahkan ditapis dengan teliti untuk memastikan ia sesuai mengikut peringkat umur dan bebas daripada unsur tidak sesuai.
Dengan adanya kawalan ibu bapa, Astro menjamin pengalaman hiburan yang selamat untuk keluarga.
Acara ini akan diperkasakan oleh penaja utama U Mobile, serta penaja bersama KFC, Al-Kauthar Eduqid, dan Marigold.
Jangan lepaskan peluang untuk membawa si kecil anda ke Astro Home of Kids di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.

