editormaxinfo@gmail.com
PETALING JAYA – Jenama produk kecantikan tempatan ternama, Bougas Beauty melantik penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sebagai duta rasmi terbaharu jenama mereka.
Bermula sejak tahun 2017, produk penjagaan kulit dan kecantikan itu pernah melantik beberapa artis lain seperti Elfira Loy sebagai duta pertamanya diikuti dengan Amira Othman, Wany Hasrita, Tasha Manshahar, dan Hanis Zalikha.

Pada Majlis ‘Bougas Raya Premiere: Product Launch and Ambassador Unveiling’ yang berlangsung baru-baru ini, pelantikan personaliti industri muzik dan TV Malaysia itu adalah usaha untuk melancarkan wajah baharu barisan produk asas penjagaan kulit Bougas Beauty.
Terkenal dengan enam produk asas penjagaan kulit (facial cleanser, face scrub, advanced, serum, rejuvenating toner, hydrating sunscreen, all-day moisturizer), Bougas Beauty meneruskan momentum perniagaannya dengan mengembangkan lagi jaringan produk Bougas iaitu penambahan produk terbaharu iaitu facial cleanser dengan formula yang berbeza.
Pengasas dan pengarah Syarikat Bougas Beauty, Erni Amanina Amin berkata, pelantikan Nabila Razali amat bersesuaian kerana pesona ceria, unik dan berseri Nabila yang melambangkan wajah baharu barisan produk asas penjagaan kulit Bougas dengan pelbagai rona ceria yang baru dilancarkan.

“Pembaharuan wajah produk asas Bougas mampu untuk memberi imej segar terhadap jenama Bougas selain dapat menarik minat pelanggan baharu dan mengekalkan perhatian pelanggan yang sedia ada.
“Penyesuaian dengan trend semasa dan keperluan pelanggan Bougas juga amat dititikberatkan oleh kami.
“Semoga dengan pelantikan Nabila Razali sebagai duta jenama dapat membawa sinar baharu untuk Bougas Beauty terus melangkah maju,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata, sebelum dilantik sebagai duta dia sudah mencuba dahulu produk Bougas dan mengakui selesa selama menggunakan produk berkenaan.
“Saya sudah lama menggunakan produk ini tidak dinafikan ia sesuai dengan kulit saya dan tidak sangka apabila ditawarkan menjadi duta saya sangat teruja,” katanya.

Majlis Bougas Raya Premiere turut dimeriahkan oleh barisan selebriti tempatan seperti Bella Astillah, Sheryl Shazwanie, Izreen Azminda dan pempengaruh sosial media serta penjual sah Bougas Beauty.