27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 10, 2025

Scents of Malaysia 2024 himpun penggiat industri wangian tempatan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Menghimpunkan penggiat industri wangian dan jenama-jenama mewah tempatan, Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) buat julung kalinya bakal berlangsung pada 26 dan 27 Oktober depan di Legar Putra, WTCKL.

SOM2024 bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia dan dijangka menjadi sebuah acara yang tiada tandingan, bukan sahaja menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung, malah menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat.

Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk, termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi.

Sama ada haruman lilin yang menenangkan, aroma menyegarkan daripada semburan hijab, atau esen menenangkan daripada minyak aromaterapi, acara ini adalah platform terbaik untuk meneroka dan menikmati keseluruhan spektrum bau-bauan yang ditawarkan di Malaysia dalam pengalaman yang mengasyikkan dan penuh elegan.

Pengarah LTEO Solution merangkap penganjur acara ini, menzahirkan harapan dan keyakinan terhadap masa depan industri wangian tempatan.

Pengarah LTEO Solution Eddy Farah Mokhtar berkata, SOM2024 adalah platform untuk memperkenalkan jenama-jenama tempatan kepada dunia dan membuktikan bahawa produk Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa.

“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk memperkasakan industri wangian tempatan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fairus Mokhtar yang juga Pengarah bersama LTEO Solution berkata, dengan sokongan Tourism Malaysia dan WTCKL, mereka yakin bahawa SOM2024 bukan sahaja akan mempromosikan jenama tempatan, tetapi juga akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri perfume di Malaysia.

“Kami mengalu-alukan semua pihak untuk turut serta dalam acara yang berprestij ini,” katanya.

Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, SOM2024 diharapkan dapat menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan untuk berkembang dan dikenali di persada antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular