29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025

Edar 3,000 kampit beras, The Raw teruskan misi dengan lebih ramai NGO

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Mahu semua rakyat di Malaysia terutamanya golongan yang susah meraikan Aidilfitri dengan penuh gembira, The Raw International Sdn Bhd atau The Raw menyumbangkan 3,000 lagi kampit beras.

Mereka yang layak diberikan sumbangan itu terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal.

Pegawai Perhubungan awam, The Raw Nor Amira Amizan berkata, pemilihan sumbangan beras itu adalah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dalam meraikan Syawal tahun ini.

“Kita sedar kos sara hidup semakin meningkat, banyak barang keperluan naik harga seperti beras.

“Kita berharap pemberian beras ini dapat memberi golongan kurang berkemampuan beraya dengan gembira walaupun dalam suasana sederhana,” katanya pada majlis Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw, semalam.

Hadir sama Pengerusi GERAKWANIS, Bibi Sunita Sakandar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali.

Pada majlis sama, Yayasan Prihatin Nasional turut menyumbangkan sebanyak 100 bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan harian dan pakaian hari raya.

Sementara itu,  Nor Amira berkata, sejak tahun 2019 The Raw sudah melakukan infak secara kecil-kecilan kepada golongan anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

“Melihat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada NGO lain yang sudi bekerjasama, kami terpanggil untuk meneruskannya lagi pada masa akan datang jika mempunyai rezeki lebih.

“Boleh dikatakan tahun ini adalah program khidmat sosial pertama syarikat kami yang dilakukan secara besar-besaran dan Insya-Allah akan kami perluaskan ke kawasan lain pada tahun depan.

“Kami berharap usaha yang dilakukan bersama organisasi lain ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di luar sana,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular