30.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026

Peguam Hannah Yeoh fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tolak saman fitnah Musa Hassan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Peguam bagi Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan semalam, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Hannah yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau menghormati proses kehakiman namun telah mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar secepat mungkin.

“Saya dinasihatkan oleh peguam saya bahawa setakat ini, belum ada alasan penghakiman bertulis penuh dari Mahkamah Tinggi.

“Hanya alasan ringkas yang diberikan melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, adalah tidak wajar untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi sehingga alasan penghakiman penuh dikeluarkan.

Pada Isnin lalu, media melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan berkaitan ucapan yang dibuatnya dalam sebuah forum di Universiti Teknologi Mara (UiTM) empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi, memutuskan bahawa plaintif gagal membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular