editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – AEON Bank mengundang anda untuk meraih kemeriahan Tahun Baharu Cina dengan kempen 10X Prosperity yang menawarkan ganjaran luar biasa dan lebih “Huat Ah!” untuk pelanggan.
Kempen ini berlangsung dari 21 Januari hingga 16 Februari 2025, dan memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati 10X mata ganjaran, yang bersamaan dengan pulangan tunai 5 peratus bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di cawangan AEON terpilih, termasuk AEON BiG.
AEON Bank dalam satu kenyataan berkata, tawaran terhad ini adalah usaha untuk memberikan nilai lebih kepada pelanggan, di samping membantu mereka berjimat semasa musim perayaan dengan penjimatan untuk barangan runcit dan keperluan harian.
Selain itu, pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran AEON dan menebusnya untuk wang tunai yang akan terus didepositkan ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank mereka, dengan cara yang mudah menerusi aplikasi AEON Bank.
Namun begitu, AEON menjelaskan kempen mata ganjaran 3X dan 2X tidak boleh digabungkan dengan kempen 10X AEON Points 10X Prosperity.
Untuk mereka yang menggunakan aplikasi AEON Bank, turut disediakan ciri saving pot yang menawarkan kadar keuntungan menarik sebanyak 3 peratus.
Pengguna boleh mengaktifkan pilihan optimise saving yang disediakan, dan baki simpanan akan didepositkan secara automatik ke dalam saving pot.
Lebih menarik, pelanggan baharu yang mengaktifkan Akaun Simpanan-i AEON antara 1 Januari hingga 28 Februari 2025 berpeluang meraih ganjaran eksklusif berupa 3,000 AEON Points, bersamaan dengan RM15, yang boleh ditebus melalui aplikasi AEON Bank.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Rujukan Share-Share Lah AEON Bank.
Hanya dengan merujuk rakan atau ahli keluarga untuk membuka Akaun Simpanan-i AEON, pelanggan berpeluang meraih ganjaran tambahan.
Rebut peluang hebat ini dan raih lebih banyak ganjaran dengan AEON Bank sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

