editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Sambut tahun baru 2025 dengan penuh keceriaan di Countdown to 2025 Suria x The Curve. Acara istimewa ini akan diadakan pada 31 Disember 2024 (Selasa) bertempat di Piazza, The Curve, bermula seawal jam 9 pagi.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, acara ini bukan hanya sekadar menyambut tahun baru, tetapi juga untuk memeriahkan ulang tahun ke-20 The Curve.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung, termasuk Food Festival yang menyajikan pilihan makanan viral dan popular seperti Suka Dessert, Sushika, Ayaq Gantung, Gulacakery, dan banyak lagi.
Bagi yang ingin beraktiviti, jangan ketinggalan untuk menyertai sesi Body Combat bersama Fitness First. Acara ini turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api yang pastinya menambah keceriaan suasana.
“Selain itu, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan penyampai Suria FM seperti Dato’ Fizz Fairuz, Suraya Borhan, Chiwan, Kai, dan saya sendiri (DJ Lin).
“Saksikan juga persembahan hebat daripada artis-artis popular tanah air seperti Hakim Khan, Agy, Ayish Malqan, Syazwan Shuhaimi, Monocort, Atilia Haron, Suki Low, Ezra Kairo, Zubir Khan, Iman Troye, Black Hanifah, Dayang Nurfaizah, Kristal X, Ruffedge, dan banyak lagi,” kata DJ Lin.
Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan sambutan tahun baru yang penuh dengan aktiviti dan hiburan di Countdown to 2025 Suria x The Curve.

