29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025

Filem Ngesot kisah benar ‘Survival Thriller’ pertama di Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Dihasilkan daripada Dana Kandungan Digital  (DKD) Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), filem Ngesot mengangkat tema “Survival Thriller”.

Filem terbitan Kash Pictures Sdn Bhd itu diilhamkan dari kisah benar, seorang penjawat awam Askar Wataniah, Nicholas Andrew yang mengharungi pelbagai kesusahan menyelamatkan dirinya dan juga rakannya selepas terbabit dalam satu kemalangan yang parah dan terperangkap dihutan selama beberapa hari.

Kisah benar ini berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung.

Tanpa makan dan minum selama 4 hari dan berserta luka yang penuh seluruh badan, Nicholas terpaksa mengesot di hutan berkenaan dan berdepan pelbagai rintangan dan binatang buas untuk menyelamatkan dirinya.

Diarahkan oleh Ayez Shaukat, watak ini dilakonkan oleh Zul Huzaimy yang membawa watak Syazwan seorang lelaki yang memiliki semangat juang tinggi dan berjiwa besar, terpaksa berdepan dengan kesukaran selepas dia kemalangan dan terjunam di dalam hutan bersama rakan baiknya, Acap.

Sementara itu, isteri dan adik Syazwan, iaitu Nisa dan Suria melakukan pelbagai usaha untuk mencari mereka. Berjayakah Syazwan menyelamatkan dirinya? Bagaimana pula dengan nasib rakan baiknya?.

Sudahpun menemui penonton di seluruh pawagam tanah air sejak 9 Mei lalu, selain Zul, filem yang menjalani penggambaran selama 14 hari di hutan Gombak, Kuala Lumpur itu turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, Khir Rahman, Zakaria Zahid dan Erynn Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular