27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 10, 2025

Watsons jual produk kesihatan Korea kegemaran ramai

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Watsons Malaysia dengan kerjasama Most Young Global, memperkenalkan pelbagai jenama baharu untuk memenuhi permintaan produk kesihatan Korea yang semakin popular kepada pengguna di seluruh negara.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International Caryn Loh berkata, sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia, Watsons sentiasa menerajui gaya hidup sihat dan menggalakkan pelanggannya untuk ‘Look Good, Do Good, Feel Great.’

“Dengan pelancaran segmen K-healthy, kami berbangga untuk menawarkan lebih banyak pilihan, produk popular, ramuan berkualiti, dan manfaat terbukti yang diimport secara eksklusif dari Korea,” katanya.

Sebagai tindak balas kepada peningkatan permintaan untuk produk berkualiti dan terbukti dari Korea, Watsons telah memilih jenama-jenama khusus dari Korea dengan khasiat semula jadi untuk membantu pengguna mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup sihat.

Daripada probiotik untuk seisi keluarga kepada kombucha segera, serta biskut vegetarian, pasti ada produk yang sesuai untuk setiap segmen pengguna.

Watsons memperkenalkan segmen K-Healthy, menampilkan LactoFit, jenama probiotik terkemuka Korea; Foodology, jenama enzim terunggul; Green Monster, jenama kombucha segera; Godan Gosik dan Tir Tir, penyedia makanan pengganti dan protein shake; dan Eat’s Better, pakar biskut vegetarian.

Jenama ini dipilih untuk membantu rakyat Malaysia mencapai gaya hidup sihat dengan mudah.

Semua produk kesihatan segmen K-Healthy kini boleh didapati di kedai Watsons di seluruh negara, aplikasi Watsons MY, atau dalam talian di Watsons Lazada dan Watsons Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular