25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026

Ada apa dengan bahasa?

Ada apa dengan bahasa? Kenapa kita dituntut untuk mempelajari pelbagai bahasa? Bahasa apa yang utama? Tak kisah kau boleh berbahasa apa. Tapi bagaimana kau berbahasa? Cara melontarkan bahasa?

Bahasa itu menunjukkan keperibadian seseorang. Bagaimana fikirannya. Bagaimana hormat dengan kata-katanya. Bagaimana bijaknya. Bagaimana kebodohannya. Bagaimana emosinya. Bagaimana cetek akalnya. Bagaimana cintanya. Bagaimana kasih sayangnya. Dan bagaimana kerinduannya.

Disebabkan itu kita disaran untuk berkata apabila perlu. Diam bukan bererti kau naif, tapi cukup dewasa dan berakal untuk berbahasa menyantuni insan lain.

Dunia kini penuh dengan kekejaman. Jadi kita perlu mengolah pengetahuan untuk menjemput sebuah senyuman yang menjadikan hari manusia lain sekurang-kurangnya ceria walau tiada upaya.

Kenal lah dengan bahasa. Segalanya berlandaskan agama, ditambah pula dengan adanya tamadun peradaban manusia. Itulah tujuan hidup, yang saling berpesan-pesan. Kerana kita bukan manusia serba tahu. Kita masih bertatih mencari ilmu. Kita masih merangkak didalam perjalanan. Jauh sekali berlari untuk sampai ke destinasi.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular