editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Adrenalin penonton bakal memuncak dengan program pertandingan realiti dari Jepun, ‘Run For Money’ yang disiarkan di saluran GEM menerusi platform Tonton bermula 10 Februari.
‘Run For Money’ bukan sekadar program TV, tetapi ia adalah program yang meningkatkan adrenalin tinggi selebriti untuk melarikan diri daripada pemburu berpakaian hitam demi mengejar hadiah wang tunai yang lumayan.
Peserta perlu mengelak daripada diburu Hunters atau Pembayang dan lebih lama mengelak, lebih besar peluang untuk menang dan sekaligus jumlah yang dimenangi ini dapat mengubah kehidupan mereka.
Sejak mula ditayangkan di Fuji TV pada tahun 2004, program permainan tag ini mendapat inspirasi daripada permainan tradisional Jepun ‘onigokko’.
Program yang telah popular sejak 18 tahun ini pernah memenangi ‘Best Game or Quiz Programme’ di Asian Television Awards 2009 dan menerima nominasi ‘International Emmy Awards’ pada tahun 2010.
Siri yang penuh dengan debaran ini menjadi sensasi di serantau Asia selepas tayangan perdananya di negara Jepun.
‘Run For Money’ sudahpun ditayangkan sejak 10 Februari di saluran GEM menerusi Tonton bagi penonton yang inginkan keseronokan adrenalin yang menjadi sebuah fenomena antarabangsa.
Untuk merasai keseronokan fenomena ‘Run For Money’ yang mendebarkan ini, layari platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi di Google Play atau App Store, dan langgan Tonton dengan harga serendah RM 9.90.

