27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
Home Blog Page 224

Malam intim bersama Fabio Asher dan Aizat Amdan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Menampilankan gabungan dua penyanyi hebat yang tidak asing lagi kepada peminat muzik pop Malaysia dan Indonesia,Tanjak Adventure & Tour (Tanjak Global) kembali dengan perancangan 2024 dengan penganjuran konsert ‘An Intimate Night With Fabio Asher and Aizat Amdan’.

Bakal diadakan di JioSpace, Petaling Jaya pada 24 Februari ini, konsert yang akan bermula jam 8 malam itu adalah gandingan kali pertama Fabio Asher dan Aizat Amdan bertemu dan berkongsi pentas yang sama.

Walau bagaimanapun, kedua-dua artis sudah mula bekerja bagi menyampaikan persembahan yang terbaik untuk peminat mereka. 

Dianggarkan sebanyak 30 buah lagu bakal dipersembahkan di malam konsert dengan beberapa buah lagu akan didendangkan secara duet oleh kedua-dua artis ini dalam satu sesi kolaborasi yang sangat Istimewa.

Peminat yang hadir ke konsert akan mengalami suatu persembahan yang sangat intim dari Fabio dan Aizat.

Aizat yang kini sudah memasuki 17 tahun didalam industri muzik, mengakui sudah agak lama tidak mengadakan sebuah konsert berskala penuh.

Dia mahu menjadikan konsert ini acara untuk mengeratkan kembali hubungan dengan peminat yang sentiasa menberi sokongan kepada kariernya selama ini.

Bagi Fabio pula, kali ketiga hadir mengadakan konsert di Kuala Lumpur, pastinya dia mahu tampil memberikan kelaianan buat peminatnya.

Berkongsi pentas bersama Aizat pstinya bakal menyaksikan kelainan dalam persembahan Fabio kali ini. 

Tiket untuk menghadiri konsert ini boleh didapati di https://tanjak.ubertickets.asia

Tiket-tiket dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori A (berdiri), Kategori B (berdiri), Kategori C (berdiri), dan Kategori D Upper Tier (duduk). Harga tiket bermula dari RM198 sahaja.

Maklumat lanjut serta pelbagai pengumuman Istimewa boleh didapati dengan mengikuti laman Facebook dan Instagram Tanjak Adventure Tour.

Maritim Malaysia perketat kawalan sempadan perairan negara sempena sambutan Tahun Baru Cina

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut minggu ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, bagi mengekang dan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti salah laku di Zon Maritim Malaysia, pihak agensi akan memperhebatkan rondaan di kawasan panas (hotspot) yang telah dikenalpasti.

“Maritim Malaysia juga telah menugaskan seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa dengan kekuatan 45 buah aset milik Agensi bagi melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara yang meliputi keluasan 556,285 kilometer persegi.

“Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di kawasan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia turut menyeru kepada komuniti maritim khususnya untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak Agensi ini agar aktiviti salah laku dan jenayah maritim dapat dibanteras habis-habisan.

Justeru orang ramai diharap dapat membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim Negeri (PUSOP) yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999.

Suria FM duduki tangga ke-30 dalam carta pestriman Digital Triton

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, Suria FM menduduki ranking ke-30 dalam senarai “Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global” oleh Triton Digital, baru-baru ini.

Suria FM berjaya catat sebanyak 10,771 ribu AAS (average active sessions), 2.6 juta SS (session starts), dan 1.18 ATSL (average time spent listening) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Manakala setiap Isnin hingga Ahad dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam pula, berjaya meraih sebanyak 7,963 AAS (average active sessions), 4,4 juta SS (session starts), and 1.01 ATSL (average time spent listening).

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur diatas pengiktirafan dan kejayaan Suria dalam menduduki kedudukan ke-30 teratas bagi keputusan Penstriman Digital Triton Global yang dikeluarkan.

“Kedudukan di ranking ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga satu pencapaian yang memotivasikan kami untuk terus berkembang dan terus menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar setia Suria FM khususnya buat mereka yang mendengarkan siaran Suria FM di suria.my, juga di platform digital yang lain,” katanya.

Penarafan ini membuktikan keberadaan Suria FM dalam kalangan kedudukan penerbit audio terbaik dunia sebaris dengan beberapa penerbit audio dunia lain yang tersenarai seperti iHeartRadio, PrisaRadio, Grupo Bandeirantes, dan banyak lagi.

Ia juga sekaligus meletakkan Suria FM sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai.

Bermulanya Cuti Sekolah

Selamat menyambut Tahun Baru Cina ( Gong Xi Fa Cai! ) kepada yang meraikannya. Dan juga selamat bercuti panjang dari persekolahan kepada anak-anak. Malaysia sememangnya sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan suku kaum. Jadi, tidak hairan mengapa negara Malaysia mempunyai banyak cuti umum.

Dengan adanya cuti panjang seperti ini, pelbagai program yang boleh dimanfaatkan yang biasanya diuruskan oleh ibubapa. Diantaranya adalah kem bina diri insentif bagi memantapkan sahsiah diri anak-anak. Dengan arus kemodenan yang semakin kehadapan seperti hari ini, aktiviti luar masih lagi relevan bagi perkembangan otak seterusnya pergaulan yang sihat.

Konsep dan pelaksanaannya adalah sinonim dengan kem jati diri atau kem motivasi, namun ia lebih menekankan konsep membina spiritual dari dalam rohani seterusnya menyebarkan energi positif kepada jasmani seseorang. Dengan adanya konsep seperti ini, peserta dapat mempelajari cara mengawal diri, keadaan dan seterusnya mampu membuat keputusan dengan rasional. Tidak dilupakan pendidikan agama tambahan kepada yang beragama Islam seperti cara solat yang sempurna dan mengaji Al Quran dengan kaedah pembetulan seperti makhraj dan tajwid.

Sebagai seorang pelajar khususnya yang sedang meniti usia remaja, pelbagai cabaran dan masalah dalam kehidupan seharian. Pastinya membuatkan semangat positif dan emosi tenang seseorang berubah, akan ada turun naiknya. Tatkala ditimpa masalah, semangat dan emosi positif akan merundum manakala apabila dikurniakan nikmat dan kesenangan maka semangat dan emosi positif kian bercambah.

Justeru, melalui program-program seperti ini akan membantu semula seseorang untuk mengecas kembali emosi-emosi positif yang telah hilang akibat tekanan daripada masalah dan dugaan yang dihadapi. Ibarat sesebuah kereta yang perlu diservis apabila sudah mencecah kilometer yang ditetapkan, begitulah perumpamaan dengan seseorang individu yang perlu mengecas semangat dan energi positif apabila diasak dengan pelbagai ragam dan kerenah.

Penulis mengucapkan sekali lagi, selamat bercuti dan moga menggunakan masa yang ada ini dengan mencari aktiviti mahu pun bahan bacaan yang lebih berilmiah sebagai ilmu pengetahuan. Banyak pancaroba yang bakal kita tempuhi pada masa akan datang. Oleh itu, bersiap siagalah dalam menjalani warna-warni kehidupan yang bakal menjelang.

Pada hari ini, kita dipanjangkan usia dengan memasuki bulan Syaaban, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan amalan. Perbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dengan rahmat dan belas kasihan ALLAH, semoga kita diberi syafaat dimahkamah Tuhan semesta alam kelak. Tidak dilupakan juga amalan seperti berpuasa sunat dan bersedekah.

Jaga diri, jaga emosi dan jaga keluarga. In SHAA ALLAH, ALLAH sayang.

Muncul sebagai cameo, Lal Salaam taruhan terbaharu Rajinikanth

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Meskipun tidak memegang watak utama, namun kehadiran pelakon legenda Tamil, Rajinikanth begitu dinantikan oleh penonton saat menyaksikan filem Lal Salaam.

Lal Salaam adalah filem Tamil terbaharu yang mula menemui penonton diseluruh pawagam tanah air sejak 9 Februari turut dibintangi oleh Vikranth dan Vishnu Vishal sebagai teraju utama diarahkan oleh anak Rajinikanth sendiri iaitu Aishwarya Rajinikanth.

Dengan alunan muzik yang digubah oleh AR Rahman pastinya ia lebih membuai perasaan saat menyaksikan filem yang berdurasi kira-kira 150 minit mengangkat Rajinikanth sebagai lelaki yang beragama Islam.

Sinonim dengan kisah kekeluargaan, perbalahan itulah juga antara babak yang ditampilkan dalam filem terbitan Lyca Productions ini.

Sukan kriket juga menjadi antara daya tarikan filem ini selain kehidupan penganut Hindu dan Muslim yang tinggal di sebuah perkampungan dan hidup bersama secara harmoni.

Walaupun berbeza agama, mereka tetap hidup bahagia sehinggalah berlaku beberapa perkara yang mencetuskan perbalahan antara penganut Hindu dan Muslim terbabit.

Diedarkan oleh MSK Cinemas Sdn Bhd, Pengarah Urusannya, Saradha Sivalingam Kalai berkata, dia tertarik mengedarkan filem berkenaan di sini kerana yakin dengan kemunculan Rajinikanth.

“Saya yakin Rajinikanth mempunyai ramai peminatnya di Malaysia. Melihat sambutan luar biasa terhadap filem-filemnya yang pernah ditayangkan di Malaysia filem ini pasti akan ‘box-office’.

“Dengan elemen yang cukup seperti kekeluargaan, perbalahan, agama dan sukan filem ini akan menarik penonton filem Tamil khususnya untuk ke panggung menyaksikannya,” katanya.

Ditayangkan di 80 pawagam tanah air, Lal Salaam pastinya akan mengubat rindu peminat setia Rajinikanth untuk ke panggung menyaksikan lakonan mantap dan hebat lelaki berusia 73 tahun itu.

Tampil single baru Neo, HarsonBee tidak gentar bersaing dengan penyanyi sedia ada

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Meskipun masih baru, dua penyanyi dari Sabah, Neo dan Harsonbee tidak gentar untuk bersaing dengan penyanyi baru yang semakin ramai sekarang ini.

Bagi mereka berdua, peluang yang diberikan oleh L.Y Baiduri dan bernaung di bawah L.Y Music Factory adalah peluang yang harus digunakan sebaiknya.

Menurut HarsonBee atau nama sebenar Harrison Bryan, 24, dia begitu meminati bidang nyanyian dan pernah menyertai Sabah Next Top Composer untuk mencipta lagu dalam Bahasa Malaysia.

“Saya sering menggunakan YouTube sebagai platform dalam berkongsi karya yang dihasilkan.

“Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga L.Y Music Factory saya berharap kemunculan single Pemilik Hatiku diterima ramai.

“Lagu ini cukup dekat dihati saya dan pasti juga kepada peminat di luar sana terutamanya mereka yang sedang bercinta.

“Semoga lagu ini menjadi permulaan tahun 2024 untuk kerjaya seni saya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi cilik Neo, 14 mempertaruhkan single Oh Ibu dengan versi yang lebih segar untuk generasi Z.

Dicipta sepenuhnya oleh komposer baharu iaitu Cinderella, lagu ini memang khas untuk Neo.

“Saya gembira apabila lagu ini dicipta khas untuk saya, susunan muzik dan rakaman lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan.

“Lagu ini boleh dikatakan istimewa untuk ibu saya juga kerana penulis turut mengambil masa untuk mengenali ibu saya.

“Pastinya ia juga saya hadiahkan istimewa buat peminat diluar sana terutama ibu-ibu dan berharap anda suka dengan konsep yang saya bawakan,” kata pemilik nama Mohammad Sharul Neo Morsidy ini.

Dalam pada itu Neo juga meluahkan tidak gentar atau terkesan dengan mana-mana warganet yang memberikan komen negatif terhadapnya di laman sosial.

Bagi Neo semua itu adalah asam garam bergelar anak seni yang harus diterima dan mengganggap ia sebagai pembakar semangat.

“Saya terima setiap komen yang dilemparkan sedikitpun tidak gusar. Apa yang penting keluarga, teman-teman dan orang yang rapat dengan saya sentiasa menyokong karier seni saya ia sudah cukup,” katanya.

HarsonBee dan Neo ditemui pada majlis pelancaran Perjanjian Kerjasama Strategik Universal Music Malaysia bersama L.Y Music Factory milik komposer L.Y atau Rozman Shafie di Universal Music, baru-baru ini.

Sidang kemuncak MFWS 2024 angkat industri fesyen modest ke peringkat global

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Menampilkan ramai usahawan wanita dari 60 negara, sidang Kemuncak Modest Fesyen & Usahawan Wanita (MFWS) 2024 berharap dapat mengangkat fesyen modest ke peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kreasi Mode International merangkap penganjur, Ayu May Fakih berkata, acara yang berlangsung selama 2 hari itu berjaya menghimpunkan ramai usahawan wanita dari 60 negara yang berkongsi pengalaman masing-masing.

“Ini adalah penganjuran kali pertama dan kami memilih Malaysia kerana yakin modest fesyen sangat dekat dengan Malaysia apatah lagi budaya dan fesyen Malaysia tidak jauh beza dengan Indonesia.

“Pelbagai acara kami aturkan bagi mengumpulkan pengalaman setiap usahawan dari negara yang terbabit.

“Selain pertunjukkan fesyen, forum yang diadakan juga turut membawa beberapa pereka fesyen untuk berkongsi kisah mereka.

“Saya berharap penganjuran ini tidak hanya sekali tetapi dapat diteruskan lagi di negara lain pada masa akan datang,” katanya pada majlis pelancaran MFWS 2024, yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ayu berkata, hasratnya mahu membawa semua jenama modest fesyen yang terbabit ke peringkat global.

“Saya mahu jenama usahawan wanita yang terbabit acara ini menembusi pasaran luar negara. Kita bersama-sama merealisasikan impian itu dengan penganjuran ini.

“Semoga jenama modest fesyen yang mungkin biasa-biasa sahaja akan dikenali di seluruh dunia,” katanya.

Turut menyertai sesi dialog pada forum berkenaan ialah penulis novel terkenal Asma Nadia; mantan Ketua Pengarah Operasi Air Asia Digital Irene Omar; Ketua Pengarah Operasi Mutyara Beauty Tya Ariffin dan ramai lagi ikon wanita yang berjaya dalam pelbagai industri.

Pengurus projek MFWS 2024, Norasiah Jamil berkata, terdapat lapan rakan kerjasama untuk sidang kemuncak itu, termasuk Persatuan Fesyen Indonesia, Modest Fashion Australia, Modest Fashion.

Selain, Manila, Majlis Fesyen dan Reka Bentuk Islam dari London, Persatuan Pejabat Keluarga di Asia dari Hong Kong, Scarf Media, hellobcr dan Dewan Fesyen Indonesia juga turut serta.

1,800 pengunjung dijangka meriahkan Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Seramai 1,800 pengunjung dijangka akan hadir memeriahkan karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024 yang akan berlangsung pada 24 Februari ini bertempat di Taman Tasik Danau Kota, Setapak.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata, karnival anjuran Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju dengan kerjasama Pertubuhan Latihan Teraju Nusa Malaysia (PLATINUM) itu akan memberi tumpuan kepada tiga acara utama iaitu Fun Walk, Pelancaran Kad Wangsa Maju Kita Punya dan penyampaian biasiswa kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih oleh Management and Sains University (MSU).

“Karnival ini akan memberi tumpuan kepada tiga acara utama iaitu FunWalk, pelancaran kad Wangsa Maju Kita Punya serta penyampaian biasiswa oleh Yayasan MSU.

“Program akan dimulakan di sebelah pagi dengan acara FunWalk Wangsa Maju Kita Punya yang bertemakan bandar rendah karbon.

“10 peserta pertama Fun Walk 2.85 kilometer yang tampil dengan ciri menyerlah dengan tema berpeluang memenangi hadiah wang tunai,” katanya pada sidang media karnival berkenaan, semalam.

Zahir berkata, acara ini adalah salah satu kempen untuk mengetengahkan Wangsa Maju sebagai bandar perintis rendah karbon yang perlu direalisasikan dan dilestarikan bersama.

Sebagai memeriahkan acara, peserta digalakkan untuk berpenampilan berdasarkan tema mengikut kreativiti masing-masing.

“Khusus untuk anak jati Wangsa Maju, pemastautin tetap mahupun yang bekerja di dalam kawasan parlimen Wangsa Maju yang menyertai FunWalk ini akan menjadi antara yang terawal memiliki Kad Wangsa Maju Kita Punya.

“Kad ini adalah tambahan kepada pelekat kenderaan Wangsa Maju Kita Punya yang sedia ada, dengan menyasarkan warga Wangsa Maju yang tidak berkenderaan serta berusia 15 tahun ke atas.

“Dengan fungsi yang sama seperti pelekat kenderaan Wangsa Maju Kita Punya, pemilik kad layak untuk menebus ganjaran dalam program bulanan yang akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata, fungsi ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Management and Science University (MSU) adalah rakan strategik dalam menjayakan program ini di mana penyampaian Biasiswa Yayasan MSU menjadi salah satu agenda utama kita.

“Biasiswa ini akan diserahkan kepada calon-calon SPM 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke MSU. Maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di MSU juga boleh didapati sepanjang karnival berlangsung,” katanya lagi.

Selain daripada tiga acara utama ini, pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang karnival turut disediakan antaranya saringan kesihatan percuma, Bazar SDG Back To School, sesi libat urus bersama Jabatan Kesihatan, KWSP dan PTPK serta kaunter-kaunter agensi seperti DBKL, pendaftaran PADU, PTPK, KWSP, Tabung Haji dan banyak lagi.

Salah satu acara yang dijangka akan menjadi tarikan adalah sesi Open Mic with Influencers yang akan menghimpunkan pempengaruh media sosial khususnya dalam kalangan anak muda.

Orang ramai khususnya warga Wangsa Maju dijemput hadir memeriahkan karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024.

Untuk pendaftaran FunWalk serta maklumat lanjut mengenai program ini layari laman media sosial rasmi Zahir Hassan di platform Facebook, Instagram, X dan TikTok.

Koperasi Tentera, Takaful Malaysia sumbang RM422,000 kepada Tabung Yayasan Veteran ATM

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia Berhad menyumbang RM422,000 kepada Tabung Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengerusinya, Mejar Jeneral Roba’i Rahmat berkata, sumbangan yang disalurkan oleh Takaful Malaysia adalah sebanyak RM250,000 menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam program Cakna Veteran ATM.

Menurutnya, inisiatif itu turut memanfaatkan 500 orang golongan asnaf dari pelbagai negeri.

“Pihak koperasi turut mengagihkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2022 berjumlah RM172,000 kepada yayasan.

“Kami mengharapkan lebih banyak organisasi dan entiti korporat lain dapat turut sama membantu dalam memberikan sumbangan kebajikan kepada anggota tentera, khususnya warga veteran,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir, Menteri Pertahanan merangkap Penaung Koperasi Tentera, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Veteran ATM, Mejar Jeneral (B) Shamsirudin Mohd Sharif; Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Mohamad Khairul Anuar Mohamed dan Ketua Pegawai Pengedaran Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Yassir Azlin Abdul Ghafar.

Beliau berkata, menerusi kerjasama dengan agensi luar, ia mampu meningkatkan kesejahteraan pesara tentera.

“Kami bersama agensi luar sentiasa berusaha untuk merealisasikan inisiatif Madani Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terus terbela serta sentiasa terpelihara.

“Bantuan seperti ini mampu memberikan suntikan moral dan dapat meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan pesara tentera yang memerlukan,” katanya.