27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 11, 2026

Suria FM tawar pelbagai hadiah menarik sempena ulang tahun ke-16

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Meraikan ulang tahun yang ke-16, Suria FM menawarkan pelbagai hadiah menarik secara percuma buat pendengar setia Suria FM esok, menerusi sesi soal jawab mudah di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), berkata, bertepatan dengan ulang tahun Suria ke-16 esok, sebagai tanda penghargaan, mereka berbesar hati memberikan hadiah istimewa kepada pendengar setia Suria FM yang sentiasa menyokong sejak pertama kali Suria berada dalam industri radio tanah air.

“Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi seperti pakej percutian 2 Hari 1 Malam tajaan Royale Chulan Damansara, Royale  Chulan The Curve dan Premiera Hotel Kuala Lumpur, eksklusif Guitar yang ditanda tangan oleh barisan artis popular Malaysia, juga barangan eksklusif Suria antaranya ‘headphone’ Suria, Baju T-shirt, Sticker, beg ‘drawstring’ dan banyak lagi,” katanya.

Bagi yang ingin mencuba, caranya mudah sahaja, selepas mendengarkan isyarat memanggil menerusi segmen Gaya Suria dan Suria Cinta, pendengar perlu menjawab soalan yang diajukan dan hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel berserta hashtag #SuriaFM16Tahun ke talian Whatsapp Suria 017-8961053.

Jangan lupa saksikan ‘Live’ Tiktok  Morning Morning Suria dan Suria Petang di platform Suria Malaysia untuk menangi hadiah-hadiah tertera dengan hanya menjawab soalan di ruangan komen berserta hashtag #SuriaFM16Tahun.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular