29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 7, 2026

Ribuan peminat meriahkan meet & greet Paling Ikonik AJL 38 di Pasar Seni

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kurang daripada sebulan lagi Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac 2024 (Ahad), jam 9 malam di TV3 dan strim langsung HD secara eksklusif di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Berikutan itu, satu sesi beramah mesra dengan finalis AJL 38 telah diadakan di Pasar Seni pada 4 Februari lalu di Pasar Seni dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang.

Selain dihiburkan dengan sesi busking oleh Genji Buskers, ribuan pengunjung yang datang juga berpeluang untuk mendekati penyanyi kesayangan mereka iaitu Aina Abdul, Aisha Retno, Amir Jahari, Ernie Zakri, Hael Husaini, Marsha Milan, Masdo, Khai Bahar, Nabila Razali, Naqiu, Shiha Zikir, Wany Hasrita, Ziana Zain dan Hasif Upin. 

Sejak penganjurannya, AJL adalah platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam usaha mengangkat lagu terbaik pada setiap tahun.

Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik.

AJL juga telah menggabungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun. 

Tema AJL 38 iaitu MUZIKAVERSE, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE dimana kita menggabungkan dunia penyanyi, penulis lirik dan komposer yang berbeza dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu. 

AJL ialah acara tahunan gilang-gemilang yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik.

Tahun ini, AJL 38 bakal menjadi AJL paling ikonik yang sentiasa hangat diperbualkan hingga bila-bila masa. Ia akan membuatkan peminat tegar mengimbau kembali kegemilangan AJL dan terus meraikan bakat-bakat muda yang berkolaborasi dengan penyanyi ‘senior’.

AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Penonton juga boleh mengundi untuk 2 kategori iaitu Persembahan Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa di malam AJL nanti. 

Jualan tiket AJL 38 bermula pada 5 Feb 2024 di laman web www.tonton.com.my Harga tiket bermula dari RM68 (Aras 4), RM78 (Aras 3), RM 178 (Arena), RM 398 (Front Seat). 

AJL 38 akan dihoskan oleh Sherry Alhadad. Karpet Merah AJL 38 yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy akan bersiaran langsung di TV9, pada 3 Mac 2024, jam 8.30 malam, serta strim LIVE HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

AJL 38 dibawakan khas oleh ALHA ALFA sebagai penaja utama dan APPLECRUMBY sebagai penaja bersama.

Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit. 

ARTIKEL BERKAITAN

Popular