27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026

Isteri Zalif Sidek sorok kehamilan kedua, takut kena marah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tidak menyangka bakal menyambut anak kedua dalam waktu yang cepat, pelakon dan pelawak, Zalif Sidek pada awal terkejut apabila mendapat tahu isterinya menyorokkan kehamilan itu.

Zalif berkata, isterinya, Anis Marzuki, hamil lima bulan dan dijangka akan bersalin anak kedua mereka pada Oktober ini.

Berkongsi kejadian, Zalif berkata, pada awalnya isteri menyembunyikan berita gembira itu kerana bimbang dimarahi berikutan jarak kehamilan terlalu dekat dengan anak pertama mereka yang lahir pada 18 Januari tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka mendapat rezeki untuk timang anak kedua secepat ini. Memang kami plan kalau boleh tunggu anak sulung besar sikit.

“Pada awal saya tidak tahu, lama juga isteri sembunyikan hal ini daripada saya. Katanya dia bimbang saya marah sambil menangis isteri beritahu saya dia sudah hamil sebulan ketika itu.

“Saya tetap bersyukur Allah beri rezeki lebih cepat, anak pertama baru berusia setahun tiga bulan, Insya-Allah anak kedua bakal lahir Oktober ini,” katanya.

Zalif berkata, mungkin ini juga rezeki apabila Allah mengambil ayahnya digantikan dengan anak-anak.

“Saya anggap ini rezeki dari Allah. Arwah ayah saya dulu meninggal dunia pada 2021. Kemudian Allah gantikan dengan anak pertama. Tidak lama lagi kami bakal timang anak kedua pula.

“Buat masa ini kami belum tahu lagi jantina anak kedua. Saya tidak kisah jantina apa pun, yang penting bayi sihat dan cukup sifat,” katanya.

Dalam pada itu, Zalif turut bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam makanan pelik-pelik.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular