editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Usahawan kontroversi, Nur Sajat membuat pendedahan dirinya kini sedang menghidap sakit kanser.
Dalam siaran langsung di aplikasi TikTok itu, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, berkata, dia kini sedang sakit dan menunggu ajal.
Pendedahannya itu turut meraih simpati orang ramai yang menyaksikan siarang langsung berkenaan.
“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser. Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang,” katanya.
Namun begitu, Sajat tidak mendedahkan secara terperinci kanser apakah yang dihidapinya.
Sajat berkata, peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan yang menimpa dirinya itu.
“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu sudah cukup membuat diri saya rasa seronok.
“Kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya sudah tiada lagi,” katanya sambil menangis di siaran langsung berkenaan.
Untuk info, Nur Sajat kini menetap di Australia selepas dikatakan ‘melarikan diri’ daripada pihak berkuasa Malaysia berikutan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita pada tahun 2018.